Dia Menulis Sebuah Cerita Sehari Untuk 365 Hari!

July 11, 2019; EAGLEHAWK NECK, Tasmania ~ tulisan asal Damien Cave
SEBAIK sahaja Matt Zurbo duduk tersandar di sofa untuk menulis ceritanya yang ke 282, dia sudahpun bekerja sepenuh hari di kawasan pembiakan mutiaranya, bergurau senda dengan anaknya di pantai, berenang dalam gelombang dan telah pun memasak makanan vegetariannya.
Jam baharu menunjukkan pukul 10.00 malam. Matanya sudah layu. Tetapi tak lama. Dengan minuman dan alunan muzik, dia menyudahkan The Tale of a Girl Who Loved to Dance lalu beliau terus memaparkannya secara online pada jam 1.00 pagi. Ada lagi 83 buah cerita yang menunggu ditulis untuk cabaran 365 harinya.
“Lagi ramai kanak-kanak yang sukakan cerita dan buku, semakin indahlah dunia anak saya,” kata Zurbo.

Ramai di antara kita pernah mengimaginasi sesebuah cerita pada saat-saat kelahiran anak. Ada sesetengah di antara mereka menulis buku yang diilhamkan dengan kelahiran anak mereka. Tetapi buat Zurbo, penulisannya adalah untuk Cielo, anak perempuannya.
Zurbo bukan sahaja seseorang yang telah menulis empat buah novel dan lapan buah cerita kanak-kanak. Cerita Zurbo melakar pelbagai mood. Ada yang menggembirakan seperti Bare Feet, yang pelik Backwards With Billy Hanging, yang berpuisi The World’s Smallest Sound dan yang peribadi For Cielo. Tiada satu pun hasil karyanya yang telah diterbitkan.
“Karyanya sensitif dan punyai keindahan dalam sesetengah karyanya,” kata Helen Chamberlain, seorang editor buku kanak-kanak yang pernah bekerjasama dengannya menerbitkan buku Moon. Novel pertamanya, Idiot Pride diterbitkan oleh Penguin pada tahun 1997.

Pada tahun itu juga, beliau bekerjasama dengan Dean Gorrissen untuk menghasilkan buku kanak-kanak berjudul I Got a Rocket. Ia kemudiannya diadaptasi menjadi siri televisyen.
Pada tahun 2004, beliau menulis novelnya yang ketiga Hot Nights, Cool Dragons. Pada tahun 2008 pula, beliau mengarang semula buku kanak-kanak Fred the Croc dan Lulu’s Fish. Buku kanak-kanaknya yang terkini, I Love Footy dilukisnya sendiri.
Beliau juga menulis artikel untuk Footy Almanac dan juga majalah muzik, veri.live.
Dalam tempoh 10 tahun terakhir ini, beliau telah menghasilkan 14 buah buku kanak-kanak, novel remaja, antologi cerpen dan juga puisi yang diswaterbit.
Pautan asal dari The New York Times:
https://www.nytimes.com/2019/07/11/books/matt-zurbo-cielo.html
Ramai Wanita Muda Maut Dalam Kebakaran Studio KyoAni
20 Julai, Kyodo; The Guardian
MAJORITI daripada mereka yang maut dalam kebakaran studio KyoAni berusia di antara 20-30 tahun. Demikian menurut laporan NHK pada Sabtu lalu. Lebih banyak petunjuk diperolehi yang memberi jawapan mengapa api begitu cepat merebak hingga meragut banyak nyawa. Laporan terkini, 34 yang maut sementara yang lain-lain sedang bertarung nyawa.

Berita pertama
tragedi:
https://layarminda.com/2019/07/19/sedihnya-siapa-yang-sanggup-bakar-studio-anime-ini/
Presiden KyoAni, Hideaki Hatta berkata kebanyakan yang meninggal dunia adalah wanita muda. Sebahagian daripada mereka baharu sahaja mula bertugas di syarikat itu pada April lalu.
“Pada 8 Julai, saya menghulurkan sedikit bonus, iaitu bonus pertama mereka. Mereka yang punyai masa depan, kini sudah kehilangan nyawa,” ujar Hideaki kepada Reuters. “Selain berasa marah, saya dah tak tahu apa nak kata.”

