BLOG

Pesta Buku Hong Kong Berdepan Ancaman Demonstrasi

Pesta Buku Hong Kong Berdepan Ancaman Demonstrasi

SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, lebih 1,000,000 pengunjung dijangka menghadiri Pesta Buku Hong Kong akan berlangsung dari 17 hingga 23 Julai 2019  di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC). Pesta Buku yang ke-20 ini dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC).

Pesta Buku Hong Kong 2018 di Wan Chai. Foto ~ Nora Tam

Sebanyak 686 peserta pameran dari 39 negara dijangka berkumpul di pesta buku ini. Pada pameran 2019 ini, sekali lagi HKTDC akan menampilkan Pavilion Jepun dan Kampung Budaya Antarabangsa untuk mendedahan pelawat kepada penulis antarabangsa dan budaya luar negara.

Tema untuk Pesta Buku Hong King tahun ini adalah Sains fiksyen dan Misteri, dengan berslogankan “Reading the World • When Fantasy Meets Reality.” Matlamat tema tahun ini adalah untuk menggalakkan pembaca untuk meneroka genre sastera yang menarik ini.

Pesta Buku Hong Kong 2018 di Wan Chai. Foto ~ Nora Tam

Di antara penulis Hong Kong yang bakal hadir ialah To Jim, Ni Kuang, Huang Yi, Eddy Lee, Leung For-hing, Albert Tam, Joe Tsui, Chan Ho Kei and Lai Ho. Mereka akan beramah mesra dengan para pembaca, berkongsi cerita dan juga mengisahkan perkembangan awal fiksyen sains di Hong Kong.

Ni Kuang, di antara penulis tersohor Hong Kong ~ foto HKTDC

Para penulis antarabangsa juga akan turut hadir. Di antaranya ialah, Will Dean, Natasha Pulley, Steven Erikson, Carl-Johan Forssen Ehrlin dan Emma Newman.

Pesta buku ini akan mempamerkan produk seperti buku kanak-kanak dan remaja, buku-buku keagamaan, alat tulis dan lain-lain lagi. Terdapat juga sumber-sumber e-book dan e-learning seperti e-book readers, bantuan pembelajaran audio visual, perisian pendidikan, produk multimedia dan banyak lagi.

DEMONSTRAN SASAR PESTA BUKU HONG KONG

Penentang-penentang bil ekstradisi berhasrat untuk berdemonstrasi di Pesta Buku Hong Kong Yang akan berlangsung 17 hingga 23 Julai 2019. Mereka menyasarkan Sino United Publishing, sebuah syarikat penerbitan di China.

Pendemonstran menentang Bil Ekstradisi ~ foto aljazeera

Situasi yang panas ini membuatkan Ketua Eksekutif Carrie Lam Cheng Yuet-ngor menarik diri daripada menghadiri majlis perasmian pesta buku itu.Pejabat Carrie lam tidak memberi kenyataan rasmi berhubung ketidakhadiran pegawai tersebut.

Sino United Publishing adalah syarikat penerbitan China yang terbesar di Hong Kong yang menguasai 90 peratus pasaran buku.

*Cadangan mewujudkan Bil Ekstradisi oleh Hong Kong membolehkan mana-mana warga negara Hong Kong  yang melakukan jenayah diekstradisi ke Taiwan dan juga China. Rakyat Hong Kong melihat ia sebagai tindakan berbaur politik bagi membolehkan mana-mana rakyat Hong Kong diekstradisi ke negara itu. Pada 9 Jun lalu, lebih sejuta pendemonstran telah berdemonstrasi di jalanraya untuk membantah bil itu.

Pautan artikel dari portal Pesta Buku Hong Kong:
http://hkbookfair.hktdc.com/en/index.html

Jom saksikan video promo Pesta Buku Hong Kong 2019:

Industri Buku Senyap Kembali

Industri Buku Senyap Kembali

Saya membaca berita The New Paper, Singapura mengenai dua premis gedung buku MPH di negara itu iaitu di Raffles City dan Parkway Parade yang akan ditutup.  Syarikat itu memaklumkan kos sewa yang tinggi merupakan di antara sebab mengapa mereka terpaksa menutup operasi dua cawangan mereka.

