Tokoh seni budaya kelahiran Gombak, Selangor itu dipilih berdasarkan sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pengiktirafan yang diterimanya.

Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik membuat pengumuman Sasterawan Negara Siti Zainon ~ foto Utusan
Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik membuat pengumuman ~ foto Utusan

Menurutnya, anugerah itu diberikan oleh kerajaan kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu. Dr. Siti Zainon telah memberikan sumbangan cemerlang secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi.

“Penganugerahan itu melayakkan Siti Zainon menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai sebanyak RM60,000, tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskhah karya beliau yang akan dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Sasterawan Negara, Siti Zainon mendeklamasi puisi ~ foto youtube
Siti Zainon mendeklamasi puisi ~ foto youtube

“Beliau juga layak menerima kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan untuk mencipta karya sastera, menerbitkan karya serta penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing dan elaun sara hidup sebanyak RM5,000 sebulan,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyempurnakan penganugerahan itu pada 21 September 2019 jam 8.30 malam di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Siti Zainon pernah memenangi hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) sebanyak enam kali, Anugerah Budayawan Selangor, Anugerah Tokoh Seni Budaya, Penghargaan Usaha Seni Tan Sri Fatimah-Avon dan Pingat Seri Mahkota Selangor.

Sasterawan Negara, Siti Zainon punyai gaya tudung istimewa ~ foto bebasnews
Siti Zainon punyai gaya tudung istimewa ~ foto bebasnews

Pengiktirafan wanita berumur 69 tahun itu di peringkat antarabangsa pula termasuklah menerima ‘SEA Write Award 1989’, Tokoh Anugerah Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (Papti)-Anugerah Tokoh Seni Budaya (2015), menerima hadiah Sketsa Kartini (Akademi Seni Rupa Indonesia), penghargaan Seni Seoul Country Club, Korea, Gelar Teuku Chut Nyak Fakinah dan Anugerah Profesor Luar Biasa Universitas Jabat Ghafur Aceh.

Di antara karya Siti Zainon Ismail ialah sketsa dan puisi Bunga-bunga Bulan, Alam Puisi, Pakaian Cara Melayu dan Nyanyian Malam.

Tahniah diucapkan kepada Sasterawan Negara ke-14 Profesor Dr Siti Zainon Ismail!

Jom tonton video: 5 Fakta Sasterawan Negara ke-14 di link ini : https://www.youtube.com/watch?v=za00rrhSMlc atau klik video di bawah untuk mula menonton!