BLOG

Banyakkan Insentif Galak Rakyat Membaca

Banyakkan Insentif Galak Rakyat Membaca

Agak membimbangkan apabila laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 menunjukkan aktiviti membaca bukan lagi hobi digemari. Laporan mewakili 388,638 pelajar berusia 15 tahun di negara ini, mendapati mereka hanya membaca apabila terpaksa atau untuk tujuan tertentu, bukannya kerana minat.

Apakah ini mencerminkan generasi muda kita semakin jauh dengan buku? Kita percaya dalam keadaan dalam keadaan bahan bacaan lebih mudah diperoleh termasuk dalam bentuk e-book, sepatutnya budaya membaca lebih meningkat. Apakah motto ‘membaca jambatan ilmu’ sudah tidak lagi relevan?

Kita percaya kerajaan perlu tampil dengan lebih banyak inisiatif untuk menarik minat rakyat membaca. Mungkin boleh diperkenal insentif khusus untuk bahan bacaan termasuk e-book atau akhbar digital. Sekurang-kurangnya ia membantu kerajaan merealisasikan sasaran tempoh 10 tahun bermula 2021 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/12/639359/perbanyak-insentif-galak-rakyat-membaca

BMF: Kuasa Pengguna Telah Dikembalikan

BMF: Kuasa Pengguna Telah Dikembalikan

MAAFCAKAP 18.12.19

Hujung minggu lalu, saya pergi membeli tingkap (window shopping, haha) di sebuah pasaraya antarabangsa. Ketika tawar menawar, oleh kerana promoter di bahagian makanan itu peramah orangnya, perbualan kami melarat hingga ke hal kempen BMF atau Buy Muslims’ First. Katanya, apabila kempen BMF begitu kencang hebahannya, jualan di pasaraya khususnya di bahagian makanan memang terjejas.

Para pelanggan Muslim yang berkunjung pun kelihatan berhati-hati ketika membeli-belah. Ramai pelanggan mengambil masa untuk membelek pakej barangan. Ada juga pelanggan yang datang itu terus bertanya kepadanya jenama yang diingini. Kebanyakan yang bertanya itu adalah pengguna Muslim.

Namun, katanya lagi, untuk sesetengah barangan, para pelanggan Muslim tidak bertanya atau tercari-cari. Sebaliknya mereka terus membeli walaupun produk itu tidak dikeluarkan oleh orang Muslim. Jenama minuman coklat terkenal, mi segera dan minuman kordial adalah di antara jenama yang tidak terjejas dengan kempen BMF ini.

Selepas bersembang, saya menyusur ke rak-rak barangan dapur. Saya ke bahagian minyak masak. Terpandang sebuah jenama minyak masak yang kerap menjadi produk pilihan tatkala kempen BMF bersemarak beberapa bulan lalu. Harganya RM18.60! Saya toleh dan belek sebuah jenama terkenal, yang selalu dibanding-bandingkan dengan jenama minyak masak BMF itu. Harganya pula RM15.40.

Lantas saya tertanya di dalam hati, mengapa pula harga minyak masak Muslim itu lebih mahal sekarang? Walhal ketika kempen BMF sedang hangat, minyak masak Muslim itu berharga jauh lebih murah daripada harga minyak masak keluaran bukan Muslim.

Perasaan tidak puashati mula timbul di hati saya. Apakah produk Muslim ini menaikkan harga kerana hendak untung? Mentang-mentang ia jenama yang terkenal kini, maka kenapa dia ambil kesempatan? Timbul pula pertanyaan, mungkin jenama pesaing buatan bukan Muslim itu menurunkan harganya supaya dapat menawan hati pelanggan. Yang menjadi pilihan mula menaikkan harga kerana mahu cepat untung. Yang tidak menjadi pilihan menurunkan harganya untuk menawan semula pelanggan. Fikiran prasangka mula bersarang di minda saya.

Namun, apabila terfikir bahawa harga jualan itu terletak di tangan pihak pengurusan pasaraya, saya pun rasa, barangkali harga produk bukan Muslim itu diturunkan untuk menghabiskan stok. Apabila stoknya habis dan ditambah, maka baharulah harga berlainan akan ditawarkan. Menjelang tahun hadapan, apabila wujud a levelled playing field, kita akan lihat harga siapakah yang lebih murah. Pada ketika itu produk itu dan juga produk-produk yang lain keluaran Muslim dan bukan Muslim akan benar-benar bersaing dari segi harga.