Saingan daripada pemain e-commerce tidak boleh tidak adalah di antara penyebab mereka terpaksa menamatkan operasi cawangan-cawangan mereka itu. Menurut mereka, pembaca sudah beralih untuk membaca e-buku di internet atau melupakan sama sekali untuk membaca buku kerana asyik bersembang di media sosial.

Pada April lalu, gedung buku Kinokuniya menutup cawangannya di Liang Court, Singapura kerana isu sewa beli. Ini diikuti penutupan cawangan Kedai Buku Popular  pada Jun baru-baru ini. Untuk rekod, Kedai Buku Popular telah beroperasi di Singapura sejak 31 tahun. Kesimpulannya, tiga jenama besar industri buku, MPH, Kinokuniya dan Kedai Buku Popular sedang berhempas pulas untuk hidup.

Daripada Basra, Iraq saya membaca berita dari The Arab Weekly mengenai industri buku di sana yang juga suram. Safa Diab, tuanpunya Dar Shahriar Publishing House and Bookshop  berkata, mengenai masalah industri buku di negara itu. Di antaranya ialah cabaran penerbitan digital, isu pelanggaran hakcipta, kualiti buku, pembayaran royalti, isu cetak rompak dan minat membaca yang kian berkurangan.

Singapura adalah sebuah negara serba moden dan Iraq pula adalah negara selepas perang yang tidak tentu arah. Jika kita mengambil contoh kedua-dua buah negara ‘maju dan mundur’ itu, bukankah masalah di kedua-dua negara itu sama juga dengan apa yang terjadi di negara kita?

Apa masalah industri buku di negara lain yang tidak dihadapi di negara kita? Saban tahun, kita bercakap mengenai masalah-masalah yang berlaku. Namun, apakah masalah-masalah itu telah diatasi ataupun usaha menyelesaikan masalah itu sedang dilakukan secara konsisten?

Bilakah perjumpaan town hall, persidangan, seminar mahupun forum terakhir diadakan mengenai industri buku? Kita pun dah terlupa. Apakah tidak keterlaluan dikatakan, perbincangan mengenai buku jarang-jarang diadakan melainkan bagi memenuhi agenda di pesta buku semata-mata?

Seandainya perbincangan, kajian mengenai industri buku dan cabaran-cabarannya diadakan secara celam-celum sebagai topik perbincangan, nampak gayanya kertas kerja yang dibentang bakal tersimpan cantik di dalam fail seminar untuk dijadikan bahan momento si pesertanya.

Jika kita serius hendak mengatasi masalah yang dihadapi industri buku, kita perlu wujudkan big plans with big data yang kemudiannya dilaksanakan bersandarkan maklumat yang diperoleh. Tindakan perlulah komprehensif  dan konsisten. Organisasi perancang dan pelaksananya perlulah diwakili oleh setiap komponen pemain industri buku itu sendiri.

Ia perlu diwakili oleh semua seperti Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Yayasan Pembangunan Buku Negara, Perpustakaan Negara, Kota Buku, Persatuan Penerbit Buku, Persatuan Pengedar, Persatuan Pencetak, Persatuan Penulis serta Kelab-kelab buku.

Fokusnya hendaklah kepada khalayak pembaca kerana semua buku diterbitkan untuk ditatap oleh para pembaca.  Kita perlu punyai kerangka penyelidikan seperti syarikat Picodi, sebuah syarikat e-niaga yang mengkaji tabiat membaca dan membeli rakyat di sesebuah negara.

Kenalah fokus with the end in mind, iaitu fokus kepada tujuan industri ini iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk melahirkan masyarakat membaca oleh para pembaca. Pembaca adalah komponen terakhir dalam rantaian industri buku.

