DAN BROWN adalah novelis yang berjaya kerana kebanyakan novel-novelnya begitu laris di pasaran. Novel The Da Vinci Code, adalah di antara novelnya yang paling berjaya kerana mengetengahkan subjek yang dibicarakan secara ilmiah di kalangan pembaca dan juga di menara gading.

Novel-novelnya telah diterjemah ke dalam 56 bahasa dengan mencatat jualan hingga 200 juta naskhah.
Pada 2005, beliau diiktiraf sebagai di antara 100 Manusia Yang Berpengaruh di Dunia oleh majalah Time. Beliau disifatkan sebagai insan yang berpengaruh untuk mempertahankan industri penerbitan, menghidupkan kembali minat masyarakat terhadap Leonardo Da Vinci dan sejarah awal Kristian, menghidupkan sektor pelancongan di Paris dan Rome, lapan buku yang menafikan dakwaan yang terdapat di dalam novel itu dan menghidupkan novel genre thriller sejarah.

Anak pasangan guru matematik dan pemain piano di gereja, Dan Brown dibesarkan di sekolah di mana dia meminati pertembungan di antara agama dan sains. Kedua-dua tema ini menjadi latar kepada buku-bukunya. Beliau adalah graduan Amherst College and Phillips Exerter Academy. Beliau mengajar bahasa Inggeris sebelum menulis sepenuh masa. Kini beliau tinggal di New England.
Novel terbaharunya, Origin berkisar mengenai dua persoalan fundamental kemanusiaan: Dari mana kita datang? Kita hendak ke mana?
Mari kita ikuti temubual dengan penulis.
Boleh ulas sedikit mengenai novel The Da Vinci Code?
Ia adalah kisah pakar simbologis Havard iaitu Robert Landon. Beliau diminta
untuk menyelidik simbol-simbol kriptik yang terdapat pada hasil karya Da Vinci.
Ketika menganalisa simbol-simbol itu, beliau membongkar misteri ~ lalu beliau
menjadi buruan.
Apa yang menjadikan novel itu unik ialah pada sejarah, hasil seni, dokumen purba dan adat rahsia yang dinyatakan itu kesemuanya benar. Begitu juga dengan kod-kod rahsia yang tersembunyi pada kebanyakan lukisan Da Vinci; kesemuanya benar

Apakah watak utamanya Robert Langdon akan dikekal?
Saya bercadang untuk menggunakan watak itu pada novel-novel saya pada masa akan datang. Saya sudah ada lebih 10 idea untuk watak ini.
Buku apa yang anda suka baca?
Saya jarang baca fiksyen. Oleh kerana novel saya memerlukan begitu banyak
penyelidikan, kebanyakan bahan bacaan saya adalah kisah sejarah. Di antara
novelis yang memberi inspirasi kepada saya adalah Robert Ludlum kerana plotnya,
John Steinbeck kerana diskripsinya dan Shakespeare kerana permainan katanya.

Novel apa yang paling mempengaruhi anda?
Doomsday Conspiracy oleh Sydney Sheldon. Ketika bercuti di Tahiti, saya terjumpa novel ini di tepi pantai. Saya baca halaman pertama… kemudian halaman berikutnya. Beberapa jam kemudian saya selesai membacanya dan berkata, “Aku pun boleh tulis macam tu.” Sebaik pulang, saya mula menulis Digital Fortress yang kemudiannya terbit pada 1996.
Filem kegemaran?
Fantasia, Life is Beautiful, Annie Hall dan Romeo & Juliet. Untuk filem popular, tak ada yang boleh lawan siri Indiana Jones dan Pink Panther.
Buku kegemaran apa yang anda mahu pilih sebagai hadiah atau menerimanya?
Yang terbaik ialah kamus Oxford English Dictionary.

Berikan tip untuk jadi kreatif, sumber inspirasi dalam menulis dan cara untuk menghidupkan tulisan anda…
Kalau saya tak bangkit pada jam 4.00 pagi, saya rasa saya kehilangan waktu yang paling produktif pada hari itu. Saya ada jam hour glass antik di meja saya. Setiap jam saya akan berhenti seketika untuk bersenam. Ini membantu pengaliran darah dan idea.
Saya juga suka bergayut kepala ke bawah. Ia membantu saya untuk menyelesaikan banyak masalah plot dalam novel saya.
Video temubual mengenai novel terkini Origin:
Pautan:
http://danbrown.com/#author-section
https://www.bookbrowse.com/author_interviews/full/index.cfm/author_number/226/dan-brown
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.