SYARIKAT Barnes & Noble yang mempunyai rangkaian kedai-kedai buku yang paling banyak di Amerika mengumumkan ia telah dibeli oleh Elliott Management pada Jumaat lalu. Elliott Management juga baharu sahaja menguasai Waterstones, sebuah syarikat peruncitan buku Britain.

Gedung buku Barnes & Noble ~ foto thefabempire

Jualan bernilai USD683 juta atau RM2.8 bilion itu termasuk kos Barnes & Noble menandingi Amazon dan perbelanjaannya yang lain untuk menjadi syarikat dagangan online.

Meskipun ini adalah gabungan dua syarikat besar di Amerika dan Britain, Barnes & Noble dan Waterstones akan bergerak secara bebas. Cuma, ia akan diterajui seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang akan mengendalikan kedua-dua syarikat.

Gedung buku Waterstones, Britain ~ foto thedrum

Leonard Riggio, Pengasas dan Pengerusi Barnes & Noble begitu berpuashati dengan bentuk operasi ini. James Daunt, Ketua Pegawai Eksekutif Waterstones pula akan menerajui juga syarikat Barnes & Noble.

“Kedai-kedai buku di seluruh dunia berdepan dengan cabaran digital dan online yang menggusarkan. Kita menangani ini dengan pelaburan dan lebih yakin kerana kemahiran perniagaan buku yang ada pada kedua-dua syarikat ini.”

Amazon beri cabaran terhadap kedai buku konvensional ~ foto bizjournal

Barnes & Nobel mempunyai 627 gedung buku di Amerika. Tetapi Amazon menguasai hampir separuh daripada jualan buku di negara itu. Sebelum ini Barnes & Noble tidak berjaya menandingi kehebatan Amazon di bidang e-buku dan tablet.

Pautan artikel asal:

https://www.thejakartapost.com/life/2019/06/07/hedge-fund-buys-struggling-book-retailer-barnes–noble.html