Pihak pemerintah dan badan-badan yang bertanggungjawab dengan dasar perbukuan harus memfokus kepada pembaca seperti insentif kepada penerbit seperti meminimakan cukai kertas, dakwat dan bahan percetakan. Untuk penulis, skim dana penulis yang diadakan perlu ditambah dananya sebagai insentif kepada golongan ini. Kad diskaun adalah cara yang efektif sebagai penggalak untuk membeli buku.

Pihak penerbit perlu memberi insentif kepada buku-buku yang melepasi sesuatu target jualan selain daripada royalti. Skim royalti pula perlu diberikan sekurang-kurangnya tiga kali setahun kepada penulis. Golongan penulis perlu diberi latihan pemasaran selain daripada penulisan kerana mereka adalah penjual yang terbaik.

Golongan penulis pula perlu menghampiri khalayak pembaca. Mereka perlu selalu adakan program bersama pembaca samada dalam siri-siri bedah buku mahupun berekreasi bersama mereka. Kelab-kelab buku pula perlu dijadikan anak angkat kepada penerbit-penerbit kerana mereka adalah ejen pemasaran yang hampir dengan pembaca.

Pendek kata, seluruh golongan di dalam industri ini perlulah riuh agar kehadiran mereka disedari dan diingati. Dalam dunia media sosial, pihak yang paling bising itulah yang paling didengari dan diikuti. Tidak boleh senyap sunyi seperti akhir-akhir ini.

Cerita Sedih Tentang Industri Buku di Iraq

Cerita Sedih Tentang Industri Buku di Iraq

BASRA, Iraq – Safa Diab, tuanpunya Dar Shahriar Publishing House and Bookshop di Basra berkata, masih ada lagi ruang untuk penerbitan buku meskipun terdapat cabaran penerbitan digital dan juga isu pelanggaran hakcipta.

Safa Diab, tuanpunya  Dar Shahriar, sebuah kedai buku di Iraq ~ foto Arabnews
Safa Diab, tuanpunya  Dar Shahriar di Iraq ~ foto Arabnews

Beliau berkata, penerbitan digital tidak mengkin dapat menggantikan penerbitan buku. “Bau kertas dan tekstur apabila kita menyentuhnya… bagaimana kita memegang dan membaca edisi kertas, keindahan kulit depan dan cetakannya adalah perhubungan intim yang tidak mungkin dapat diganti oleh penerbitan digital.”

Di dunia Arab yang masih belum lagi dilanda teknologi digital secara menyeluruh pun tidak dapat memberikan kepastian apakah ada hari esok untuk penerbitan buku.

Kata Diab lagi, penerbitan buku di Iraq telah melalui fasa perubahan selama dua dekad. Sebelum 2003 tidak banyak ada syarikat penerbitan melainkan penerbitan rasmi kerajaan yang menyampaikan suara rasmi.

Sebuah gerai buku jalanan di Iraq ~ foto  al-thawra
Sebuah gerai buku jalanan di Iraq ~ foto  al-thawra

Tahun 2003 adalah tahun perubahan bagi industri buku di Iraq. Dalam beberapa tahun sahaja beratus-ratus syarikat penerbitan wujud, sesetengahnya untuk memenuhi tuntutan agenda kerajaan sementara yang lain hanya fokus kepada meraih keuntungan.

Kata Diab, buku-buku analisa bukan fiksyen menjadi buku-buku terlaris sejak syarikat itu beroperasi dua tahun yang lalu.

Antologi cerpen turut mendapat perhatian pembaca. Dalam tempoh dua tahun juga beliau menerbitkan lebih 20 antologi cerpen. Sebahagian daripadanya ditulis oleh penulis Arab atau Iraq. Yang lain-lain adalah terjemahan ke bahasa Arab.

“Ada penerbitan mempamerkan jumlah naskhah cetakan dengan bangganya. Tetapi ada yang betul, ada yang palsu.”

Buku-buku dijual secara lambak di  Baghdad ~ foto financial times
Buku-buku dijual secara lambak di  Baghdad ~ foto financial times

“Ada buku yang terlalu ringan di mana pengarangnya tak pandai menyusun walaupun satu ayat. Walaupun begitu, bukunya terkenal. Terima kasih kepada Instagram dan Facebook sehinggakan buku-buku ini kehabisan stok.”

