28 JUN 2019 – SEJUMLAH buku bernilai €2 juta (RM9 juta) telah dirampas dan 15 suspek ditahan oleh pihak berkuasa Romania, British dan Itali. Ia adalah sebahagian penyiasatan kecurian lebih 160 naskhah buku-buku antik termasuk edisi asal karya Galileo Galilei dan Isaac Newton. Kesemua yang ditahan adalah warga Romania.

Buku-buku rare dipilih kerana nilainya yang tinggi ~ foto eurojust

Organisasi penjenayah antarabangsa diketahui terlibat dalam siri rompakan di sekitar Eropah. Menurut Eurojust, sebuah unit kerjasama perundangan European Union, kumpulan itu mencuri buku-buku yang akan dipamerkan di pesta buku di Los Angeles, AS.

Dengan menggunakan modus operandi ala filem Mission Impossible, mereka memecah masuk ke gudang di Feltham, United Kingdom pada Januari 2017 untuk mengangkut buku-buku curi itu.

Ilustrasi pelukis bagaimana perompak buku gunakan modus operandi ala-Mission Impossible ~ dailybeast

Anggota kumpulan itu memasuki bumbung gudang tempat simpanan buku-buku itu melalui lubang di kaca gentian sebelum menggelongsor dengan tali dari ketinggian 40 kaki. Pencerobohan mereka tidak dapat dikesan oleh alat penggera.

Empat kontena telah diumpil dan buku-buku itu diangkat ke bumbung dengan tali sebelum dimasukkan ke dalam sebuah van yang menanti.

Buku tulisan Nicolaus Copernicus di antara yang dicuri ~ foto theverge

Salah sebuah buku yang amat bernilai ialah salinan tulisan ahli astronomi Nicolaus Copernicus di mana beliau mengesahkan bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya. Buku itu dianggarkan bernilai 240,000 Euro.

Eurojust bekerjasama dengan Interpol dan juga pihak keselamatan Romania, United Kingdom dan Itali untuk membanteras penjenayah-penjenayah itu.

LAPORAN AKHBAR EVENING STANDARD PADA TAHUN 2017

SEBUAH  kumpulan memecah masuk ke dalam gudang yang menyimpan buku-buku bernilai tinggi dari sebuah gudang berhampiran dengan Lapangan Terbang Heathrow. Menurut badan perisikan British Scotland Yard, mereka membawa lari lebih 160 naskhah buku-buku bernilai jutaan Euro.

Menurut laporan akhbar Evening Standard, mereka merompak di antara 29 hingga 30 Januari di mana tiga orang pencuri telah memecah masuk ke gudang dari arah bumbung dan melarikan 160 naskhah buku-buku berharga.

Modus operandi kumpulan perompak ~ foto dailymail

Kebanyakan daripada buku-buku yang dicuri adalah terbitan kurun ke-15 dan ke-16 yang akan dibawa ke sebuah pesta buku di California. Ia termasuk buku paling berharga terbitan tahun 1566 karya Nicolaus Copernicus yang memaparkan penemuan bahawa bumi mengorbit matahari dan bukan sebaliknya. Buku tulisan Isaac Newton terbitan 1777 mengenai prinsip matematik, buku tulisan Leonardo Da Vinci terbitan 1651 dan juga buku-buku galileo, Euripedes dan Aesop.

Kumpulan perompak menghabiskan beberapa jam untuk memilih buku-buku yang dikehendakki dan meninggalkan yang lain. Buku-buku itu kemudiannya diangkut naik ke bumbung dengan menggunakan beg besar yang diikat dengan tali.

Pautan asal dari EU-OCS:
https://www.standard.co.uk/news/crime/rare-antique-books-worth-2-million-stolen-in-mission-impossible-heist-in-west-london-a3464706.html