Novelis itu Umpama Seorang Pemandu
MEMBACA novel itu adalah sebuah perjalanan. Malah, sesebuah novel itu sendiri adalah sebuah perjalanan yang panjang. Kalau kita membaca sesebuah novel dari pagi hingga ke malam, masa yang digunakan itu umpama waktu sesebuah perjalanan yang jauh.
2. Seseorang novelis itu pula umpama seorang pemandu. Kita yang membaca novelnya itu umpama penumpangnya. Dalam sebuah perjalanan yang panjang, si novelis membawa kita melalui lebuhraya yang lurus dan lancar dengan pemandangan di sekeliling yang indah.
3. Ada waktunya si novelis membawa kita melalui jalan sempit, penuh dengan becak, berlubang di sana-sini dan tidak rata. Ada juga ketikanya novelis membawa kita mendaki bukit dengan begitu perlahan, tetapi kemudian menuruninya dengan laju hingga kita berasa seperti nak putus nafas!
4. Walaupun begitu, si novelis perlu memastikan kita tidak pening kepala, loya dan muntah. Yang lebih mustahak, kita tidak menuruni kenderaan langsung meninggalkan perjalanan yang penuh berliku itu.
5. Cabaran bagi novelis ialah bagaimana kita berasa seronok sebaik sahaja menamatkan perjalanan penuh mencabar itu dan tidak ragu-ragu untuk mengulangi perjalanan itu buat kali kedua dan seterusnya.
6. Bagaimanakah seseorang novelis itu menjadi pemandu yang baik? Dia mestilah pandai mengendalikan kenderaannya sehingga kita sebagai pembaca atau penumpangnya yakin yang kita akan selamat mengharungi perjalanan kerana yakin dengan novelis yang mengendalikan perjalanan.
7. Bagaimanakah cara novelis hendak menimbulkan rasa yakin kita terhadap karyanya? Dia mesti faham apa yang dinamakan sebagai ‘pacing.’ Pacing adalah imbuhan dari kata dasar ‘pace’ yang bermaksud ‘kadar pergerakan.’ Dalam konteks penulisan, kadar pergerakan apa? Jawapannya, kadar pergerakan yang menentukan momentum pembacaan.
8. Mengapa pacing ini penting? Ia mustahak kerana pacing novelis yang baik mampu menggenggam perasaan kita agar terus membaca karyanya. Seperti juga dalam sesebuah perjalanan yang membosankan, novelis perlu pandai menyusun ayat agar kita tetap ingin meneruskan pembacaan meskipun bahagian yang dibaca itu mula menimbulkan kebosanan.
9. Sepertimana menaiki sebuah bukit dengan perlahan, novelis perlu hadiahkan keseronokan menuruni bukit dengan laju kepada kita kerana sanggup melayani perenggan-perenggan yang membosankan.
10. Bagaimana cara novelis mengawal kadar pergerakan pembacaan? Sebenarnya ada teknik yang digunakan novelis untuk memainkan perasaan kita sebagai pembacanya. Ada teknik bagaimana menjadikan pembaca releks dan santai. Ada teknik macam mana supaya pembaca membaca dengan laju hingga dia berasa tak boleh berhenti.
Hendak tahu tak? Kita sambung nanti.
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.
An American Marriage – Kisah Cinta Ala-Amerika

Roy, seorang eksekutif syarikat buku dan Celestial, seorang artis untuk syarikat anak patung baharu mendirikan rumahtangga. Takdir memisahkan mereka apabila Roy dipenjara 12 tahun kerana dituduh merogol seorang wanita.

Mereka berdua saling berhubung melalui surat menyurat. Namun lama kelamaan perhubungan mereka kian hambar. Akhirnya Celestial minta berpisah dan dia mengahwini teman lamanya Andre.
Apabila keluar dari penjara, Roy tidak dapat lagi memperbaiki hubungan mereka. Nasib Roy berubah apabila menemui kawan sekolahnya Davina. Mereka akhirnya berkahwin.

