Pada tahun 1970, seorang pelajar sains perubatan di Universiti Oxford bernama Chris Browne mengambil keputusan untuk mengumpul buku. Buku yang pertama Browne beli ialah edisi pertama novel James Bond, The Man With the Golden Gun, karya Ian Fleming.

Pada hari ini Professor Browne mempunyai 10,000 naskhah buku di kediamannya di Camberwell. Cutinya tidak sepi dengan buku. Dia punyai 2,000 naskhah lagi di sebuah lagi rumahnya di Gippsland.

Bila ditanya mengapa dia himpun begitu banyak buku. “Saya suka membaca,” jawabnya selamba. Setiap tahun dia akan membeli 500 judul buku dan boleh menghabiskan sebanyak 300 naskhah.

Novel The Man With the Golden Gun – foto flashbak
Novel The Man With the Golden Gun – foto flashbak

Browne sudah tidak lagi ke perpustakaan kerana, “Saya dah ada apa yang saya nak baca di rumah.”

Profesor Browne, 70, yang sudah bersara pada 2012 setelah menjadi pensyarah di Fakulti Perubatan, Monash University selama 40 tahun. Di kediamannya di Camberwell, dia mengumpul 500 buku oleh Jane Austen dan 300 buku mengenai Charles Dickens.

Edisi ketiga Austen berjudul Pride and Prejudice, yang terbit pada 1818, adalah satu di antara 40 naskhah yang masih ada. Dan ia bernilai RM57,000.  Just So Stories, karya Rudyard Kipling, pula bernilai RM850 senaskhah. Namun ia berharga buat Profesor Chris Browne  kerana novel itu dibacakan oleh neneknya ketika beliau masih kanak-kanak.

Beliau bukan sahaja membaca buku-buku yang sudah berkurun usianya. Sebaliknya beliau turut membaca buku-buku terkini seperti hasil karya Phillip Kerr.

Profesor Chris Browne di perpustakaannya – foto theageaustralia
Profesor Chris Browne di perpustakaannya – foto theageaustralia

Tetapi beliau mempunyai cerita tentang buku-bukunya. Cetakan pertama American Notes, tulisan Charles Dickens sebelum ini dipunyai oleh  Henry Elkins Widener, yang maut dalam tragedi kapal Titanic pada 1912.

Sebuah lagi buku ilustrasi Alice in Wonderland, terbitan tahun 1933, telah ditandatangani oleh  Alice Pleasance Hargreaves, nee Liddell. Alice ketika kanak-kanak telah meminta Lewis Carroll untuk menulis buku mengenainya.

Dengan mempunyai jumlah buku yang banyak, tidak hairanlah Profesor Browne menjadi Pengarah Program untuk Melbourne Rare Book Week di Wilson Hall, University of Melbourne.

Pameran di Rare Book Week tahun lalu ~ foto johnwindle
Pameran di Rare Book Week tahun lalu ~ foto johnwindle

Professor Browne berkata, Rare Book Week adalah ‘majlis meraikan buku, untuk yang bercetak dan juga yang untuk dibaca.”

Program ini akan diadakan pada 5 – 14 Julai 2019.

Jom tonton video Rare Book Week di sini:

Adaptasi tulisan: Carolyn Webb, The Age

Pautan asal: https://www.theage.com.au/national/victoria/a-library-of-one-s-own-meet-the-man-who-owns-12-000-books-20190613-p51xhe.html


APA KOMEN ANDA?

LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.