Apakah penerbit di Iraq memilih novel berbanding dengan buku-buku puisi? Diab berkata, “Realiti ialah apa yang pembaca mahu. Tiada pasaran untuk puisi. Kalau pun ada mana-mana buku puisi yang laris, ia adalah kerana nasib. Tak lebih dari itu.”

“Novel-novel semakin hilang serinya kerana kualitinya yang merudum. Lihatlah jualan novel yang menurun di pesta-pesta buku di dunia Arab sejak dua tahun lalu.

Cetak rompak menjadi ancaman kepada penerbitan uku, samada ia adalah dalam bentuk pdf mahupun penerbitan secara fotostat untuk dijual dengan murah.

Lorong Mutanabbi, lorong buku di baghdad ~ foto m.aawsat
Lorong Mutanabbi, lorong buku di baghdad ~ foto m.aawsat

Penerbit berbincang dengan penulis, mengatasi masalah mereka. Mereka membaca pruf dan mengedit, menjaga kulit muka depan, membayar royalti, menjaga hakcipta dan sebagainya.

Pencetak rompak tidak melakukan kesemua ini. Pelaburannya tidak melebihi harga kertas. Sebenarnya pencetak rompak inilah yang menghancurkan buku dan penerbitnya.”

Pautan asal dari The Arab Weekly:

https://thearabweekly.com/iraqi-publishing-industry-faces-challenges-fast-moving-landscape

Panjangkan Usia Dengan Membaca

Panjangkan Usia Dengan Membaca

MEMBACA untuk masa 3.5 jam seminggu boleh menambah usia anda selama dua tahun. Demikian dapatan daripada kajian. Margaret Jennings, seorang editor di akhbar Irish Examiner berbual dengan mereka yang berusia lebih 50 tahun kerana hendak tahu bagaimana membaca boleh memanjangkan usia.

Tahukah anda, jika kita membaca secara berkala, kita berpeluang memanjangkan umur? Para penyelidik di Universiti Yale telah membuat penyelidikan ke atas mereka yang berusia lebih 50 tahun. Mereka mendapati, seseorang yang meluangkan masa selama 30 minit sehari boleh memanjangkan usia lebih dua tahun berbanding dengan mereka yang tidak membaca.

Dr. Sanjay Gupta berkata membaca panjangkan usia dengan mengurangkan stres ~ foto CNN
Dr. Sanjay Gupta ~ foto CNN

Penemuan ini mendapati usia pembaca buku bertambah tidak mengira jantina, kekayaan, pendidikan mahupun tahap kesihatan. Dr. Sanjay Gupta, seorang penulis perubatan di CNN pula berkata, membaca secara konsisten akan mengurangkan kadar stres, meningkatkan daya tumpuan dan baik untuk fungsi otak.

“Cara otak kita respon ketika membaca amat mengkagumkan meskipun ketika membaca, tubuh seseorang itu hanya duduk terpaku sambil memandang halaman-halaman buku,” katanya. “Contohnya, jika anda sedang membaca sebuah thriller, bahagian cortex di otak akan bernyala.”

Sementara itu, pengkaji di Universiti Yale mendapati mereka yang membaca buku, bukannya majalah mempunyai peluang untuk melanjutkan usia.

Buku 100 Days to a Younger Brain ~ foto twitter
Buku 100 Days to a Younger Brain ~ foto twitter

Dr Sabina Brennan, seorang saintis neuro dan pengarang buku 100 Days To A Better Brain, berkata, “Membaca sentiasa menjadi aktiviti yang penting buat diri saya. Ini memberi saya peluang berfikir secara mendalam, meluaskan pemahaman dan meningkatkan kesihatan otak saya.”

Maureen Kavanagh, seorang CEO organisasi Active Retirement, Ireland berkata,  “Membaca sentiasa menjadikan fikiran kita segar. Saya tak pernah berasa sendirian apabila bersama sebuah buku.”

