Anne Dorall.17.10.19.therakyatpost

Hanna Alkaf adalah penulis novel The Weight of Our Sky, yang menjadi bualan apabila ia dilancarkan pada awal tahun ini. Novel ini berlatarkan tragedi 13 Mei 1969 bilamana terjadinya pergaduhan kaum di Malaysia. Ia mengisahkan mengenai seorang gadis yang menghidap penyakit obsessive compulsive disorder (OCD).

Novel sulung Hanna membawa pembaca ke suasana tegang yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara. Kini novel itu dipersembahkan pula dalam versi webcomic. Penulisnya Hanna tidak terlibat secara langsung dalam pembikinan webcomic. Sebaliknya penerbit Susan Cheng dan Alya Rahman yang mengambil tanggungjawab itu. Hanna hanya melihat episode-episodnya dan menyumbangkan pandangannya.

Artikel siaran Layarminda April 2019:

Menggambarkan latar dan budaya Malaysia secara terperinci  adalah penting.

Hanna mahu topik OCD dan pergaduhan kaum yang sensitif itu diilustrasikan dengan baik bagi mempastikan keseriusan isu itu. Untuk itu, senilukis webcomic ditangani oleh team Nisrina AN, Nurel serta Toadfrogs.

Novel The Weight of Our Sky dijadikan webtoon ~ foto therakyatpost

Hanna mahu suasana Kuala Lumpur pada tahun 1960an itu digambarkan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itu, beliau aktif menyumbang idea ketika proses visualisasi. Kesemua latar tempat dan latar alam mestilah betul. Sudah sampai masanya anak-anak Malaysia sendiri menyampaikan kisah-kisah dalam negaranya.

Namun, jika anda tak sabar hendak mendapatkan webcomic ini, dapatkan sahaja novel The Weight of Our Sky di kedai buku berhampiran. Novel remaja ini diterbitkan pada bulan Februari tahun ini dalam bahasa Inggeris. Ia diterbitkan oleh Salaam Reads, jenama buku remaja Muslim di bawah naungan syarikat Simon & Schuster, sebuah penerbitan yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Hanna Alkaf bersama novel sulungnya ~ foto themalaymail

Hanna Alkaf pula merupakan graduan dalam jurusan kewartawanan dari Northwestern University, Amerika. Karya beliau telah muncul dalam ShapeEsquire, dan Marie Claire. Dia kini tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarga. The Weight of Our Sky adalah novel pertamanya.

Berbekal pengalaman kewartawanannya, Hanna mencari jalur pengkaryaan dan penerbitannya secara sendiri di luar negara. Kemahirannya dalam bidang komunikasi membolehkan Hanna menyentuh persoalan yang berat secara bersahaja hingga kita dapat menikmati novel The Weight of Our Sky secara santai.

Novel Di Situ Langit Dijunjung, terjemahan The Weight of Our Sky ~ foto borders

Pautan asal:
https://www.therakyatpost.com/2019/10/17/msian-authors-popular-novel-celebrated-internationally-as-webcomic/

Video pelancaran novel The Weight of Our Sky:
https://www.youtube.com/watch?v=P3_U1VSTyB4