MEMBACA untuk masa 3.5 jam seminggu boleh menambah usia anda selama dua tahun. Demikian dapatan daripada kajian. Margaret Jennings, seorang editor di akhbar Irish Examiner berbual dengan mereka yang berusia lebih 50 tahun kerana hendak tahu bagaimana membaca boleh memanjangkan usia.

Tahukah anda, jika kita membaca secara berkala, kita berpeluang memanjangkan umur? Para penyelidik di Universiti Yale telah membuat penyelidikan ke atas mereka yang berusia lebih 50 tahun. Mereka mendapati, seseorang yang meluangkan masa selama 30 minit sehari boleh memanjangkan usia lebih dua tahun berbanding dengan mereka yang tidak membaca.

Dr. Sanjay Gupta berkata membaca panjangkan usia dengan mengurangkan stres ~ foto CNN
Dr. Sanjay Gupta ~ foto CNN

Penemuan ini mendapati usia pembaca buku bertambah tidak mengira jantina, kekayaan, pendidikan mahupun tahap kesihatan. Dr. Sanjay Gupta, seorang penulis perubatan di CNN pula berkata, membaca secara konsisten akan mengurangkan kadar stres, meningkatkan daya tumpuan dan baik untuk fungsi otak.

“Cara otak kita respon ketika membaca amat mengkagumkan meskipun ketika membaca, tubuh seseorang itu hanya duduk terpaku sambil memandang halaman-halaman buku,” katanya. “Contohnya, jika anda sedang membaca sebuah thriller, bahagian cortex di otak akan bernyala.”

Sementara itu, pengkaji di Universiti Yale mendapati mereka yang membaca buku, bukannya majalah mempunyai peluang untuk melanjutkan usia.

Buku 100 Days to a Younger Brain ~ foto twitter
Buku 100 Days to a Younger Brain ~ foto twitter

Dr Sabina Brennan, seorang saintis neuro dan pengarang buku 100 Days To A Better Brain, berkata, “Membaca sentiasa menjadi aktiviti yang penting buat diri saya. Ini memberi saya peluang berfikir secara mendalam, meluaskan pemahaman dan meningkatkan kesihatan otak saya.”

Maureen Kavanagh, seorang CEO organisasi Active Retirement, Ireland berkata,  “Membaca sentiasa menjadikan fikiran kita segar. Saya tak pernah berasa sendirian apabila bersama sebuah buku.”

Professor Billy O'Connor, Graduate Entry Medical School, University of Limerick. Photo: Arthur Ellis/Press 22
Professor Billy O’Connor, Graduate Entry Medical School, University of Limerick. Photo: Arthur Ellis/Press 22

Professor Billy O’Connor, pensyarah UL Graduate Entry Medical School dan penulis buku Inside The Brain berkata, buku telah mengubah pandangan saya tentang kehidupan.

Pautan asal Irish Examiner:

https://www.irishexaminer.com/breakingnews/lifestyle/healthandlife/novel-approach-expand-your-lifespan-by-reading-books-934932.html