Kontroversi P is For Palestine

Bahasa: Bahasa Inggeris
Genre: Kanak-Kanak
Penerbitan: 2017, DrBashi
Halaman: 48
Penulis: Golbarg Bashi (Twitter)
Illustrator: Golrokh Nafisi
BUKU CERITA ABC bahasa Inggeris yang pertama di dunia tentang Palestin ini diceritakan dalam sajak berirama ringkas dengan ilustrasi yang menakjubkan. Sesuai sebagai rujukan pendidikan, berwarna-warni, memberi kuasa untuk kanak-kanak, mempamerkan geografi, keindahan dan kekuatan budaya Palestin.

Siapa Penulis Dr. Golbarg Bashi?
Golbarg Bashi kelahiran Iran, membersar di Sweden dan menuntut di Universiti Manchester dan Brostol United Kingdom dan memperoleh ijazah kedoktoran dari Universiti Columbia, New York.
Bukunya P is for Palestine itu ditulis dari perspektif keadilan sosial. Buku ini mendapat kecaman daripada komuniti Yahudi kerana tidak menyebut langsung mengenai Israel dan ia memberi gambaran yang mengagungkan intifada.
Ikuti video buku ini:
Barnes & Noble Bergabung dengan Syarikat Britain untuk Lawan Amazon
SYARIKAT Barnes & Noble yang mempunyai rangkaian kedai-kedai buku yang paling banyak di Amerika mengumumkan ia telah dibeli oleh Elliott Management pada Jumaat lalu. Elliott Management juga baharu sahaja menguasai Waterstones, sebuah syarikat peruncitan buku Britain.

Jualan bernilai USD683 juta atau RM2.8 bilion itu termasuk kos Barnes & Noble menandingi Amazon dan perbelanjaannya yang lain untuk menjadi syarikat dagangan online.
Meskipun ini adalah gabungan dua syarikat besar di Amerika dan Britain, Barnes & Noble dan Waterstones akan bergerak secara bebas. Cuma, ia akan diterajui seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang akan mengendalikan kedua-dua syarikat.

Leonard Riggio, Pengasas dan Pengerusi Barnes & Noble begitu berpuashati dengan bentuk operasi ini. James Daunt, Ketua Pegawai Eksekutif Waterstones pula akan menerajui juga syarikat Barnes & Noble.
“Kedai-kedai buku di seluruh dunia berdepan dengan cabaran digital dan online yang menggusarkan. Kita menangani ini dengan pelaburan dan lebih yakin kerana kemahiran perniagaan buku yang ada pada kedua-dua syarikat ini.”

Barnes & Nobel mempunyai 627 gedung buku di Amerika. Tetapi Amazon menguasai hampir separuh daripada jualan buku di negara itu. Sebelum ini Barnes & Noble tidak berjaya menandingi kehebatan Amazon di bidang e-buku dan tablet.
Pautan artikel asal:
Pesta Buku Antarabangsa di Gangnam, Korea?
Betul. Pesta Buku Antarabangsa Seoul akan berlangsung selama 5 hari mulai 19 hingga 23 June di COEX Convention Center Grand Ball Room, Gangnam, Seoul. SIBF anjuran Korean Publishers Association ini bertujuan menyatukan pelbagai wakil industri buku dan penerbit dari seluruh dunia.

Sejak bermula pada tahun 1954 sebagai The Seoul Book Fair, acara tahunan ini telah memainkan peranan utama dalam pembangunan budaya penerbitan Korea.
Ia dinamakan semula sebagai Seoul International Book Fair (SIBF) pada tahun 1995 bagi mencerminkan skop festival yang semakin berkembang. Pada tahun ini, SIBF akan merayakan ulang tahunnya yang ke-25.

SIBF bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya membaca, meningkatkan kapasiti industri penerbitan Korea Selatan dan memudahkan pihak antarabangsa aktif memperdagangkan buku.
Selain buku, pesta ini mempamerkan pelbagai produk seperti kad ucapan, alat tulis, catatan perjalanan, peta, perniagaan dan juga perkhidmatan kewangan untuk peruncit.
Salah satu acara yang dinantikan pada tahun ini adalah acara audiobook di mana penulis dan pembaca akan dapat merakam audio dalam pembacaan buku bersama-sama.

