ANDAINYA kita bercadang untuk  membaca banyak buku, bagus juga kalau kita tahu berapa lamakah masa yang kita ambil untuk membaca sesebuah buku. Terdapat sebuah laman web yang membantu kita membuat anggaran berapa lamakah masa yang kita ambil untuk menyudahkan sesebuah buku.

Laman ReadingLength.com memberitahu kita berapa lamakah masa yang mungkin kita ambil. Caranya mudah. Masukkan sahaja judul buku. Jika buku itu terdapat di Amazon.com, Reading Length akan menemuinya, lengkap dengan nama penerbit, pencetak dan juga sinopsis buku berkenaan.

Pada mulanya, ReadingLength.com memberi kita anggaran jumlah perkataan buku yang dipilih itu. Kemudian, ia akan membahagikan menurut kadar kelajuan membaca iaitu 250 perkataan seminit untuk memberi kita anggaran masa membaca.

Jika kadar kelajuan membaca kita lebih pantas atau lebih lambat, kita boleh juga memasukkan angka yang sesuai dan anggarannya akan kita perolehi.

Laman ini baik untuk mereka yang beli banyak buku tapi tak membacanya lalu berangan-angan untuk membacanya pada sesuatu masa. Kalau kita punyai berpuluh buah buku yang belum dibaca, elok sangat kita ke https://www.readinglength.com/ untuk tahu berapa tahun yang bakal diambil untuk membaca kesemua buku yang telah dibeli itu!

Pautan asal:
https://lifehacker.com/calculate-the-reading-time-for-any-book-1835121105