DONNA LU.THE GUARDIAN.7.11.2020

Penjual buku dan para penerbit di Australia mendapati jualan buku-buku telah meningkat pada musim Covid-19. Oleh kerana orang ramai tidak boleh ke pawagam mahupun konsert, ramai di antara mereka telah kembali membaca buku. Mereka memilih penulis-penulis yang mereka biasa dan turut membaca novel.

Menurut Nielsen Book Australia, sebuah agensi penyelidikan yang memantau jualan buku, mereka mendapati jualan buku menurun pada awal tahun ini. Tetapi jualannya meningkat selepas itu sehingga kini. Jualan novel meningkat 13 % setakat pertengahan Oktober lalu.

“Para pembaca punyai lebih banyak masa untuk membaca buku sekarang ini, ujar Ketua Eksekutif syarikat  HarperCollins, Jim Demetriou. 

Kedai Book Cellar, Tasmania; kedai buku mendapat pelanggan online Pix: Supplied

Bagi Chris Oliver, tuanpunya Little Bird Bookshop, beliau mendapati buku-buku mengenai Australia kian mendapat sambutan. “Para pembaca mula hendak ambil tahu mengenai bandar-bandar di Australia kerana mereka tidak boleh terbang ke negara lain.” 

Bagi Anna MacDonald, penjual buku di Paperback Bookshop di Melbourne, rakan-rakannya menawarkan genre buku-buku yang diminati oleh para pelanggannya. Sejak bulan Mac, kedai buku itu telah mempamerkan buku-buku baharu setiap hari di laman webnya.

Books that offer practical ways of passing time have also sold well, including cookbooks, gardening and craft books, and a resurgence in adult colouring-in books.

Di bandar-bandar kecil yang tidak terjejas dengan pelbagai SOP, kedai-kedai buku nampaknya masih bertahan. “Orang ramai memang menyokong bisnes setempat,” kata Diana Johnston, seorang pembeli buku francais Collins Booksellers.

Menurut Diana lagi, mereka yang menjadi pembeli buku adalah pelanggan tetap yang telah berdekad mengunjungi kedainya.  Bisnes dijangka berkekalan apabila pandemik ini belum berakhir dan pekerja meneruskan kerja di rumah dan bila tempat hiburan terus ditutup.

Pautan asal:
https://www.theguardian.com/culture/2020/nov/08/escapism-and-old-favourites-silver-linings-for-the-book-industry-as-australian-sales-surge

Gambar utama: Kedai buku The paperback, Melbourne ditutup tetapi jualan onlinenya bertahan