BLOG

Lima Tip Penulisan Toni Morrison

Lima Tip Penulisan Toni Morrison

FRED JOHNSON/8 APRIL 2019/STANDOUTBOOKS

Chloe Anthony Wofford Morrison (February 18, 1931 – August 5, 2019), dikenali sebagai Toni Morrison, adalah seorang novelist, penulis, guru, editor dan profesor emeritus di Princeton University, New Jersey. Novel pertamanya The Bluest Eye, terbit pada tahun 1970.

Lima Tip Penulisan Toni Morrison -  TONI MORRISON ~ foto abcnews
TONI MORRISON ~ foto abcnews

Song of Solomon (1977) menarik perhatian dan memenangi National Book Critics Circle Award. Pada 1988, beliau memenangi Pulitzer Prize dan American Book Award untuk karyanya, Beloved (1987).



Morrison dianugerahkan Nobel Prize Sastera pada 1993. Pada May 29, 2012, President Barack Obama menganugerahkan beliau Presidential Medal of Freedom. Seterusnya pada 2016, beliau menerima kerana kejayaannya dalam fiksyen Amerika.

Lima Tip Penulisan Toni Morrison -  Oprah Winfrey menemubual Toni di Universiti Illinois pada 2010 ~ foto losangelestimes
Oprah Winfrey menemubual Toni di Universiti Illinois pada 2010 ~ foto losangelestimes

Sebagai penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah, beliau punyai tip-tip penulisan. Jom ikuti lima tip penulisan Toni Morrison seperti berikut:

1. Bina kebiasaan dan tetapkan rutin

Kebiasaan dan rutin itu amat penting pada seseorang penulis. Anda mesti tahu bilakah waktu anda paling kreatif. Tanyalah diri, bagaimanakah keadaan bilik menulis yang anda mahukan? Mestikah ianya sunyi atau riuh? Apakah yang diperlukan untuk anda menghasilkan karya?

Morrison akan lakukan kebiasaan pada setiap pagi. Sebelum menulis, dia akan membancuh kopi dan menghirupnya sambil memerhati mentari terbit. Hanya setelah kebiasaan ini selesai, baharulah dia menulis.

Bagi sesetengah orang, kebiasaan yang simple pun sudah memadai seperti menulis dengan menggunakan pen yang sama, duduk di sofa kegemaran atau bernyanyi terlebih dahulu sebelum menulis.

2. Tulislah apa yang kita tak tahu

Lazimnya penulis akan dinasihatkan agar ‘menulis apa yang anda tahu.’ Namun Morrison menasihatkan sebaliknya. Tulislah apa yang anda tidak tahu kerana ini akan memaksa anda berfikir di luar kotak pemikiran kita sendiri.

Lima Tip Penulisan Toni Morrison -  Toni menerima Predential Medal of Freedom dari Presiden Barrack Obama pada 2012
Toni menerima Predential Medal of Freedom dari Presiden Barrack Obama pada 2012

3. Ulang baca dan ulang tulis

Morrison akan mengulang baca sesebuah perenggan sebanyak enam, tujuh malah tiga belas kali. Semua penulis telah melalui keadaan bilamana mengulang baca dan bila berasa ada sesuatu yang tidak kena pada bacaan yang ke lima belas, anda kenalah buang bahagian itu dan tulis kembali.

4. Tulislah untuk watak, bukannya untuk pembaca

Kerap sangat penulis bertindak seperti orang bisnes. Mereka terlalu memikirkan samada apa yang ditulis itu laris di pasaran, apakah akan ada ramai pembaca yang membeli karyanya atau apakah trend pasaran masakini.

Meskipun pertimbangan ini wajar, namun jika anda terlalu memikirkannya, ia akan menjejaskan tulisan itu sendiri. Sikap begini akan membuatkan anda membentuk watak berdasarkan apa yang pasaran mahu sedangkan yang wajar adalah membiarkan watak itu berkembang sendiri.

Toni berposing bersama novelnya Song of Solomon pada 1977
Toni berposing bersama novelnya Song of Solomon pada 1977

5. Berpada-padalah

Ramai juga penulis yang terlalu memikirkan ideal pengkaryaan seperti kisah yang ditulis mestilah menyelesaikan semua masalah kehidupan, plot mestilah berkembang hingga ia sukar diikuti, tema hendaklah kompleks serta mendalam dan kesemua teori penulisan mestilah diguna.

Kata Morrison, plot tidak perlu terlalu kompleks. Katanya, plot adalah seperti melodi dalam sebuah lagu jazz. Seorang penulis yang baik adalah seseorang yang sentiasa berlatih agar persembahannya kelihatan bersahaja.