Temui para penulis dan penerbit dari Hungary yang merupakan Guest of Honor SIBF tahun ini. Selain itu, penulis dan penerbit dari Norway akan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik negara itu dengan Korea.
Lebih daripada 15 pengarah eksekutif pameran buku dari seluruh dunia melawat Seoul untuk memperkenalkan trend penerbitan terkini negara mereka serta berbincang isu-isu global dalam industri penerbitan.
Ikuti suasana SIBF 2018 melalui YouTube di bawah:
APA KOMEN ANDA?
LAYARMINDA memaparkan berita dunia buku dan penulisan di dalam dan luar negara. Apakah artikel di atas ini menarik minat anda ataupun sebaliknya? Sila turunkan komen di petak yang disediakan untuk membantu kami memilih artikel-artikel yang terbaik buat anda.
Terima kasih daripada kami.
Ini Dia Tiga Jenis Pembaca Novel!
DI PASARAN pembacaan, terdapat dua golongan pembaca. Yang pertama golongan yang sukakan novel. Yang kedua ialah golongan yang tak suka novel. Golongan yang tak minatkan novel ini adalah golongan yang beranggapan membaca novel ini untuk orang yang suka berkhayal. Mereka anggap golongan peminat novel adalah golongan yang suka berangan. Tak apalah, kita tak sentuh golongan ini.
2. Golongan yang satu lagi pula ialah golongan yang amat meminati novel. Orang kata, hantu novel. Pantang ada novel baharu, mereka akan teruja dan kemaruk untuk mendapatkannya. Tetapi, golongan ini pun ada pelbagai. Saya kategorikan golongan ini kepada tiga golongan.
3. Yang pertama, golongan bibliophilia. Mereka adalah golongan yang kemaruk membeli tetapi tidak pula membacanya. Mereka boleh dapatkan hingga berbelas novel tetapi tak menyentuhnya. Golongan bibliophilia ini adalah penggila buku.
4. Golongan kedua adalah golongan yang khatam novel secara melangkau-langkau. Apa yang dia suka, dia baca. Apa yang tidak menarik hati, mereka akan ditinggalkan. Bagai orang yang makan mi kari. Mereka makan udang, sayur, telur, tauhu, hirup sedikit kuah dan kunyah sedikit mi. Yang lain mereka tinggalkan.
5. Golongan ini suka baca halaman terakhir dahulu untuk mengetahui kesudahan cerita. Kemudian, baharulah dia baca dari awal. Itupun secara melangkau-langkau. Sebab itu mereka boleh baca 10 novel dalam masa sebulan!
6. Golongan ketiga pula adalah mereka yang membaca novel seperti membaca surat cinta. Setiap tanda baca diikutinya dengan patuh. Dia akan berhenti sejenak pada setiap koma dan berhenti lama sedikit apabila terpandang tanda noktah.
7.Tatkala membaca, setiap dialog akan dilayani dengan perlahan. Jika watak itu bapa, suara ‘seorang bapa’ akan terngiang-ngiang di telinganya. Bila melayani watak heroin, ‘suara gadis’ pula yang kedengaran di telinganya.
8.Malah, pembaca daripada golongan ini sudah memasang ‘wajah-wajah’ yang sepadan dengan watak-watak di dalam novel yang dibacanya. Tidak hairan andainya mereka ini bukan sahaja tergelak, malah menangis kerana begitu menghayati pembacaannya.
9. Betapa pun, samada pembaca itu adalah daripada golongan pertama yang membeli tetapi lambat membeleknya, golongan kedua yang membaca secara melangkau-langkau mahupun golongan ketiga yang membaca dengan sepenuh perasaan, itu adalah cara masing-masing.
10. Sesebuah karya tidak kira setebal 50 halaman mahupun 500 halaman, dibaca dari ayat ke ayat atau dibaca secara langkau-langkau, ia tetap harus dihasilkan penulis dengan penuh tanggungjawab. Kesan karya itu terhadap pembaca itu yang patut dititikberatkan oleh seseorang novelis.
11. Walaupun novel adalah rekaan, biarlah ia rekaan yang diyakini dan berbekas di hati para pembaca. Novelis punyai tanggungjawab menghibur sambil menasihat. Pendekatan kita menasihati itu ialah dengan cara bercerita.
Susi Pudjiastuti: Tirulah Saya!

Sekolah saya tidak tinggi. Maka saya menutup kekurangan dengan banyak membaca. Tirulah saya. Meniru yang banyak membaca, bukan sekolah yang tidak tinggi – Susi Pudjiastuti.


