Dan Brown Bangun Jam 4 Pagi untuk Menulis
DAN BROWN adalah novelis yang berjaya kerana kebanyakan novel-novelnya begitu laris di pasaran. Novel The Da Vinci Code, adalah di antara novelnya yang paling berjaya kerana mengetengahkan subjek yang dibicarakan secara ilmiah di kalangan pembaca dan juga di menara gading.

Novel-novelnya telah diterjemah ke dalam 56 bahasa dengan mencatat jualan hingga 200 juta naskhah.
Pada 2005, beliau diiktiraf sebagai di antara 100 Manusia Yang Berpengaruh di Dunia oleh majalah Time. Beliau disifatkan sebagai insan yang berpengaruh untuk mempertahankan industri penerbitan, menghidupkan kembali minat masyarakat terhadap Leonardo Da Vinci dan sejarah awal Kristian, menghidupkan sektor pelancongan di Paris dan Rome, lapan buku yang menafikan dakwaan yang terdapat di dalam novel itu dan menghidupkan novel genre thriller sejarah.

Anak pasangan guru matematik dan pemain piano di gereja, Dan Brown dibesarkan di sekolah di mana dia meminati pertembungan di antara agama dan sains. Kedua-dua tema ini menjadi latar kepada buku-bukunya. Beliau adalah graduan Amherst College and Phillips Exerter Academy. Beliau mengajar bahasa Inggeris sebelum menulis sepenuh masa. Kini beliau tinggal di New England.
Novel terbaharunya, Origin berkisar mengenai dua persoalan fundamental kemanusiaan: Dari mana kita datang? Kita hendak ke mana?
Mari kita ikuti temubual dengan penulis.
Boleh ulas sedikit mengenai novel The Da Vinci Code?
Ia adalah kisah pakar simbologis Havard iaitu Robert Landon. Beliau diminta
untuk menyelidik simbol-simbol kriptik yang terdapat pada hasil karya Da Vinci.
Ketika menganalisa simbol-simbol itu, beliau membongkar misteri ~ lalu beliau
menjadi buruan.
Apa yang menjadikan novel itu unik ialah pada sejarah, hasil seni, dokumen purba dan adat rahsia yang dinyatakan itu kesemuanya benar. Begitu juga dengan kod-kod rahsia yang tersembunyi pada kebanyakan lukisan Da Vinci; kesemuanya benar

Apakah watak utamanya Robert Langdon akan dikekal?
Saya bercadang untuk menggunakan watak itu pada novel-novel saya pada masa akan datang. Saya sudah ada lebih 10 idea untuk watak ini.
Buku apa yang anda suka baca?
Saya jarang baca fiksyen. Oleh kerana novel saya memerlukan begitu banyak
penyelidikan, kebanyakan bahan bacaan saya adalah kisah sejarah. Di antara
novelis yang memberi inspirasi kepada saya adalah Robert Ludlum kerana plotnya,
John Steinbeck kerana diskripsinya dan Shakespeare kerana permainan katanya.

Novel apa yang paling mempengaruhi anda?
Doomsday Conspiracy oleh Sydney Sheldon. Ketika bercuti di Tahiti, saya terjumpa novel ini di tepi pantai. Saya baca halaman pertama… kemudian halaman berikutnya. Beberapa jam kemudian saya selesai membacanya dan berkata, “Aku pun boleh tulis macam tu.” Sebaik pulang, saya mula menulis Digital Fortress yang kemudiannya terbit pada 1996.
Filem kegemaran?
Fantasia, Life is Beautiful, Annie Hall dan Romeo & Juliet. Untuk filem popular, tak ada yang boleh lawan siri Indiana Jones dan Pink Panther.
Buku kegemaran apa yang anda mahu pilih sebagai hadiah atau menerimanya?
Yang terbaik ialah kamus Oxford English Dictionary.

