SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, lebih 1,000,000 pengunjung dijangka menghadiri Pesta Buku Hong Kong akan berlangsung dari 17 hingga 23 Julai 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC). Pesta Buku yang ke-20 ini dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC).

Sebanyak 686 peserta pameran dari 39 negara dijangka berkumpul di pesta buku ini. Pada pameran 2019 ini, sekali lagi HKTDC akan menampilkan Pavilion Jepun dan Kampung Budaya Antarabangsa untuk mendedahan pelawat kepada penulis antarabangsa dan budaya luar negara.
Tema untuk Pesta Buku Hong King tahun ini adalah Sains fiksyen dan Misteri, dengan berslogankan “Reading the World • When Fantasy Meets Reality.” Matlamat tema tahun ini adalah untuk menggalakkan pembaca untuk meneroka genre sastera yang menarik ini.

Di antara penulis Hong Kong yang bakal hadir ialah To Jim, Ni Kuang, Huang Yi, Eddy Lee, Leung For-hing, Albert Tam, Joe Tsui, Chan Ho Kei and Lai Ho. Mereka akan beramah mesra dengan para pembaca, berkongsi cerita dan juga mengisahkan perkembangan awal fiksyen sains di Hong Kong.

Para penulis antarabangsa juga akan turut hadir. Di antaranya ialah, Will Dean, Natasha Pulley, Steven Erikson, Carl-Johan Forssen Ehrlin dan Emma Newman.
Pesta buku ini akan mempamerkan produk seperti buku kanak-kanak dan remaja, buku-buku keagamaan, alat tulis dan lain-lain lagi. Terdapat juga sumber-sumber e-book dan e-learning seperti e-book readers, bantuan pembelajaran audio visual, perisian pendidikan, produk multimedia dan banyak lagi.
DEMONSTRAN SASAR PESTA BUKU HONG KONG
Penentang-penentang bil ekstradisi berhasrat untuk berdemonstrasi di Pesta Buku Hong Kong Yang akan berlangsung 17 hingga 23 Julai 2019. Mereka menyasarkan Sino United Publishing, sebuah syarikat penerbitan di China.

Situasi yang panas ini membuatkan Ketua Eksekutif Carrie Lam Cheng Yuet-ngor menarik diri daripada menghadiri majlis perasmian pesta buku itu.Pejabat Carrie lam tidak memberi kenyataan rasmi berhubung ketidakhadiran pegawai tersebut.
Sino United Publishing adalah syarikat penerbitan China yang terbesar di Hong Kong yang menguasai 90 peratus pasaran buku.
*Cadangan mewujudkan Bil Ekstradisi oleh Hong Kong membolehkan
mana-mana warga negara Hong Kong yang
melakukan jenayah diekstradisi ke Taiwan dan juga China. Rakyat Hong Kong
melihat ia sebagai tindakan berbaur politik bagi membolehkan mana-mana rakyat
Hong Kong diekstradisi ke negara itu. Pada 9 Jun lalu, lebih sejuta
pendemonstran telah berdemonstrasi di jalanraya untuk membantah bil itu.
Pautan artikel dari portal Pesta Buku Hong Kong:
http://hkbookfair.hktdc.com/en/index.html
Jom saksikan video promo Pesta Buku Hong Kong 2019:


