Astro Awani – 17.10.19

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” kepada mana-mana institusi pendidikan termasuk sekolah.

KPM dalam satu kenyataan menjelaskan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.

“KPM juga akan mengkaji dengan lebih teliti isi kandungan buku tersebut melibatkan fakta dan orientasi penulisan.

Kerajaan negeri juga tidak mengaku punyai kaitan dengan Muzium Kebudayaan Komik Asia ~ foto AstroAwani

Komik “Pada masa sama, KPM juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai aspek keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara,” katanya.

KPM mengulas mengenai penyebaran komik propaganda yang dikeluarkan pihak Muzium Kebudayaan Komik Asia. Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dinyatakan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling. Ia diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.

Pautan asal: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/komik-propaganda-kpm-tidak-pernah-luluskan-pengedaran-komik-220349

Komik propaganda kini disiasat ~ foto AstroAwani

DAP TAK MENGAKU TERLIBAT

DEWI NUR HARASHA ALIAS.ASTRO AWANI.17.10.19

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang menolak dakwaan mempunyai  kaitan dengan pengurusan Muzium Kebudayaan Komik Asia yang menyebar komik didakwa berbentuk propaganda diedarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan di negara ini.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata pihaknya tidak mengetahui mengenai kewujudan komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang didakwa diterbitkan Muzium Kebudayaan Asia di Komtar.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri juga tidak mempunyai kaitan dengan Muzium Kebudayaan Komik Asia yang didakwa mengagung-agungkan parti DAP dalam penerbitan komik tersebut.

Komik propaganda didakwa selit unsur komunis ~ NTH Qibord

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri tidak mencampuri urusan pentadbiran muzium berkenan, sebaliknya hanya memberikan peruntukan untuk membiayai bayaran sewa bangunan kerana menggangap ia adalah sebahagian daripada produk pelancongan Pulau Pinang.

Sebagai balasan, Kon Yeow berkata, pihak pengurusan muzium berkenaan memberi tiket kemasukan percuma kepada pelajar sekolah untuk mengunjungi muzium berkenaan.

“Kita tidak tahu apa-apa tentang buku komik ini, sebab kita tidak campur tangan dalam pengurusan dan pengendalian muzium.

Antara isi kandungan komik propaganda ~ foto odisi

“Apa yang ada hubungan  adalah cuma satu peruntukan tahunan bagi membiayai  sewaan muzium, lain-lain perkara tidak dapat jawab, sebab memang tidak ada pengetahuan tentang perkara ini dan tidak  berkaitan dengan DAP Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran komik propaganda yang dikeluarkan pihak Muzium Kebudayaan Komik Asia selepas majlis pelancaran dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penang Smart Trade Fasilitation di sini pada Khamis.

Perkara itu, turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya mengenai sepucuk surat kebenaran dan beberapa helaian muka surat komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tersebut yang didakwa menyebarkan propaganda itu.

Penafian Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ~ foto AstroAwani

Menurutnya, Muzium Kebudayaan Komik Asia di Komtar dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana pemiliknya adalah ‘Superman’ Hew Kuan Yau.

Komik itu didakwa disebarkan kepada Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan.

Menerusi gambar dikongsikan, surat bertarikh 8 Oktober 2019 dan keterangan surat itu ditujukan kepada pengetua sekolah.

Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dinyatakan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.

Ia diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.

Pautan asal: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/komik-propaganda-dap-pulau-pinang-tiada-kaitan-dengan-muzium-kebudayaan-komik-asia-220338