Matt Zurbo menulis cerita setelah selesai tugas harian ~ foto gofundme
Matt Zurbo menulis cerita setelah selesai tugas harian ~ foto gofundme

July 11, 2019; EAGLEHAWK NECK, Tasmania ~ tulisan asal Damien Cave

SEBAIK sahaja Matt Zurbo duduk tersandar di sofa untuk menulis ceritanya yang ke 282, dia sudahpun bekerja sepenuh hari di kawasan pembiakan mutiaranya, bergurau senda dengan anaknya di pantai, berenang dalam gelombang dan telah pun memasak makanan vegetariannya.

Jam baharu menunjukkan pukul 10.00 malam. Matanya sudah layu. Tetapi tak lama. Dengan minuman dan alunan muzik, dia menyudahkan The Tale of a Girl Who Loved to Dance lalu beliau terus memaparkannya secara online pada jam 1.00 pagi. Ada lagi 83 buah cerita yang menunggu ditulis untuk cabaran 365 harinya.

“Lagi ramai kanak-kanak yang sukakan cerita dan buku, semakin indahlah dunia anak saya,” kata Zurbo.

Matt Zurbo bersama isterinya Elena dan anak mereka Cielo. ~ foto the mercury
Matt bersama isterinya Elena dan anak mereka Cielo. ~ foto the mercury

Ramai di antara kita pernah mengimaginasi sesebuah cerita pada saat-saat kelahiran anak. Ada sesetengah di antara mereka menulis buku yang diilhamkan dengan kelahiran anak mereka. Tetapi buat Zurbo, penulisannya adalah untuk Cielo, anak perempuannya.

Zurbo bukan sahaja seseorang yang telah menulis empat buah novel dan lapan buah cerita kanak-kanak. Cerita Zurbo melakar pelbagai mood. Ada yang menggembirakan seperti Bare Feet, yang pelik Backwards With Billy Hanging, yang berpuisi The World’s Smallest Sound  dan yang peribadi  For Cielo. Tiada satu pun hasil karyanya yang telah diterbitkan.

“Karyanya sensitif dan punyai keindahan dalam sesetengah karyanya,” kata Helen Chamberlain, seorang editor buku kanak-kanak yang pernah bekerjasama dengannya menerbitkan buku Moon. Novel pertamanya, Idiot Pride diterbitkan oleh Penguin pada tahun 1997.

Buku kanak-kanak tulisan Matt Zurbo ~ foto bdnews24
Buku kanak-kanak tulisan Matt Zurbo ~ foto bdnews24

Pada tahun itu juga, beliau bekerjasama dengan Dean Gorrissen untuk menghasilkan buku kanak-kanak berjudul I Got a Rocket. Ia kemudiannya diadaptasi menjadi siri televisyen.

Pada tahun 2004, beliau menulis novelnya yang ketiga Hot Nights, Cool Dragons. Pada tahun 2008 pula, beliau mengarang semula buku kanak-kanak Fred the Croc dan Lulu’s Fish. Buku kanak-kanaknya yang terkini, I Love Footy dilukisnya sendiri.

Beliau juga menulis artikel untuk Footy Almanac dan juga majalah muzik, veri.live.

Dalam tempoh 10 tahun terakhir ini, beliau telah menghasilkan 14 buah buku kanak-kanak, novel remaja, antologi cerpen dan juga puisi yang diswaterbit.

Pautan asal dari The New York Times:
https://www.nytimes.com/2019/07/11/books/matt-zurbo-cielo.html