1.TULISLAH UNTUK DIRI SENDIRI
Apabila kita mula menulis, kita mula bercerita kepada diri sendiri. Tulislah apa sahaja. Tetapi, bila kita edit, kita buang apa yang bukan jalan cerita. Itu sahaja yang pembaca nak tahu.

2. BACA, BACA, BACA
Kita kena rajin membaca. Kemudian kita kena perhalusi apa yang kita tulis. Jika kita tak ada masa membaca, ertinya kita tak ada idea untuk menulis.

3. TIGA BULAN SAHAJA
Deraf pertama walau betapa panjang pun
tak boleh melebihi tiga bulan untuk dilakar.
4. JAUHI GANGGUAN
Tak boleh ada telefon berhampiran, tak boleh ada TV atau apa-apa
permainan video. Kalau ada tingkap, tutup langsir!

5.
REHAT SEKEJAP
Membaca buku sendiri selepas kita letak ke tepi untuk beberapa minggu adalah
pengalaman yang istimewa. Kita seperti membaca karya orang lain. Pada masa
inilah kita tak sukar untuk membuang apa-apa konten yang tak menarik.
6. BERPADALAH DALAM MENYELIDIK
Jika kita buat penyelidikan mengenai sesuatu yang kita tak tahu, pastikan ia hanya latar maklumat. Jangan berlebih kerana pembaca lebih nak tahu watak dan jalan cerita kita.
7. MENULIS ADALAH UNTUK MENGGEMBIRAKAN ORANG
Menulis bukannya kerana wang, jadi terkenal dan popular. Menulis adalah untuk memakmurkan kehidupan mereka yang membaca karya kita. Ia adalah untuk menggembirakan orang lain.
Pautan asal:
https://www.barnesandnoble.com/blog/stephen-kings-top-20-rules-for-writers/