Kyoto Animation atau KyoAni, terkenal kerana mempunyai ramai pelukis animasi dan penulis wanita. Merekalah yang mencipta lebih banyak watak perempuan kerana selama ini bidang anime didominasi dengan watak-watak lelaki.
Antara animasi yang dihasilkan oleh Kyoto Animation (Top 10 Kyoto Animation Anime)
Sebab utama mengapa begitu ramai yang maut pada Khamis lalu mungkin berpunca daripada keadaan ruang tangga pusing yang menyerupai serombong. Ini memungkinkan api merebak begitu cepat. Tiada pemercik air yang terdapat di dalam bangunan itu untuk melambatkan kemarakan api.
Menurut Hiroyuki Sakai, Penolong Pegawai Polis di Fashimi, banyak mayat ditemui di bahagian atas anak tangga. Ia menunjukkan mereka tewas dengan kemarakan api, asap dan juga haba.
Tiada sesiapa pun yang dapat ke bumbung yang didapati tidak terjejas dengan kebakaran itu. Hiroyuki tidak dapat berkata samada pintu ke bumbung itu berkunci ataupun mangsa tidak sempat ke bumbung. Mereka yang selamat hanyalah mangsa yang sempat terjun melalui tingkap.

Shinji Aoba, adalah satu-satunya suspek yang telah memasuki bangunan itu melalui pintu hadapan dengan membawa bekas yang mengandungi 40 liter petrol.
Berita kedua
tragedi:
https://layarminda.com/2019/07/20/suspek-pembakar-studio-anime-dikenalpasti/
Suspek dipercayai menyorong bekas petrol itu dengan menggunakan troli. Petrol menyambar begitu cepat hingga mengakibatkan bunyi seperti letupan bom buat mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang agak sepi itu.
Suspek juga telah dipindahkan ke wad khas untuk merawat kecederaan melecur tetapi masih pengsan. Sebelum ini, Shinji telah dipenjara kerana merompak menggunakan pisau di sebuah kedai serbaneka.

Pautan asal berita dari The Guardian:
https://www.theguardian.com/world/2019/jul/20/kyoto-animation-studio-fire-victims-mostly-in-their-20s-and-30s
Suspek Pembakar Studio Anime Dikenalpasti
Pihak berkuasa Jepun telah menamakan suspek yang membakar studio Kyoto Animation (KyoAni). Shinji Aoba kini ditahan di hospital dan sedang dirawat kerana melecur.

Berita asal: https://layarminda.com/2019/07/19/sedihnya-siapa-yang-sanggup-bakar-studio-anime-ini/
Api telah marak di studio KyoAni pada Khamis yang meragut 33 nyawa dan mencederakan ramai lagi. Orang ramai yang melihat penahanan Shinji, terdengar beliau merungut bahawa syarikat itu telah mencuri ideanya.
Pihak polis berkata, suspek telah memasuki bangunan dan menumpahkan cecair mudah terbakar dari sebuah bekas sebelum menyalakannya sambil menjerit ‘kau mati!’

Berikutan dengan tragedi itu, berpuluh-puluh rakyat telah berhimpun di luar studio dengan membawa bunga dan menghulurkan doa.
Kempen pungutan derma yang dilancarkan berikutan kebakaran itu telah berjaya mengumpul lebih USD $1.3 juta setakat ini.
KyoAni adalah syarikat yang menerbitkan filem dan novel grafik yang dipandang tinggi kerana kualiti hasil kerjanya.