Ramai juga penulis yang menceritakan semuanya. Namun Morrison lebih tertarik dengan watak yang hidup dengan sedikit dialog. Biarlah pembaca yang menelah melalui emosi dan kebijaksanaannya.

Lima Tip Penulisan Toni Morrison - Toni bersama para pelajar Universiti Washington, 1985 ~ foto washingtonuniversity
Toni bersama para pelajar Universiti Washington, 1985 ~ foto washingtonuniversity

Jom baca artikel Tip Penulisan Toni Morrison di pautan asal:
https://www.standoutbooks.com/toni-morrison-writing-advice/

5G Akan Tawan Industri Buku!

5G Akan Tawan Industri Buku!

Oleh Porter Anderson/Publishing perspectives/4.9.19

Liying Lin, Pengarah Beijing International Book Fair (BIBF) berkata, 320,000 pengunjung telah ke BIBF 2019. Lapor Publishing Perspective, lebih separuh daripada 2,600 perserta pesta adalah daripada luar negara Cina.

China International Exhibition Centre, di mana 5G BIBF 2019 berlangsung ~ foto publishingperspectives
China International Exhibition Centre, di mana BIBF 2019 berlangsung ~ foto publishingperspectives

Antara yang menarik ialah penggunaan teknologi 5G di BIBF 2019! Mari kita ikuti pandangan beliau mengenai BIBF yang baharu sahaja berlangsung:

S: Apa pandangan puan mengenai BIBF 2019?
Kami berpuashati. Ia semakin baik saban tahun. Tapi pada tahun ini adalah yang terbaik. Saya rasa para peserta BIBF pun bersetuju.

5,996 perjanjian kerjasama telah dimaterai. Ia melibatkan 3,840 perjanjian eksport atau kerjasama penerbitan. 2,156 adalah perjanjian import. Angka-angka ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.

Romania, negara tamu di 5G BIBF 2019 ~ foto bjreview
Romania, negara tamu di BIBF 2019 ~ foto bjreview

Lebih ramai pempamer hadir daripada 95 buah negara dengan 1,600 adalah peserta dari luar negara. Kami mengalu-alukan kehadiran Portugal dan Kazakhtan buat pertama kali. Kami juga mengalu-alukan Romania sebagai negara kehormat.

S: Di sektor manakah perkembangan yang puan lihat dalam industri ini?

Penerbitan bukan lagi mengenai buku! BIBF memberi bayangan ke manakah halatuju industri ini. Namun, BIBF telah berkembang untuk menawarkan peluang-peluang yang luas merentas sektor produksi dan pengedaran.

Pempamer kita pada tahun ini datang daripada pelbagai latarbelakang termasuk hiburan, pendidikan dan teknologi. Tetapi mereka punyai satu persamaan iaitu mendapatkan cara terbaik menggunakan IP secara atas talian, dalam aplikasi, video, kartun, permainan, pendidikan dan format-format lain.

Jiliguala, pendidikan melalui teknologi di 5G BIBF 2019~ foto oetjobs
Jiliguala, pendidikan melalui teknologi ~ foto oetjobs

S: Teknologi pendidikan adalah fokus utama dalam BIBF pada kali ini. Jiliguala adalah salah satu daripadanya. Apakah ada lagi pemain lain?

Satu lagi adalah VIPKID. Mereka mensasarkan ibubapa muda yang mahu membantu anak-anak mereka dalam pelajaran.

Ling Technologies mempamerkan Luka & Luka Hero, sebuah robot yang boleh membaca untuk kanak-kanak. Luka boleh membacakan perkataan yang ditunjuk oleh seseorang kanak-kanak. Malah ia boleh membaca mengikut suara ibubapa anak itu.

Luka, robot cilik yang boleh membaca di BIBF 2019 ~ foto mirror
Luka, robot cilik yang boleh membaca ~ foto mirror

Apakah program yang menarik untuk kanak-kanak pada tahun ini?

Kami telah anjurkan 2019 BIBF Children’s Publishing Forum. Di situ, para penerbit membincangkan pentingnya memupuk minat membaca kepada kanak-kanak, peranan  ibubapa dan pentingnya menjadikan membaca itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.

S: Apakah elemen terpenting pada tahun ini?

Teknologi. Teknologi telah mengubah kehidupan kita dalam aktiviti membaca, hiburan, pendikan dan membeli-belah.  Sebab itulah kami bekerjasama dengan China Telecom di BIBF dengan demonstrasi teknologi 5G dan bagaimana ia boleh mengubah pengalaman membaca.