Professor Billy O'Connor, Graduate Entry Medical School, University of Limerick. Photo: Arthur Ellis/Press 22
Professor Billy O’Connor, Graduate Entry Medical School, University of Limerick. Photo: Arthur Ellis/Press 22

Professor Billy O’Connor, pensyarah UL Graduate Entry Medical School dan penulis buku Inside The Brain berkata, buku telah mengubah pandangan saya tentang kehidupan.

Pautan asal Irish Examiner:

https://www.irishexaminer.com/breakingnews/lifestyle/healthandlife/novel-approach-expand-your-lifespan-by-reading-books-934932.html

Diam tak diam, Unsolved adalah buku ke-43 oleh James Patterson

Diam tak diam, Unsolved adalah buku ke-43 oleh James Patterson

Unsolved
Penulis: James Patterson, David Ellis
Bahasa: Inggeris
Genre: Fiksyen, Misteri, Thriller
Penerbitan: 3 June 2019
Penerbit: Cornerstone
Halaman: 496 halaman
Penulis: Website | Twitter | Goodreads

buy the book from The Book Depository, free delivery

PENYELIDIK FBI Emma Dockery kembali untuk membalas dendam. Dia taksub mencari hubungkait beberapa kematian di beberapa tempat yang berlainan. Namun, dia yakin terdapat satu persamaan pada setiap kematian. Ada pembunuh bersiri yang perlu dikenalpasti.

Novelis James Patterson sedang berkarya ~ foto jamespatterson
Novelis James Patterson sedang berkarya ~ foto jamespatterson

Apabila beberapa detektif yang ditugaskan untuk kes ini menemui ajal, Emma dah terbaca sesuatu. Kematian yang berlaku adalah kerana pembunuhan. Dan dia akan menjadi orang yang akan membuktikannya.

Semakin hampir dia dengan pembunuh, semakin banyak dia terasa yang dia seperti sedang diperhatikan. Adakah dia sedang memerangkap untuk pembunuh jahat ini? Atau sebaliknya, dia pula yang masuk  perangkap pembunuh itu?

Jumlah kematian yang semakin meningkat. Emma mesti segera menangkap pembunuh ini, sebelum namanya pula yang masuk dalam senarai pembunuh itu.

………

James Patterson bersama novelnya The President is Missing ~ foto ispotTV
James bersama novelnya The President is Missing ~ foto ispotTV

SIAPA JAMES PATTERSON?

JAMES PATTERSON adalah di antara novelis terlaris dunia dan seorang pencerita yang diminati. Dia berjaya mencipta karakter fiksyen dan siri seperti Alex Cross.

Dia gemar menulis secara koloborasi dengan personaliti atau penulis lain. Di antara karyanya yang berkolobrasi dengan individu lain ialah, tersohor ialah The President is Missing bersama mantan Presiden Amerika, Bill Clinton.

Patterson menulis kerana suatu misi peribadi iaitu untuk membuktikan bahawa tiada manusia yang tak suka membaca, tetapi hanya terdapat mereka yang belum menemui buku yang diminatinya.

Dia telah menderma lebih 3 juta naskhah buku kepada kanak-kanak dan juga tentera. Beliau juga telah menderma lebih 70 juta dollar untuk pendidikan,memberi lebih 5,000 biasiswa untuk para guru.

Alex Cross, di antara karakter oleh James Patterson yang dijadikan filem ~ foto davisenterprise
Alex Cross, di antara karakter yang dijadikan filem ~ foto davisenterprise

The national Book Foundation telah menganugerahkan James dengan the Literarian Award for Outstanding Service to the American Literary Community. Dia juga penerima anugerah

Edgar Award dan enam Emmy Awards. Kini dia tinggal di Florida bersama keluarganya.

Dapatkan buku terbaru James Patterson di link berikut:

buy the book from The Book Depository, free delivery

Iklan

Petikan Terpilih

BELI MAAFCAKAP 4 – KLIK GAMBAR!

LAYAR SOROT

BELI DI BOOKDEPOSITORY

LANGGAN LAYARMINDA

[mc4wp_form id=”572″]