Apa yang kita tahu mengenai suspek?
Koresponden BBC Tokyo, Rupert Wingfield-Hayes berkata rakaman CCTV dari stesyen minyak berhampiran telah merakam suspek mengisi dua bekas dengan petrol sebelum insiden.
Shinji menuduh studio animasi itu telah memplagiat novelnya. Dalam pada itu, laporan akhbar NHK mendapati, Shinji mempunyai rekod jenayah dan pernah dipenjara kerana mencuri di sebuah kedai serbaneka.

Apa yang terjadi?
Api mula membakar pada hari Khamis, jam 10.30 pagi waktu tempatan. Saksi melaporkan kedengaran letupan yang kuat diikuti dengan api memarak dan kelihatan ramai mangsa kebakaran melompat keluar dari tingkap.
Hampir 70 mangsa berada di dalam bangunan ketika ia terbakar. 36 yang lain sedang dirawat di hospital.

Pihak berkuasa melaporkan ramai mangsa ditemui bertimpa-timpa di tangga tingkat tiga berhampiran dengan bumbung. Mereka rebah ketika cuba menyelamatkan diri.
Agensi berita Kyodo melaporkan pihak bomba mendapati pintu ke bumbung didapati terkunci, mengakibatkan mangsa terperangkap. Bangunan itu juga didapati tidak mempunyai alat keselamatan kebakaran seperti perenjis air dan sumber air untuk melawan api.
Momoko Higuchi, seorang arkitek pula berpendapat, tangga pusing bangunan tiga tingkat itu menyebabkan api mudah marak kerana ruangnya seperti sebuah serombong. “Apabila petrol bertemu api, hasilnya adalah seperti sebuah bom.”
Sedihnya… Siapa Yang Sanggup Bakar Studio Anime Ini?
18 Julai ~ Sekurang-kurangnya 33 terbunuh dan 40 lagi cedera apabila sebuah studio animasi dijilat api di Jepun kelmarin. Saat terjadi kebakaran, gumpalan asap putih tebal terlihat keluar dari jendela gedung ini. 30 trak bomba telah dikerah ke tempat kejadian.

Memetik polis tempatan, seorang lelaki 41, membakar bangunan tiga tingkat studio Kyoto Animation dengan mencurah petrol. Seramai 70 orang berada dalam studio itu ketika kebakaran berlaku.
Polis Jepun sebelum ini berkata, kebakaran bermula kira-kira 10.35 pagi dan pisau turut ditemui di tempat kejadian. Petugas yang menerima laporan telah terdengar ledakan kuat dari lantai pertama studio itu. Ramai pekerja menyelamatkan diri saat lantai bawah studio itu tertutupi asap dan api. Bahkan ada seorang mangsa berlumuran darah dibawa keluar dari tempat kejadian.

Menurut seorang saksi, ada seorang lelaki berusia 40 tahun melemparkan cairan dan menyebabkan kebakaran. Lembaga penyiaran Jepun, NHK melaporkan bahwa suspek menuangkan petrol di sekitar gedung sambil mengatakan ‘kamu mati’ ketika membakar.
Saat ini suspek sudah ditahan. Namun belum ada informasi lanjutan apa motif di sebalik perbuatannya.
Laporan akhbar The Star memetik komen pengulas filem Yuichi Maeda yang mengatakan kebakaran itu memberi impak besar kepada industri anime di Jepun.

“Studio itu adalah yang terbaik dan yang terbesar di Jepun. Kehilangan jiwa itu bermakna ramai pelukis anime yang terbaik mungkin maut dalam kebakaran itu. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan.”
“Apa salah mereka? Animasi yang dihasilkan amat baik dan kualiti ceritanya amat bermutu.”
Kyoto Animation atau KyoAni adalah sebuah studio animasi dan penerbit novel ringan yang terletak di Uji, Kyoto Perfecture, Jepun. Ia mula beroperasi pada tahun 1981.
Sejak tahun 2009, syarikat itu menganjurkan Kyoto Animation Award. Mulai tahun 2015 pula syarikat itu menghasilkan 21 siri anmime dan beberapa buah filem.