An American Marriage membawa pembaca untuk menyelami hati dan minda tiga watak utamanya. Novel ini menerima pencalonan, National Book Award Nominee for Fiction (2018), Los Angeles Times Book Prize Nominee for Fiction (2018), Goodreads Choice Award Nominee for Fiction (2018), NAACP Image Award Nominee for Fiction (2019), Aspen Words Literary Prize Nominee for Longlist (2019) dan terpilih untuk Oprah’s Book Club Selection. Ia memenangi Women’s Prize for Fiction (2019).
Ikuti ulasan video novel ini di bawah:
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.
Lelaki Ini Baca 300 Buah Buku Setahun!
Pada tahun 1970, seorang pelajar sains perubatan di Universiti Oxford bernama Chris Browne mengambil keputusan untuk mengumpul buku. Buku yang pertama Browne beli ialah edisi pertama novel James Bond, The Man With the Golden Gun, karya Ian Fleming.
Pada hari ini Professor Browne mempunyai 10,000 naskhah buku di kediamannya di Camberwell. Cutinya tidak sepi dengan buku. Dia punyai 2,000 naskhah lagi di sebuah lagi rumahnya di Gippsland.
Bila ditanya mengapa dia himpun begitu banyak buku. “Saya suka membaca,” jawabnya selamba. Setiap tahun dia akan membeli 500 judul buku dan boleh menghabiskan sebanyak 300 naskhah.

Browne sudah tidak lagi ke perpustakaan kerana, “Saya dah ada apa yang saya nak baca di rumah.”
Profesor Browne, 70, yang sudah bersara pada 2012 setelah menjadi pensyarah di Fakulti Perubatan, Monash University selama 40 tahun. Di kediamannya di Camberwell, dia mengumpul 500 buku oleh Jane Austen dan 300 buku mengenai Charles Dickens.
Edisi ketiga Austen berjudul Pride and Prejudice, yang terbit pada 1818, adalah satu di antara 40 naskhah yang masih ada. Dan ia bernilai RM57,000. Just So Stories, karya Rudyard Kipling, pula bernilai RM850 senaskhah. Namun ia berharga buat Profesor Chris Browne kerana novel itu dibacakan oleh neneknya ketika beliau masih kanak-kanak.
Beliau bukan sahaja membaca buku-buku yang sudah berkurun usianya. Sebaliknya beliau turut membaca buku-buku terkini seperti hasil karya Phillip Kerr.

Tetapi beliau mempunyai cerita tentang buku-bukunya. Cetakan pertama American Notes, tulisan Charles Dickens sebelum ini dipunyai oleh Henry Elkins Widener, yang maut dalam tragedi kapal Titanic pada 1912.
Sebuah lagi buku ilustrasi Alice in Wonderland, terbitan tahun 1933, telah ditandatangani oleh Alice Pleasance Hargreaves, nee Liddell. Alice ketika kanak-kanak telah meminta Lewis Carroll untuk menulis buku mengenainya.
Dengan mempunyai jumlah buku yang banyak, tidak hairanlah Profesor Browne menjadi Pengarah Program untuk Melbourne Rare Book Week di Wilson Hall, University of Melbourne.