Reading zone 5G di BIBF  - foto Singing Grass 5G BIBF 2019
Reading zone 5G di BIBF – foto Singing Grass

Kami telah membuka 5G+ Reading Zone di BIBF untuk menunjukkan betapa kepantasan internet membuka ruang baharu untuk penerbit, penulis dan juga pembaca.

Kami mempersembahkan aktiviti kebudayaan dengan penyertaan penghibur, penulis, malah seorang angkasawan untuk membuat demonstrasi betapa 5G, yang menggunakan augmented reality, mixed reality untuk memberikan nafas kepada buku dan betapa ia boleh menjalin hubungan di antara penulis dan pembaca dengan cara baharu.

Macam hidup: temubual live dengan angkasawan pertama Cina Wang Yaping ~ foto singing grass
Macam hidup: temubual live dengan angkasawan pertama Cina Wang Yaping ~ foto singing grass

Kami membuat temubual secara langsung di antara angkasawan Cina pertama, Wang Yaping dengan 60 juta pelajar di 80,000 buah sekolah dengan kelajuan internet seolah-olah mereka kesemuanya berada sebelah menyebelah.

Cabaran utama kami ialah bagaimana bergerak sepantas perubahan industri dan masyarakatnya.

Harapan puan pada BIBF 2020?

Semoga ia berbeza lagi apabila kami mempamerkan tren baharu, syarikat baharu dan produk baharu. Penerbitan di Cina akan jadi lebih menarik.

 Liying Lin, Pengarah Beijing International Book Fair (BIBF)  - 5G BIBG 2019
Liying Lin, Pengarah Beijing International Book Fair (BIBF)

Jom baca artikel asal mengenai 5G di Beijing International Book Fair (BIBF 2019) di pautan berikut:
https://publishingperspectives.com/2019/09/interview-beijing-book-fair-liying-lin-on-books-tech-and-5g-2019/

Sampai Ke Mana Kempen Beli Produk Muslim?

Sampai Ke Mana Kempen Beli Produk Muslim?

MAAFCAKAP: 28.8.19

Kempen beli produk Muslim nampaknya berkesan sebagai sebuah kempen apabila Tun Mahathir sendiri telah memberi komen tidak menyetujuinya. Kata Tun, ia adalah tindakan mereka yang cetek pemikiran dan menimbulkan api kemarahan. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pula berkata, kempen itu tidak sesuai dengan konteks Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution pula mengulas, ia tidak mendatangkan keuntungan pada sesiapa. Menteri itu juga berkata, beliau belum menerima laporan daripada mana-mana syarikat bahawa perniagaan mereka terjejas berikutan dengan kempen itu.

Boikot produk oleh pengguna merupakan salah satu senjata yang berkesan. Seandainya ia tidak memberi kesan kepada jualan, kesan kepada imej sudah cukup untuk merisaukan tauke perniagaan dan pemegang saham syarikat yang terlibat. Bila kempen dibuat, bukan sekejap masa dan bukan sedikit wang yang harus dilaburkan untuk membersih imej yang tercalar.

Beberapa tahun dahulu, terjadi kempen boikot produk Cadbury’s kerana dikatakan mengandungi lemak babi. Kempen itu cukup merosakkan imej syarikat itu. Begitu juga apabila McDonald’s Malaysia dikatakan turut menyalurkan dana ke Israel, boikot terhadap syarikat itu telah menyepikan premis-premisnya. Namun, apa yang terjadi dengan boikot itu? Setelah beberapa bulan berlalu coklat Cadbury’s semakin popular dan masyarakat Islam kembali melanggani McDonald’s.

Kita tentu pernah terdengar bagaimana kononnya masyarakat Cina dikempenkan agar memboikot roti jenama Gardenia kerana kononnya jutawan Melayu Syed Mokhtar Bukhari yang membeli syarikat bakeri itu telah membatalkan kontrak membeli tepung gandum keluaran syarikat jutawan Cina Robert Kuok. Masyarakat Cina kononnya digalakkan untuk membeli roti jenama Massimo. Apa yang berlaku? Setelah beberapa bulan berlalu, masyarakat Cina membeli roti Gardenia dan masyarakat Melayu membeli juga jenama Massimo.

Sebenarnya, kempen boikot produk Cina telah pun bermula beberapa tahun yang lalu. Namun ia tidak mempunyai impak yang besar. Tetapi pada kali ini, kempen boikot produk Cina yang kemudiannya diubah menjadi kempen beli produk Muslim itu telah menjadi tular di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Whatsapp.

Malah, sebuah laman Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia yang mempromosikan Buy Muslim First dan bukannya boikot berjaya mengumpul lebih 1,000,000 ahli dalam masa tidak sampai sebulan! Jumlah keahlian ini menunjukkan betapa risaunya orang Melayu terhadap masa depannya.