Apakah yang kita peroleh daripada fenomena ini? Samada kita sedar atau tidak, kini baharulah kita dapat kembalikan konsep bahawa market force iaitu permintaan penggunalah yang menentukan harga pasaran. Selama ini terminologi market force seolah-olah bermaksud kuasa pasaran yang menjadi hak mutlak pengedar. Selama ini, pihak pengedarlah yang force market supaya mengikut besarnya tembolok mereka!

Dengan adanya BMF bilamana para pengguna membuat keputusan untuk memilih produk yang mereka inginkan, ia melariskan produk keluaran Muslim dahulu dan kini melariskan juga produk bukan Muslim. Tetapi, harganya sudah turun apabila hak menentukan market force itu dikembalikan kepada pengguna.

BMF ini adalah sebuah kempen yang benar-benar melatih para pengguna untuk berasa bahawa merekalah raja dan bukannya hamba. Sebagai pengguna, mereka boleh bertindak sepakat untuk memaksa pihak pengedar meletak harga yang patut dan bukannya catut. Mereka bukan lagi memilih produk semata-mata kerana kekuatan penjenamaannya, sebaliknya melihat kepada siapakah pembuatnya.

Maknanya para pengguna pada hari ini membelek sesebuah produk akan meneliti lima aspek. Pertama, pada jenamanya. Kedua, pada isi kandungannya. Ketiga, pada tarikh luputnya. Keempat, harganya dan kelima pula siapakah pembuatnya.

Di sebalik apa yang berlaku dalam kempen BMF ini, ia telah menyatukan kita semua sebagai pengguna. Pendekata, kuasa pengguna telah dikembalikan. Ini amat sihat untuk ekonomi negara.

Menelan Maklumat Tanpa Mengunyah

Menelan Maklumat Tanpa Mengunyah

MAAFCAKAP 11.12.19

Hani adalah anak jiran saya yang rajin belajar. Dia baharu darjah enam dan akan memasuki tingkatan satu pada tahun hadapan. Pada waktu cuti sekolah pun dia asyik membelek buku-buku teksnya. Bila berkunjung ke rumah saya pun, buku-buku sekolahnya dibawa bersama. Hani suka mengarang. Kalau kanak-kanak lain suka bemain telefon ataupun komputer, Hani lebih gemar menulis.

Petang tadi saya terpandang dia termenung sambil menggigit hujung pensel. Nampaknya dia sedang berfikir jauh.  Bila saya menegur, dia menoleh seraya tersenyum. Lantas berkata yang dia ingin menulis sebuah karangan mengenai banjir. Tapi dia mahu tulisannya lain dari yang lain. Saya bertanya apa maksud lain dari yang lain? Kata Hani, dia sudah puas melayari internet untuk melihat karangan-karangan mengenai banjir. Kesemuanya menceritakan mengenai hujan lebat, air naik menjadi banjir, ada pasukan penyelamat mangsa, mangsa banjir mendapat bantuan dan akhirnya mereka pulang ke rumah setelah air surut.

Kata Hani, dia tidak mahu menulis hal-hal seperti itu.  Katanya, karangan begitu sudah biasa-biasa. Saya termenung bila Hani bertanya apa lagi cerita tentang banjir yang belum ditulis? Setelah berfikir sejenak, saya katakan, bagaimana kalau Hani menulis sebuah autobiografi mengenai air? Judulnya, ‘Aku air banjir yang memusnah.’

Ia adalah sebuah karangan yang menceritakan air dari sudut pandang pertama. Bagaimana ‘aku’ sebagai air, gugur dari awan ke celah-celah perbukitan, mengalir turun menjadi sungai dan melanda perkampungan. Bagaimana ‘aku’ menghakis tebing sungai, melanda kampung, menghanyutkan ternakan, menenggelamkan rumah, mengakibatkan manusia panik menyelamatkan diri. Dalam pada ‘aku’ melanda perkampungan, ‘aku’ sendiri menangis sedih melihat ketakutan manusia. Tetapi ‘aku’ tidak berdaya berhenti melanda sebagai banjir kerana itu adalah fitrah kejadianku. ‘Aku’ wajib patuh kerana aku makhluk ALLAH SWT.

