18 Julai ~ Sekurang-kurangnya 33 terbunuh dan 40 lagi cedera apabila sebuah studio animasi dijilat api di Jepun kelmarin. Saat terjadi kebakaran, gumpalan asap putih tebal terlihat keluar dari jendela gedung ini. 30 trak bomba telah dikerah ke tempat kejadian.

Memetik polis tempatan, seorang lelaki 41, membakar bangunan tiga tingkat studio Kyoto Animation dengan mencurah petrol. Seramai 70 orang berada dalam studio itu ketika kebakaran berlaku.
Polis Jepun sebelum ini berkata, kebakaran bermula kira-kira 10.35 pagi dan pisau turut ditemui di tempat kejadian. Petugas yang menerima laporan telah terdengar ledakan kuat dari lantai pertama studio itu. Ramai pekerja menyelamatkan diri saat lantai bawah studio itu tertutupi asap dan api. Bahkan ada seorang mangsa berlumuran darah dibawa keluar dari tempat kejadian.

Menurut seorang saksi, ada seorang lelaki berusia 40 tahun melemparkan cairan dan menyebabkan kebakaran. Lembaga penyiaran Jepun, NHK melaporkan bahwa suspek menuangkan petrol di sekitar gedung sambil mengatakan ‘kamu mati’ ketika membakar.
Saat ini suspek sudah ditahan. Namun belum ada informasi lanjutan apa motif di sebalik perbuatannya.
Laporan akhbar The Star memetik komen pengulas filem Yuichi Maeda yang mengatakan kebakaran itu memberi impak besar kepada industri anime di Jepun.

“Studio itu adalah yang terbaik dan yang terbesar di Jepun. Kehilangan jiwa itu bermakna ramai pelukis anime yang terbaik mungkin maut dalam kebakaran itu. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan.”
“Apa salah mereka? Animasi yang dihasilkan amat baik dan kualiti ceritanya amat bermutu.”
Kyoto Animation atau KyoAni adalah sebuah studio animasi dan penerbit novel ringan yang terletak di Uji, Kyoto Perfecture, Jepun. Ia mula beroperasi pada tahun 1981.
Sejak tahun 2009, syarikat itu menganjurkan Kyoto Animation Award. Mulai tahun 2015 pula syarikat itu menghasilkan 21 siri anmime dan beberapa buah filem.

Berbeza dengan syarikat-syarikat lain, kesemua staf syarikat itu dibayar gaji dan tidak seperti kebanyakan syarikat animasi lain yang mengupah para animator dengan gaji mengikut jumlah frem anime yang dihasilkan.
Studio itu telah melahirkan banyak karya anime populer. Beberapa karya terkenalnya adalah, Miss Kobayashi’s Dragon Maid, A Silent Voice: The Movie, Amagi Brilliant Park, K-ON! Clannad, Lucky Star dan Melancholy of Haruhi Suzumiya.
Berita dipetik dari sumber Bernama, The japan Times dan The Star.
Video kebakaran KyoAni; sumber The Guardian:
Top 10 animasi Kyoto Animation Studio: