20 Julai, Kyodo; The Guardian

MAJORITI daripada mereka yang maut dalam kebakaran studio KyoAni berusia di antara 20-30 tahun. Demikian menurut laporan NHK pada Sabtu lalu. Lebih banyak petunjuk diperolehi yang memberi jawapan mengapa api begitu cepat merebak hingga meragut banyak nyawa. Laporan terkini, 34 yang maut sementara yang lain-lain sedang bertarung nyawa.

Sebahagian daripada animator wanita KyoAni ~ foto sakurablog
Sebahagian daripada animator wanita KyoAni ~ foto sakurablog

Berita pertama tragedi:
https://layarminda.com/2019/07/19/sedihnya-siapa-yang-sanggup-bakar-studio-anime-ini/


Presiden KyoAni, Hideaki Hatta berkata kebanyakan yang meninggal dunia adalah wanita muda. Sebahagian daripada mereka baharu sahaja mula bertugas di syarikat itu pada April lalu.

“Pada 8 Julai, saya menghulurkan sedikit bonus, iaitu bonus pertama mereka. Mereka yang punyai masa depan, kini sudah kehilangan nyawa,” ujar Hideaki kepada Reuters. “Selain berasa marah, saya dah tak tahu apa nak kata.”

Hideaki Hatta, Presiden KyoAni ketika ditemubual wartawan ~ foto 1realahora
Hideaki Hatta, Presiden KyoAni ketika ditemubual wartawan ~ foto 1realahora

Kyoto Animation atau KyoAni, terkenal kerana mempunyai ramai pelukis animasi dan penulis wanita. Merekalah yang mencipta lebih banyak watak perempuan kerana selama ini bidang anime didominasi dengan watak-watak lelaki.


Antara animasi yang dihasilkan oleh Kyoto Animation (Top 10 Kyoto Animation Anime)


Sebab utama mengapa begitu ramai yang maut pada Khamis lalu mungkin berpunca daripada keadaan ruang tangga pusing yang menyerupai serombong. Ini memungkinkan api merebak begitu cepat. Tiada pemercik air yang terdapat di dalam bangunan itu untuk melambatkan kemarakan api.

Menurut Hiroyuki Sakai, Penolong Pegawai Polis di Fashimi, banyak mayat ditemui di bahagian atas anak tangga. Ia menunjukkan mereka tewas dengan kemarakan api, asap dan juga haba.

Tiada sesiapa pun yang dapat ke bumbung yang didapati tidak terjejas dengan kebakaran itu. Hiroyuki tidak dapat berkata samada pintu ke bumbung itu berkunci ataupun mangsa tidak sempat ke bumbung. Mereka yang selamat hanyalah mangsa yang sempat terjun melalui tingkap.

Shinji Aoba, suspek yang membakar KyoAni ~ foto monsters&critics
Shinji Aoba, suspek yang membakar KyoAni ~ foto monsters&critics

Shinji Aoba, adalah satu-satunya suspek yang telah memasuki bangunan itu melalui pintu hadapan dengan membawa bekas yang mengandungi 40 liter petrol.


Berita kedua tragedi:
https://layarminda.com/2019/07/20/suspek-pembakar-studio-anime-dikenalpasti/


Suspek dipercayai menyorong bekas petrol itu dengan menggunakan troli. Petrol menyambar begitu cepat hingga mengakibatkan bunyi seperti letupan bom buat mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang agak sepi itu.

Suspek juga telah dipindahkan ke wad khas untuk merawat kecederaan melecur tetapi masih pengsan. Sebelum ini, Shinji telah dipenjara kerana merompak menggunakan pisau di sebuah kedai serbaneka.

Seorang pengunjung memberi penghormatan terakhir kepada mangsa kebakaran KyoAni ~ foto  theguardian
Seorang pengunjung memberi penghormatan terakhir kepada mangsa kebakaran ~ foto  theguardian

Pautan asal berita dari The Guardian:
https://www.theguardian.com/world/2019/jul/20/kyoto-animation-studio-fire-victims-mostly-in-their-20s-and-30s