Kalau anda seorang yang suka membaca, sebenarnya ada cara kalau anda hendak meminjam e-buku daripada Perpustakaan Negara.

Baru-baru ini, perpustakaan itu telah memaklumkan yang mereka mempunayai koleksi e-buku dan buku audio yang boleh dipinjam untuk tempoh 7-14 hari. Semuanya percuma! Semua e-buku boleh dicapai melalui laman web ataupun aplikasi Libby.
Caranya, layari https://pnm.elib.com.my/ untuk mendaftar. Masukkan sahaja nombor kad pnm001 hingga pnm999, atau eb001 hingga eb999. Tiada kata laluan diperlukan.
Untuk kesan yang lebih baik, kami cadangkan anda menggunakan perisian Libby app. Ia boleh memuaturun e-buku untuk offline. Koleksinya banyak dan e-bukunya meliputi judul-judul Melayu dan judul buku kanak-kanak.

Jika anda suka mendengar, Perpustakaan negara juga ada koleksi buku-buku audio. Setakat ini terdapat 438 judul fiksyen dan bukan fiksyen. Sila maklum bahawa terdapat had jumlah naskhah untuk pinjaman.
Keseluruhannya, ini adalah inisiatif yang baik untuk sebuah perpustakaan digital dan ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai telefon pintar. Jom baca E-Buku di Perpustakaan Negara!
Sumber:
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.