Berikan tip untuk jadi kreatif, sumber inspirasi dalam menulis dan cara untuk menghidupkan tulisan anda…
Kalau saya tak bangkit pada jam 4.00 pagi, saya rasa saya kehilangan waktu yang paling produktif pada hari itu. Saya ada jam hour glass antik di meja saya. Setiap jam saya akan berhenti seketika untuk bersenam. Ini membantu pengaliran darah dan idea.
Saya juga suka bergayut kepala ke bawah. Ia membantu saya untuk menyelesaikan banyak masalah plot dalam novel saya.
Video temubual mengenai novel terkini Origin:
Pautan:
http://danbrown.com/#author-section
https://www.bookbrowse.com/author_interviews/full/index.cfm/author_number/226/dan-brown
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.
Kini Kita Boleh Jangka Berapa Lama untuk Habiskan Sesebuah Buku
ANDAINYA kita bercadang untuk membaca banyak buku, bagus juga kalau kita tahu berapa lamakah masa yang kita ambil untuk membaca sesebuah buku. Terdapat sebuah laman web yang membantu kita membuat anggaran berapa lamakah masa yang kita ambil untuk menyudahkan sesebuah buku.
Laman ReadingLength.com memberitahu kita berapa lamakah masa yang mungkin kita ambil. Caranya mudah. Masukkan sahaja judul buku. Jika buku itu terdapat di Amazon.com, Reading Length akan menemuinya, lengkap dengan nama penerbit, pencetak dan juga sinopsis buku berkenaan.
Pada mulanya, ReadingLength.com memberi kita anggaran jumlah perkataan buku yang dipilih itu. Kemudian, ia akan membahagikan menurut kadar kelajuan membaca iaitu 250 perkataan seminit untuk memberi kita anggaran masa membaca.
Jika kadar kelajuan membaca kita lebih pantas atau lebih lambat, kita boleh juga memasukkan angka yang sesuai dan anggarannya akan kita perolehi.
Laman ini baik untuk mereka yang beli banyak buku tapi tak membacanya lalu berangan-angan untuk membacanya pada sesuatu masa. Kalau kita punyai berpuluh buah buku yang belum dibaca, elok sangat kita ke https://www.readinglength.com/ untuk tahu berapa tahun yang bakal diambil untuk membaca kesemua buku yang telah dibeli itu!
Pautan asal:
https://lifehacker.com/calculate-the-reading-time-for-any-book-1835121105
Menulis Ketika Sibuk
Tidak lama dahulu saya mengendalikan sebuah bengkel ringkas untuk penulis-penulis daripada Grup Buku Karangkraf. Saya menjadi fasilitator bengkel, bukannya kerana saya dipanggil oleh syarikat itu.
2. Sebaliknya saya menawarkan diri untuk menyumbangkan idea-idea kepada sekumpulan penulis kerana daripada semasa ke semasa, saya sering ditanya oleh teman-teman penulis persoalan-persoalan yang jarang disentuh dalam kursus-kursus penulisan. Pada fikiran saya, bengkel yang dianjurkan itu dapat merangkum persoalan-persoalan para penulis dalam sebuah sesi.
3. Saya pilih topik ‘Menulis Ketika Sibuk’ sebagai tajuk bengkel. Tajuk ini sudah tentu berbeza daripada tajuk-tajuk bengkel penulisan yang lazimnya mengkhususkan kepada pengolahan teknik.
4. Cara memilih watak, plot cerita, memilih latar tempat atau teknik mengatur latar masa adalah di antara topik-topik kursus penulisan. Kebanyakannya menguruskan kemahiran penulisan. Saya sebaliknya memilih pendekatan memupuk sikap.
5. Alhamdulilah, seperti yang saya jangka, teman-teman penulis bukannya tidak pandai menulis. Hampir kesemua daripada mereka sudahpun mempunyai tiga buah novel yang telah terbit. Ramai pula di kalangan mereka sudah kerap menghadiri pelbagai kursus penulisan yang dianjurkan oleh pakar-pakar penulisan.