Samada apa yang dirisaukan itu betul mahupun sebaliknya, yang jelas, orang Melayu berasakan mereka perlu bertindak mengikut apa yang dibenarkan oleh undang-undang dengan cara memboikot. Samada ia berkesan atau sebaliknya pun bergantung kepada perasaan orang Melayu itu sendiri. Jika mereka punyai persepsi bahawa masa depan mereka terancam, maka kempen boikot ini akan berpanjangan. Jika tidak, ia akan berhenti sepertimana kempen-kempen boikot sebelum ini.

Sebenarnya, boikot ini adalah sentimen. Sentimen adalah emosi. Emosi pula mudah meliar seandainya ia dipanaskan. Sebaliknya emosi akan bersikap akur dan menunduk seandainya ia ditangani dengan tenang. Orang Melayu juga telah mengubah definisi kempen mereka daripada memboikot produk Cina kepada membeli produk Muslim. Maknanya, orang Melayu masih punyai pertimbangan.

Kempen membeli produk Muslim itu lebih kepada tindakan bersandarkan kepada keagamaan. Dan orang Melayu amat sayangkan agama Islam mereka. Mereka sendiri sudah gariskan etika membeli produk Muslim iaitu pertama, membeli produk Muslim di kedai Muslim. Kedua, membeli produk Muslim di kedai non-Muslim. Ketiga, membeli produk non-muslim di kedai Muslim dan keempat, membeli produk non-Muslim di kedai non-Muslim.

Secara natural, berapa ramai orang Melayu di bandar yang dapat membelek setiap barangan samada ia produk Muslim atau sebaliknya? Dengan kekangan masa dan kekuatan sesebuah jenama, pengguna Muslim akan memilih apa yang dia perlukan tanpa melangut panjang. Lagipun, si Salwa yang menjaga kaunter di Pasaraya Ah Chong itu adalah anak jirannya.

Di kampung-kampung pula walaupun tempias kempen ini menjadi tajuk bualan, mereka akan tetap ke kedai Ah Seng dan Uncle Raju kerana mereka berdua dianggap orang kampung juga.

Akhirnya, orang Melayu akan membeli sesebuah produk berdasarkan logo halal, kepopularan jenama dan harganya. Sebagai pengguna, mereka akan cari produk yang mereka selesa gunakan. Jangan diusik keselesaan itu kerana pengguna akan menolak sesebuah produk sekiranya dia bingung produk apakah yang kini berada di tangannya.  

Sasterawan Negara ke-14: Siti Zainon Ismail

Sasterawan Negara ke-14: Siti Zainon Ismail

Tokoh seni budaya kelahiran Gombak, Selangor itu dipilih berdasarkan sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pengiktirafan yang diterimanya.

Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik membuat pengumuman Sasterawan Negara Siti Zainon ~ foto Utusan
Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik membuat pengumuman ~ foto Utusan

Menurutnya, anugerah itu diberikan oleh kerajaan kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu. Dr. Siti Zainon telah memberikan sumbangan cemerlang secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi.

“Penganugerahan itu melayakkan Siti Zainon menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai sebanyak RM60,000, tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskhah karya beliau yang akan dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Sasterawan Negara, Siti Zainon mendeklamasi puisi ~ foto youtube
Siti Zainon mendeklamasi puisi ~ foto youtube

“Beliau juga layak menerima kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan untuk mencipta karya sastera, menerbitkan karya serta penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing dan elaun sara hidup sebanyak RM5,000 sebulan,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyempurnakan penganugerahan itu pada 21 September 2019 jam 8.30 malam di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Siti Zainon pernah memenangi hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) sebanyak enam kali, Anugerah Budayawan Selangor, Anugerah Tokoh Seni Budaya, Penghargaan Usaha Seni Tan Sri Fatimah-Avon dan Pingat Seri Mahkota Selangor.

Sasterawan Negara, Siti Zainon punyai gaya tudung istimewa ~ foto bebasnews
Siti Zainon punyai gaya tudung istimewa ~ foto bebasnews

Pengiktirafan wanita berumur 69 tahun itu di peringkat antarabangsa pula termasuklah menerima ‘SEA Write Award 1989’, Tokoh Anugerah Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (Papti)-Anugerah Tokoh Seni Budaya (2015), menerima hadiah Sketsa Kartini (Akademi Seni Rupa Indonesia), penghargaan Seni Seoul Country Club, Korea, Gelar Teuku Chut Nyak Fakinah dan Anugerah Profesor Luar Biasa Universitas Jabat Ghafur Aceh.

