Tidak Salah Memberi Maaf
KERAPKALI kita berdepan dengan situasi apabila kita tidak setuju dengan fikiran dan tindakan seseorang. Dalam keadaan itu, kita boleh sahaja mendiamkan diri. Atau, kita boleh menegurnya. Tetapi, apabila kita menegur, kita akan berdepan dengan dua situasi.
Pertama, teman itu menerimanya dengan senang hati. Kedua, teman itu bermasam muka dan mentah-mentah menolak nasihat kita. Suasana inilah yang ingin dielak. Dengan sebab hendak menasihati, kita dimusuhi pula.
Orang kita punyai alas kata untuk menyantuni situasi seperti itu. Kita sebut perkataan ajaib, ‘maaf cakap,’ sebelum diikuti dengan teguran. Biasanya, kata-kata ‘maaf cakap’ sebelum kita menegur akan membuatkan orang yang dinasihati itu menerima pandangan kita dengan senang hati.
Harga : RM 30
Tempah Sekarang!
Beli sekarang dan jadilah antara yang terawal untuk memiliki dan membaca buku ini!