6. Namun, persoalan yang menghantui minda hingga mengganggu rentak penulisan mereka itu menjadikan mereka buntu, hilang semangat dan akhirnya terlupa bahawa mereka adalah penulis yang pernah menulis beberapa buah novel selama ini.
7. Mereka menjadi orang biasa yang makan, minum, menonton, bekerja, bersembang dan melakukan apa sahaja kecuali menulis. Diri mereka sebagai penulis telah hilang.
8. Sebilangan besar daripada kita juga mungkin berada di dalam keadaan sebegitu. Kita pernah handal dalam sesuatu bidang. Malah pernah mendapat pengiktirafan selain popular dengan apa yang kita mahir lakukan.
9. Tetapi, entah mengapa… bukan kerana apa-apa sebab luaran yang menganggu, kita terpesong daripada jalan kejayaan yang pernah kita lalui. Kita sesat kerana membiarkan diri sendiri tidak terikat dengan formula kejayaan yang kita bina sendiri. Akhirnya kita kalah. Kalah dengan diri sendiri hingga perlahan-lahan rasa bencikan diri mula menjalar di dalam jiwa.
10. Untuk kita yang pernah berjaya tetapi sedang melangkah ke jalan kegagalan yang dibina sendiri, suatu sesi permukiman, pertapaan, muhasabah atau bersendirian perlu kita lakukan untuk mengenalpasti apakah sebab kita sedang membunuh diri sendiri secara perlahan-lahan tanpa kita sendiri sedari.
11. Di sini, apa yang perlu digali dari lubuk sanubari ialah persoalan-persoalan, mengapa, mengapa dan mengapa. Mengapa kita mahu lakukan sesuatu yang kita ingin lakukan? Mengapa kita boleh berjaya dalam melakukan sesuatu itu. Dan mengapa serta bila kita beransur-ansur tinggalkan sesuatu yang pernah kita juarai itu.
12. Barangkali secara bawah sedar, oleh kerana kita pernah berjaya… oleh kerana kita berasa bahawa berjaya itu begitu mudah; maka kita mulalah menggatal untuk merasa gagal pula. Kononnya suasana gagal itu akan menguatkan semangat kita untuk bergerak lebih pantas dan lebih cekap agar lebih berjaya daripada sebelum ini.
13. Barangkali, kita ingin sahaja relaks. Kononnya untuk berehat setelah berpenat lelah. Tidak mengapa jika melupakan kerja kuat siang malam memerah otak, keringat dan tulang empat kerat. Lalu kita memanjakan diri dengan bermalas-malasan dan akhirnya benar-benar malas.
14. Apabila kita sedar bahawa kita mula tenggelam di zon kegagalan, maka bukan senang hendak bangkit. Bukan mudah untuk berdiri gagah untuk mengukir dan mengulangi sejarah kejayaan yang pernah kita gapai.
15. Dalam keadaan panik apabila minda yang mengelongsor sudah berbisik tentang kegagalan, apa lagi yang akan dilakukan kecuali menggelupur hendak berdiri. Zon kegagalan itu seperti tanah jerlus. Semakin kita berkeras ingin keluar darinya, kian sukar kita melangkah. Akhirnya kita tenggelam kerana kepenatan.
16. Hidup ini adalah perjuangan. Dan perjuangan tidak pernah selesai. Orang yang berasa perjuangan yang sudah selesai itu sendiri yang akan selesai kerana dia akan menjadi lemah dan dilupakan.
17. Sebab itu, kejayaan yang digapai tidak boleh dilepaskan meskipun hanya untuk menyedut udara kemenangan sementara. Lupakan waktu rehat kerana kita sebagai manusia sudah cukup waktu untuk berehat di setiap hari.
18. Rehat yang berubah menjadi relaks itu adalah suatu kezaliman. Bukan sahaja kezaliman kepada diri, tetapi kepada mereka di sekeliling yang mengharapkan kepimpinan kita.
Kenapa British Museum Pilih Astro Boy untuk Pameran?
BRITAIN menjadi tuanrumah kepada pameran manga yang terbesar di luar negara Jepun. Sebanyak 70 judul dipamer daripada hasil kerja 50 artis. Pameran itu menyusur akar sejarah dan transformasi manga hingga menjadi fenomena budaya global.

