SOUTIK BISWAS.BBC.COM.8.11.2020

Pembikin filem India Vishal Bhardwaj baru-baru ini mengumumkan filem bikinan terbaharunya bersumber dari novel Queen of Crime karya novelis tersohor dunia, Agatha Christie.

Inilah kali pertama, Agatha Christie Limited, syarikat yang mengendalikan hakcipta novelis mendiang memberikan karya novelis itu kepada sebuah syarikat perfileman dari India.

Vishal Bhardwaj (tengah) salah seorang pembikin filem India yang terkenal

“Kami telah banyak membuat filem adaptasi di seluruh dunia. Setiap negara menghasilkan karya yang mempunyai citarasa tersendiri. Saya tak ragu-ragu yang naskhah kali ini pun akan mempunyai sentuhan tersendiri juga,” James Prichard, cicit Agatha Christie yang juga CEO syarikat tersebut.

Bhardwaj, 55, adalah salah seorang pembikin filem yang terkenal di India. Sejak dua dekad, beliau telah menghasilkan banyak karya termasuk 15 buah filem. Beliau menghasilkan tiga adaptasi karya William Shakespeare iaitu Maqbool berdasarkan  Macbeth, Omkara untuk Othello dan Haider untuk Hamlet.

Bhardwaj bijak menggabungkan sebuah kisah yang menggetar dengan alunan muzik kerana beliau asalnya adalah seorang komposer muzik. Beliau merancang untuk menyudahkan perfileman itu dalam masa dua bulan.

Sebahagian besar daripada syot filem akan diadakan di pergunungan Himalaya. Sebagai peminat karya-karya Agatha yang antaranya Murder On The Orient Express.