BRITAIN menjadi tuanrumah kepada pameran manga yang terbesar di luar negara Jepun. Sebanyak 70 judul dipamer daripada hasil kerja 50 artis. Pameran itu menyusur akar sejarah dan transformasi manga hingga menjadi fenomena budaya global.

Sebanyak 162 koleksi terpamer di kawasan seluas 1,100 meter persegi. Ini termasuk lukisan asal, buku dan animasi dari pelbagai genre dan stail.
Pameran itu juga mengetengahkan sketsa dan komik artis manga yang terkenal seperti Osamu Tezuka, pencipta Astro Boy dan Akatsuka Fujio, artis yang mencipta Eel Dog.

Melalui persembahan interaktif, judul-judul popular seperti Dragonball karya Akira Toriyama yang boleh dimuaturun ke telefon pintar dan juga tablet.
Kurator pameran, Nicole Coolidge Rousmaniere berkata, tujuan pameran itu adalah supaya para pengunjung menyukai manga meskipun inilah kali pertama mereka diperkenalkan dengan seni visual ini.
Pameran bermula dengan kefahaman asas manga termasuk bagaimana membaca mampu iaitu simbol-simbol yang digunakan di dalam komik untuk menunjukkan bunyi, aksi dan juga emosi.

Pameran itu juga memaparkan perkembangan komik di Jepun dari tahap seni asal dan manga moden hingga pengaruhnya kepada media termasuk permainan komputer dan juga anime.
Ia memperkenalkan beberapa tema yang lazim disampaikan di dalam komik yang mencakupi sukan, pengembaraan, sains fiksyen dan spiritual.
Menurut Rousmaniere, “tidak kira samada anda sukakan manga ataupun tidak, anda akan dapati ada sesuatu untuk semua pengunjung. Ia sama seperti membaca novel, tetapi oleh kerana manga adalah medium visual, ia lebih menguja.”

Sungguh pun terdapat di kalangan pengunjung berasa pelik melihat seni kontemporari seperti manga menjadi bahan pameran di Muzium British, tetapi ramai yang tidak tahu manga telah lama menjadi bahan koleksi muzium itu.
Rousmaniere menambah, “Manga kurang dihormati berbanding dengan bahan seni yang lain. Bagaimana pun, ia perlu dipelihara. Kerajaan Jepun pun menyokong industri manga dengan melabur di dalam industri ini.”
Kurator muzium itu yakin manga akan menjadi lebih popular. “Secara global, budaya kita kian berbentuk visual. Bagi saya manga adalah bahasa visual untuk abad ke-22.”
Pameran manga ini masih berlangsung di Muzium British hingga 26 Ogos.

Jom ikuti video promosi pameran manga oleh The British Museum di bawah!
Berita asal:
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.