Sebanyak 162 koleksi terpamer di kawasan seluas 1,100 meter persegi. Ini termasuk lukisan asal, buku dan animasi dari pelbagai genre dan stail.
Pameran itu juga mengetengahkan sketsa dan komik artis manga yang terkenal seperti Osamu Tezuka, pencipta Astro Boy dan Akatsuka Fujio, artis yang mencipta Eel Dog.

Melalui persembahan interaktif, judul-judul popular seperti Dragonball karya Akira Toriyama yang boleh dimuaturun ke telefon pintar dan juga tablet.
Kurator pameran, Nicole Coolidge Rousmaniere berkata, tujuan pameran itu adalah supaya para pengunjung menyukai manga meskipun inilah kali pertama mereka diperkenalkan dengan seni visual ini.
Pameran bermula dengan kefahaman asas manga termasuk bagaimana membaca mampu iaitu simbol-simbol yang digunakan di dalam komik untuk menunjukkan bunyi, aksi dan juga emosi.

Pameran itu juga memaparkan perkembangan komik di Jepun dari tahap seni asal dan manga moden hingga pengaruhnya kepada media termasuk permainan komputer dan juga anime.
Ia memperkenalkan beberapa tema yang lazim disampaikan di dalam komik yang mencakupi sukan, pengembaraan, sains fiksyen dan spiritual.
Menurut Rousmaniere, “tidak kira samada anda sukakan manga ataupun tidak, anda akan dapati ada sesuatu untuk semua pengunjung. Ia sama seperti membaca novel, tetapi oleh kerana manga adalah medium visual, ia lebih menguja.”

Sungguh pun terdapat di kalangan pengunjung berasa pelik melihat seni kontemporari seperti manga menjadi bahan pameran di Muzium British, tetapi ramai yang tidak tahu manga telah lama menjadi bahan koleksi muzium itu.
Rousmaniere menambah, “Manga kurang dihormati berbanding dengan bahan seni yang lain. Bagaimana pun, ia perlu dipelihara. Kerajaan Jepun pun menyokong industri manga dengan melabur di dalam industri ini.”
Kurator muzium itu yakin manga akan menjadi lebih popular. “Secara global, budaya kita kian berbentuk visual. Bagi saya manga adalah bahasa visual untuk abad ke-22.”
Pameran manga ini masih berlangsung di Muzium British hingga 26 Ogos.

Jom ikuti video promosi pameran manga oleh The British Museum di bawah!
Berita asal:
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.
Komuniti Yahudi Persoal Buku Kanak-Kanak Mengenai Palestin

Pada pertengahan Mei lalu, sebuah perpustakaan di pekan kecil Central New Jersey, Amerika menjadi tumpuan komuniti Yahudi. Mereka ke sana kerana sebuah NGO, Jewish Voice of Peace menjemput Dr. Golbarg Bashi untuk membicarakan buku tulisannya berjudul ‘P is for Palestine.’
Buku Dr. Golbarg itu menimbulkan kontroversi kerana mengandungi apa yang dikatakan sebagai bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Komuniti Yahudi di New Jersey tidak senang kerana terdapat perkataan ‘intifada’ yang mempunyai maksud ‘mempertahankan apa yang benar,’ sedang perkataan itu mempunyai konotasi perjuangan jihad bersenjata rakyat Palestin menentang Israel.
Komuniti Yahudi itu juga menentang kandungan buku itu kerana tidak langsung menyebut kewujudan Israel.

Berikutan dengan itu, The Council of American-Islamic Relations, the Jewish Voice for Peace, Palestine Legal, the Center for Constitutional Rights and the ACLU of New Jersey berkeras mahukan program itu dijadualkan ke suatu tarikh yang baharu.
Kata mereka, sesi bicara buku ‘P is for Palestine’ itu adalah amalan kebebasan bersuara. Ia juga perlu diteruskan kerana akan berdepan dengan tindakan undang-undang seandainya ia dibatalkan terus.

Di Change.org sebuah portal kempen tandatangan, petisyen ‘Hentikan Larangan ke atas Buku Kanak-kanak Palestin di Perpustakaan New Jersey’ telah menghimpun lebih 6,000 tandatangan.
Pada mesyuarat pada 6 Jun lalu oleh pihak penganjur, perpustakaan, komuniti Yahudi dan pihak-pihak yang berkepentingan telah memutuskan, sesi bicara buku itu boleh diteruskan.
Tetapi, sebuah sesi baca buku ‘I is for Israel’ akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Yang menariknya, sebaik sahaja isu ini tercetus, tiga akhbar dan portal di Israel iaitu Jewish News Syndicate, The Times of Israel dan Haaretz telah memberi liputan utama kepada isu kontroversi ini.


