Oleh Porter Anderson/Publishing perspectives/4.9.19
Liying Lin, Pengarah Beijing International Book Fair (BIBF) berkata, 320,000 pengunjung telah ke BIBF 2019. Lapor Publishing Perspective, lebih separuh daripada 2,600 perserta pesta adalah daripada luar negara Cina.
Antara yang menarik ialah penggunaan teknologi 5G di BIBF 2019! Mari kita ikuti pandangan beliau mengenai BIBF yang baharu sahaja berlangsung:
S: Apa
pandangan puan mengenai BIBF 2019?
Kami berpuashati. Ia semakin baik saban tahun. Tapi pada tahun ini adalah yang
terbaik. Saya rasa para peserta BIBF pun bersetuju.
5,996 perjanjian kerjasama telah dimaterai. Ia melibatkan 3,840 perjanjian eksport atau kerjasama penerbitan. 2,156 adalah perjanjian import. Angka-angka ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.
Lebih ramai pempamer hadir daripada 95 buah negara dengan 1,600 adalah peserta dari luar negara. Kami mengalu-alukan kehadiran Portugal dan Kazakhtan buat pertama kali. Kami juga mengalu-alukan Romania sebagai negara kehormat.
S: Di sektor manakah perkembangan yang puan lihat dalam industri ini?
Penerbitan bukan lagi mengenai buku! BIBF memberi bayangan ke manakah halatuju industri ini. Namun, BIBF telah berkembang untuk menawarkan peluang-peluang yang luas merentas sektor produksi dan pengedaran.
Pempamer kita pada tahun ini datang daripada pelbagai latarbelakang termasuk hiburan, pendidikan dan teknologi. Tetapi mereka punyai satu persamaan iaitu mendapatkan cara terbaik menggunakan IP secara atas talian, dalam aplikasi, video, kartun, permainan, pendidikan dan format-format lain.
S: Teknologi pendidikan adalah fokus utama dalam BIBF pada kali ini. Jiliguala adalah salah satu daripadanya. Apakah ada lagi pemain lain?
Satu lagi adalah VIPKID. Mereka mensasarkan ibubapa muda yang mahu membantu anak-anak mereka dalam pelajaran.
Ling Technologies mempamerkan Luka & Luka Hero, sebuah robot yang boleh membaca untuk kanak-kanak. Luka boleh membacakan perkataan yang ditunjuk oleh seseorang kanak-kanak. Malah ia boleh membaca mengikut suara ibubapa anak itu.
Apakah program yang menarik untuk kanak-kanak pada tahun ini?
Kami telah anjurkan 2019 BIBF Children’s Publishing Forum. Di situ, para penerbit membincangkan pentingnya memupuk minat membaca kepada kanak-kanak, peranan ibubapa dan pentingnya menjadikan membaca itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.
S: Apakah elemen terpenting pada tahun ini?
Teknologi. Teknologi telah mengubah kehidupan kita dalam aktiviti membaca, hiburan, pendikan dan membeli-belah. Sebab itulah kami bekerjasama dengan China Telecom di BIBF dengan demonstrasi teknologi 5G dan bagaimana ia boleh mengubah pengalaman membaca.
Kami telah membuka 5G+ Reading Zone di BIBF untuk menunjukkan betapa kepantasan internet membuka ruang baharu untuk penerbit, penulis dan juga pembaca.
Kami mempersembahkan aktiviti kebudayaan dengan penyertaan penghibur, penulis, malah seorang angkasawan untuk membuat demonstrasi betapa 5G, yang menggunakan augmented reality, mixed reality untuk memberikan nafas kepada buku dan betapa ia boleh menjalin hubungan di antara penulis dan pembaca dengan cara baharu.
Kami membuat temubual secara langsung di antara angkasawan Cina pertama, Wang Yaping dengan 60 juta pelajar di 80,000 buah sekolah dengan kelajuan internet seolah-olah mereka kesemuanya berada sebelah menyebelah.
Cabaran utama kami ialah bagaimana bergerak sepantas perubahan industri dan masyarakatnya.
Harapan puan pada BIBF 2020?
Semoga ia berbeza lagi apabila kami mempamerkan tren baharu, syarikat baharu dan produk baharu. Penerbitan di Cina akan jadi lebih menarik.
Jom baca artikel asal mengenai 5G di Beijing International Book Fair (BIBF 2019) di pautan berikut:
https://publishingperspectives.com/2019/09/interview-beijing-book-fair-liying-lin-on-books-tech-and-5g-2019/