Di antara karya Siti Zainon Ismail ialah sketsa dan puisi Bunga-bunga Bulan, Alam Puisi, Pakaian Cara Melayu dan Nyanyian Malam.

Tahniah diucapkan kepada Sasterawan Negara ke-14 Profesor Dr Siti Zainon Ismail!

Jom tonton video: 5 Fakta Sasterawan Negara ke-14 di link ini : https://www.youtube.com/watch?v=za00rrhSMlc atau klik video di bawah untuk mula menonton!

Mari Kita Berkunjung ke Pesta Buku Indonesia!

Mari Kita Berkunjung ke Pesta Buku Indonesia!

Logo Indonesia International Book Fair ~ foto IIBF
Logo Indonesia International Book Fair ~ foto IIBF

Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2019 bermula hari ini 4 September hingga 8 September 2019. Ia akan berlangsung bertempat di Jakarta Convention Center.

IIBF adalah pameran buku tahunan yang dianjurkan oleh Ikatan Penerbit Indonesia, IKAPI. Ditubuhkan pada tahun 1980 di bawah nama Pameran Buku Indonesia, IIBF adalah titik pertemuan, acara strategik dan berprestij bagi para peserta pameran untuk mempromosikan kesusasteraan, seni, budaya, dan semua kandungan kreatif yang lain, melalui pelesenan hak dan cara kerjasama lain.

Para pengunjung ke Pesta Buku Indonesia ~ foto IIBF
Para pengunjung ke Pesta Buku Indonesia ~ foto IIBF

Indonesia mempunyai pasaran buku dan kesusasteraan terbesar di Asia Tenggara. Ia mempunyai penduduk yang lebih dari 270 juta orang, dengan lebih dari 10 juta daripadanya adalah penduduk Jakarta.

Para pengunjung membelek buku ~ foto tirto
Para pengunjung membelek buku ~ foto tirto

Terdapat lebih daripada 1,650 penerbit yang disenaraikan sebagai ahli IKAPI. Terdapat lebih kurang 40,000 judul buku baharu diterbitkan setiap tahun di mana kebanyakan tajuk-tajuk buku ini akan dibeli melalui pembelian hak dari seluruh dunia. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama antarabangsa juga menjadi semakin biasa di kalangan penerbit Indonesia.

Antara yang akan hadir pada IIBF tahun ini adalah, Candra Malik, seorang pengasas Sekolah Asing Syahadah Islam di Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah. Nama beliau juga dikenali sebagai tokoh Sufi, penulis, wartawan, penulis lagu agama, pelakon filem, penulis beberapa lajur dalam pelbagai media massa, dan pencipta lagu-lagu agama yang dinamakan lagu Sufi. Karya sastera Candra Malik telah diterbitkan dalam pelbagai media massa termasuk Kompas, Majalah Kesusasteraan Horizon, Koran Tempo Minggu, Suara Merdeka, Suara Karya, dan Majalah Femina.

Sidang akhbar Pesta Buku Indonesia ~ foto sindonews
Sidang akhbar Pesta Buku ~ foto sindonews

Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang IIBF termasuklah pertandingan menulis laporan ke pesta buku untuk peringkat sekolah. Untuk meningkatkan kegiatan Pergerakan Literasi Sekolah Antarabangsa, Rayakultura menjemput sekolah-sekolah untuk mengambil bahagian dalam 2019 Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) dimana pelajar diminta untui menulis laporan mengenai lawatan ke IIBF yang berlangsung pada 4-8 September 2019.

Ketua Umum IKAPI, Rosidayati Rozalina, berkata, Indonesia Partnership Programme merupakan program perdana. “Ia dianjurkan untuk menjual konten-konten Indonesia. Tahun ini kami berkesempatan mengundang pembeli yang berpotensi.”

Candra Malik, salah seorang pengkarya Indonesia ~ foto mojok
Candra Malik, salah seorang pengkarya Indonesia ~ foto mojok

Setakat ini, Bangladesh, Turki, Singapura, Malaysia, Perancis, Jamaika, Korea Selatan, Mesir, Kuwait, Kanada, England, Filipina dan Albania yang bakal menyertai program ini.

Video Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2019 di link ini: https://www.youtube.com/watch?v=J_B7itKv0Sg atau klik video dibawah untuk mula menonton.

Video Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2019

Iklan

Petikan Terpilih

BELI MAAFCAKAP 4 – KLIK GAMBAR!

LAYAR SOROT

BELI DI BOOKDEPOSITORY

LANGGAN LAYARMINDA

[mc4wp_form id=”572″]