Professor Browne berkata, Rare Book Week adalah ‘majlis meraikan buku, untuk yang bercetak dan juga yang untuk dibaca.”
Program ini akan diadakan pada 5 – 14 Julai 2019.
Jom tonton video Rare Book Week di sini:
Adaptasi tulisan: Carolyn Webb, The Age
Pautan asal: https://www.theage.com.au/national/victoria/a-library-of-one-s-own-meet-the-man-who-owns-12-000-books-20190613-p51xhe.html
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.
Cuaca: Mainan Elemen Air, Api, Angin & Tanah dalam Penulisan
DALAM penulisan, waktu berperanan penting untuk menghidupkan latar masa. Ia adalah garis waktu cerita yang disampaikan, samada sehari, seminggu, sebulan ataupun bertahun. Waktu juga membantu pembaca untuk membayangkan suasana persekitaran.
Misalnya, babak yang bermula pada jam 8.00 pagi dengan kesibukan orang ramai pergi bekerja akan menghidupkan gambaran di minda pembaca. Begitu juga, babak pulang pada jam 8.00 malam juga membantu pembaca untuk membayangkan suasana jalanraya pada waktu itu.
Selain daripada masa, gambaran cuaca juga memberi mood kepada penceritaan. Ia adalah elemen treatment yang berkesan. Seorang novelis legend, Ernest Hemingway yang menulis novel The Old Man and The Sea memberi ulasan yang tegas tentang pentingnya melakar cuaca dalam karya.
Kata Ernest Hemingway di dalam buku ‘On Writing’: “Remember to get the weather in your damn book ~ weather is very important.” Jangan lupa untuk memasukkan keadaan cuaca dalam karya anda. Cuaca itu amat penting. Kata-katanya benar.
Sejak saya menemui tips ini beberapa tahun yang lalu, ia menjadi salah satu daripada rencah penulisan yang saya gunakan. Cuaca memainkan peranan penting untuk mengasyikkan pembaca. Ia juga menaikkan mood penulis itu sendiri.
Cuaca adalah kejadian alam. Cuaca berkait rapat dengan unsur api, air, angin dan tanah. Kita mempunyai keeempat-empat unsur itu. Sebab itulah pembaca akan asyik dengan lakaran api, air, angin dan tanah di dalam penulisan kerana ia berkait rapat dengan elemen di dalam diri mereka sendiri!
Cuba bayangkan rupa cuaca pada perkataan-perkataan ini: hujan renyai, hujan lebat, ribut, taufan, puting beliung atau tsunami. Panas terik mentari, angin kencang, kilat sabung menyabung, guruh berdentum dan petir menyambar.
Setiap perkataan mengenai cuaca yang disampaikan akan terus membina gambaran di layar minda pembaca. Ini membantu pembaca untuk melihat melalui tulisan itu. Dalam ertikata lain, ia membina cinema of the mind ~ wayang di dalam minda.
Perjumpaan hero dan heroin di sebuah taman boleh sahaja digambarkan dengan mudah. Tetapi, iringkan dengan hujan lebat dan angin kencang hingga menerbangkan payung mereka… pertemuan yang simple boleh menjadi begitu dramatik dan romantik.
Begitu juga, hero dan heroin yang sama berpisah di taman dalam cuaca yang buruk, dengan kilat sambar menyambar, selain daripada menghidupkan layar minda pembaca, ia juga menyentuh hati pembaca kerana keadaan cuaca itu menggambarkan betapa berkecamuknya hati mereka.
Justeru itu, selain daripada dialog, lakaran cuaca boleh meruntun jiwa pembaca.
Pinjam E-Buku Secara Percuma di Perpustakaan Negara!
Kalau anda seorang yang suka membaca, sebenarnya ada cara kalau anda hendak meminjam e-buku daripada Perpustakaan Negara.

Baru-baru ini, perpustakaan itu telah memaklumkan yang mereka mempunayai koleksi e-buku dan buku audio yang boleh dipinjam untuk tempoh 7-14 hari. Semuanya percuma! Semua e-buku boleh dicapai melalui laman web ataupun aplikasi Libby.
Caranya, layari https://pnm.elib.com.my/ untuk mendaftar. Masukkan sahaja nombor kad pnm001 hingga pnm999, atau eb001 hingga eb999. Tiada kata laluan diperlukan.
Untuk kesan yang lebih baik, kami cadangkan anda menggunakan perisian Libby app. Ia boleh memuaturun e-buku untuk offline. Koleksinya banyak dan e-bukunya meliputi judul-judul Melayu dan judul buku kanak-kanak.

Jika anda suka mendengar, Perpustakaan negara juga ada koleksi buku-buku audio. Setakat ini terdapat 438 judul fiksyen dan bukan fiksyen. Sila maklum bahawa terdapat had jumlah naskhah untuk pinjaman.
Keseluruhannya, ini adalah inisiatif yang baik untuk sebuah perpustakaan digital dan ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai telefon pintar. Jom baca E-Buku di Perpustakaan Negara!
Sumber:
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.