Berbeza dengan syarikat-syarikat lain, kesemua staf syarikat itu dibayar gaji dan tidak seperti kebanyakan syarikat animasi lain yang mengupah para animator dengan gaji mengikut jumlah frem anime yang dihasilkan.
Studio itu telah melahirkan banyak karya anime populer. Beberapa karya terkenalnya adalah, Miss Kobayashi’s Dragon Maid, A Silent Voice: The Movie, Amagi Brilliant Park, K-ON! Clannad, Lucky Star dan Melancholy of Haruhi Suzumiya.
Berita dipetik dari sumber Bernama, The japan Times dan The Star.
Video kebakaran KyoAni; sumber The Guardian:
Top 10 animasi Kyoto Animation Studio:
Ini Cara Jepun Mempopularkan Manganya Melawan Webtoon Korea
SUMEDANG, Indonesia – Astroboy dan lain-lain manga, kini diselitkan ke dalam kelas bahasa Jepun mulai bulan Jun di Indonesia kepada para mahasiswa yang berhasrat bekerja di negara matahari terbit itu.

Di Universiti Pendidikan Sumedang, Jawa Barat, kira-kira 50 orang siswa-siswinya melakar watak Astroboy, Chibi Maruko-chan dan Captain Tsubasa serta menulis tajuk-tajuk manga dalam tulisan kanji, iaitu tulisan Jepun pada ilustrasi mereka.
Andi Aripin, 21, melukis potret Yowamushi Pedal, sebuah siri popular manga mengenai lumba basikal.
‘Buat pertama kali saya menulis yowamushi. Memang sukar untuk saya menulis kanji,” katanya sambil tersenyum.

Idea kelas sebegitu diunjurkan oleh International Foundation of Educational and Cultural Exchange, sebuah yayasan di Kyoto yang meraikan para pekerja asing untuk mereka yang bercadang untuk bertugas di Jepun. Cadangan yayasan itu diterima oleh universiti di Sumedang itu.
Menteri Ekonomi, Perusahaan dan Industri Jepun turut bekerjasama untuk program ini.
Setelah menamatkan latihan praktikal di Jepun kelak, para pelajar akan menjadi tenaga kerja yang mempunyai kemahiran tertentu. Status pemastautin akan diberikan sebagai usaha menambah jumlah pekerja asing di Jepun.

“Dengan menggunakan manga sebagai alat bantuan di dalam kelas, saya boleh menarik eprhatian para pelajar,” kata Hiroshi Okochi, 52, penasihat kepada yayasan yang juga pensyarah bagi kelas itu.
Bahasa Jepun adalah bahasa yang sukar bagi orang luar kerana banyaknya karakter kanji dan nahu bahasanya yang sukar.
Dalam peperiksaan Kemahiran Bahasa Jepun pada bulan Disember lalu, hanya 35 peratus calon lulus tahap N4, iaitu kemahiran untuk memahami asas bahasa Jepun yang mana menjadi keperluan asas bahasa bagi mereka yang berminat untuk bekerja di Jepun.
Oleh kerana cabaran itu, manga mungkin akan digunakan secara meluas bagi membantu para pelajar memahami bahasa Jepun. Pihak kementerian menyokong inisiatif ini kerana ia juga meningkatkan populariti manga yang juga diminati di luar Jepun.
“Ini juga adalah pendekatan baharu untuk menambah para peminat pembaca manga,” kata Junichiro Mimaki, pengarah Cool Japan Policy Division.

Untuk rekod, manga Jepun
sedang bertarung dengan webtoon Korea untuk mengekalkan popularitinya kerana webtoon
Korea dilihat lebih mesra telefon pintar yang menjadi pletform komunikasi para
remaja kini. Sedangkan manga lebih
banyak berbentuk cetakan kertas.
Pautan artikel asal SF gate:
https://m.sfgate.com/news/article/Manga-adopted-in-Indonesia-as-tool-for-teaching-14093306.php


