FRED JOHNSON/8 APRIL 2019/STANDOUTBOOKS
Chloe Anthony Wofford Morrison (February 18, 1931 – August 5, 2019), dikenali sebagai Toni Morrison, adalah seorang novelist, penulis, guru, editor dan profesor emeritus di Princeton University, New Jersey. Novel pertamanya The Bluest Eye, terbit pada tahun 1970.

Song of Solomon (1977) menarik perhatian dan memenangi National Book Critics Circle Award. Pada 1988, beliau memenangi Pulitzer Prize dan American Book Award untuk karyanya, Beloved (1987).
Morrison dianugerahkan Nobel Prize Sastera pada 1993. Pada May 29, 2012, President Barack Obama menganugerahkan beliau Presidential Medal of Freedom. Seterusnya pada 2016, beliau menerima kerana kejayaannya dalam fiksyen Amerika.

Sebagai penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah, beliau punyai tip-tip penulisan. Jom ikuti lima tip penulisan Toni Morrison seperti berikut:
1. Bina kebiasaan dan tetapkan rutin
Kebiasaan dan rutin itu amat penting pada seseorang penulis. Anda mesti tahu bilakah waktu anda paling kreatif. Tanyalah diri, bagaimanakah keadaan bilik menulis yang anda mahukan? Mestikah ianya sunyi atau riuh? Apakah yang diperlukan untuk anda menghasilkan karya?
Morrison akan lakukan kebiasaan pada setiap pagi. Sebelum menulis, dia akan membancuh kopi dan menghirupnya sambil memerhati mentari terbit. Hanya setelah kebiasaan ini selesai, baharulah dia menulis.
Bagi sesetengah orang, kebiasaan yang simple pun sudah memadai seperti menulis dengan menggunakan pen yang sama, duduk di sofa kegemaran atau bernyanyi terlebih dahulu sebelum menulis.
2. Tulislah apa yang kita tak tahu
Lazimnya penulis akan dinasihatkan agar ‘menulis apa yang anda tahu.’ Namun Morrison menasihatkan sebaliknya. Tulislah apa yang anda tidak tahu kerana ini akan memaksa anda berfikir di luar kotak pemikiran kita sendiri.

3. Ulang baca dan ulang tulis
Morrison akan mengulang baca sesebuah perenggan sebanyak enam, tujuh malah tiga belas kali. Semua penulis telah melalui keadaan bilamana mengulang baca dan bila berasa ada sesuatu yang tidak kena pada bacaan yang ke lima belas, anda kenalah buang bahagian itu dan tulis kembali.
4. Tulislah untuk watak, bukannya untuk pembaca
Kerap sangat penulis bertindak seperti orang bisnes. Mereka terlalu memikirkan samada apa yang ditulis itu laris di pasaran, apakah akan ada ramai pembaca yang membeli karyanya atau apakah trend pasaran masakini.
Meskipun pertimbangan ini wajar, namun jika anda terlalu memikirkannya, ia akan menjejaskan tulisan itu sendiri. Sikap begini akan membuatkan anda membentuk watak berdasarkan apa yang pasaran mahu sedangkan yang wajar adalah membiarkan watak itu berkembang sendiri.

5. Berpada-padalah
Ramai juga penulis yang terlalu memikirkan ideal pengkaryaan seperti kisah yang ditulis mestilah menyelesaikan semua masalah kehidupan, plot mestilah berkembang hingga ia sukar diikuti, tema hendaklah kompleks serta mendalam dan kesemua teori penulisan mestilah diguna.
Kata Morrison, plot tidak perlu terlalu kompleks. Katanya, plot adalah seperti melodi dalam sebuah lagu jazz. Seorang penulis yang baik adalah seseorang yang sentiasa berlatih agar persembahannya kelihatan bersahaja.
Ramai juga penulis yang menceritakan semuanya. Namun Morrison lebih tertarik dengan watak yang hidup dengan sedikit dialog. Biarlah pembaca yang menelah melalui emosi dan kebijaksanaannya.

Jom baca artikel Tip Penulisan Toni Morrison di pautan asal:
https://www.standoutbooks.com/toni-morrison-writing-advice/