Searching for Sylvie Lee
Penulis: Jean Kwok
Bahasa: Inggeris
Genre: Fiksyen, Kontemporari, Misteri
Penerbitan: 4 June 2019
Penerbit: William Morrow & Company, AS
Halaman: 320 halaman
Penulis: Website | Facebook | Instagram| Twitter | Goodreads

Buy This Book from Book Depository, Free Delivery World Wide

Buku ini dinanti-nantikan oleh: New York Times – Time – Marie Claire – Elle – Buzzfeed – Huffington Post – Good Housekeeping – The Week – Goodreads – New York Post – Publishers Weekly

Sebuah kisah yang memilu dan mendebarkan mengenai hubungan antara tiga wanita – dua beradik dan ibunya. Sebuah keluarga imigran Cina kehilangan Sylvie, anak perempuan keluarga Lee yang cantik, cemerlang dan berjaya. Dia terbang ke Belanda untuk bertemu dengan neneknya. Dan dia hilang!

Novel Searching for Sylvie Lee oleh Jean Kwok di tangga nombor 11 di Senarai Fiksyen Kulit Keras New York Times  ~ foto Jeankwok
Novel Searching for Sylvie Lee oleh Jean Kwok di tangga nombor 11 di Senarai Fiksyen Kulit Keras New York Times ~ foto Jeankwok

Amy, adik kepada Sylvie selalu memandang kakaknya, seorang pelindung yang berani dan melindunginya dengan kasih sayang.

Tetapi apa yang berlaku kepada Sylvie? Amy dan ibu bapanya terdesak untuk mencari  jawapan. Selama ini, Sylvie sentiasa menjaga mereka. Sekarang, giliran Amy untuk membantu. Takut tapi dengan penuh azam, Amy menjejak pergerakan kakaknya.

Dia terbang ke tempat terakhir Sylvie. Tetapi dia tidak menemui jawapan. Sebaliknya, dia menemui sesuatu yang lebih berharga iaitu kebenaran. Rupa-rupanya Sylvie menyimpan rahsia yang menyakitkan.  Dan rahsia itu mendedahkan lebih banyak mengenai keluarga Amy – dan dirinya sendiri.

Novelis Jean Kwok, penulis Searching for Sylvie Lee ~ foto Jeankwok
Novelis Jean Kwok, penulis Searching for Sylvie Lee ~ foto Jeankwok

APA KATA JEAN KWOK KEPADA ENTERTAINMENT WEEKLY MENGENAI NOVELNYA

Mengenai naratif:

“Buku ini ditulis dalam bahasa Inggeris,” kata Jean. “Tetapi dialog dalaman watak-watak utamanya menggunakan bahasa ibunda. Si ibu berfikir dalam bahasa China, Sylvie dalam bahasa Belanda dan Amy pula dalam bahasa Inggeris.” Kata Jean lagi, “Masalah akan timbul pada keluarga imigran apabila perhubungan mereka dibatasi dengan bahasa.”

Watak-watak yang tidak sempurna:

“Saya suka pada watak-watak yang tidak sempurna,” ujar Jean. “Mereka tidak sempurna bukan kerana mereka kaki minum, penagih dadah atau gila. Mereka tidak sempurna kerana mereka manusia. Watak-watak itu tidak sempurna macam kita juga!”

Novel pencetus perbincangan:

Ada pembaca yang menyentuh betapa Jean bermain dengan isu perkauman. Tetapi bagi Jean, ada juga isu-isu lain yang diketengahkan. “Ada banyak yang boleh dibicarakan seperti perbezaan sesama keluarga, skandal percintaan, rahsia keluarga yang tersorok kerana sesuatu sebab.”

Walau apa pun, novel SEARCHING FOR SYLVIE LEE adalah novel pilihan pelbagai kelab buku.

*Jean Kwok adalah penulis novel MAMBO IN CHiNATOWN dan GIRL IN TRANSLATION

BD link

Jom kita tonton video komen pembaca mengenai buku ini!

Berminat untuk mendapatkan buku ini? Boleh buat demikian di link berikut:

Buy This Book from Book Depository, Free Delivery World Wide