Hani tersenyum dan terangguk-angguk mendengar ceritaku. Dia nampaknya faham maksud autobiografi yang saya katakan. Bagaimana pun katanya, dia mahu menulis autobiografi juga tetapi dengan tajuk  ‘aku seekor ayam’ yang menceritakan kisah bagaimana ‘aku’ sebagai ayam menyelamatkan diri dari banjir! Ikut suka Hani, lah…

Penceritaan dalam penyampaian berita pada hari ini  amat mencabar. Dalam dunia persuratkhabaran pada hari ini, istilah scoop atau eksklusif kian sukar didengari. Peristiwa yang berlaku di penghujung negeri boleh tular dengan cepat kerana pada hari ini, sesiapa sahaja boleh menjadi wartawan lalu memaparkannya di media sosial.

Media sosial pula menjadi lubuk berita bagi wartawan. Tetapi, tidak profesional lah sekiranya seseorang wartawan hanya menceduk dan menyiarkan kembali berita yang ditemuinya di media sosial. Sudah tentu berita yang terpapar itu ditatap oleh segenap wartawan dari pelbagai media yang lain. Justeru, jalan yang kreatif ialah menyampaikan berita yang sama dari sudut pandang yang berbeza. Inilah yang akan menjadi berita yang disampaikan oleh sesebuah media itu menjadi segar kerana melaporkan dari sudut yang berlainan.

Berita sebuah kemalangan bas di lebuhraya yang mengakibatkan kehilangan lima nyawa adalah berita yang semua orang tahu secara umumnya. Apa yang belum disentuh adalah dari sudut pandang yang berbeza, samada daripada sudut pandang pemandu, penumpang yang terselamat, orang setempat yang melihat, permukaan jalan raya, dari sudut undang-undang, malah dari sudut mistik juga.

Kita sendiri pada lazimnya menelan bulat-bulat apa yang sampai ke pengetahuan kita. Sekiranya berita yang disampaikan itu ialah  kisah perceraian seseorang, kita akan telan bulat-bulat apa yang sampai dahulu. Seandainya berita itu menyalahkan si suami, maka kita akan turut marahkan suami. Sebaliknya, jika berita yang tiba itu menyalahkan si isteri, kita akan menyalahkan si isteri juga.

Jarang sekali kita menerima sesebuah berita itu meletakkan diri dari sudut pandang yang berbeza dari apa yang disampaikan. Misalnya, jika berita itu menyalahkan si suami, kita cuba lihat apa salah si isteri pula. Seandainya berita itu menyebelahi si isteri, kita cuba lihat dari kacamata si suami pula.

Malangnya, oleh kerana kita hanya suka berpegang pada satu sudut pandang semata-mata, maka kita akan menyebelahi sudut pandang si penyampai. Apabila begitulah keadaannya, maka kita tidak lagi dapat memandang dari sudut yang kritis. Kita percaya bulat-bulat lalu telan bulat-bulat apa yang kita terima tanpa cuba mengunyah maklumat yang kita terima.

Kementerian Tangguh Berhentikan Pekerja ITBM

Kementerian Tangguh Berhentikan Pekerja ITBM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menangguhkan pemberhentian 24 kakitangan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) seperti dilaporkan Rabu lalu bagi memberi laluan kepada kerajaan meneliti semula kaedah membantu agensi itu.

Pengurus besar merangkap Pemangku Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah, ketika mengesahkan hal itu berkata, penangguhan berkenaan dimaklumkan kepada ITBM susulan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, hari ini.

Pemangku Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah

Sakri berkata, ITBM dipanggil berjumpa Menteri Pendidikan selepas persetujuan dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung lebih awal, hari ini, berhubung penangguhan berkenaan.

“Surat mengenainya belum dikeluarkan tetapi kesemua 24 kakitangan yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai penangguhan pemberhentian berkenaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

“Satu pertemuan akan diadakan dengan kakitangan terbabit Isnin ini dan mereka akan kembali berkerja hinggalah satu masa yang akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Sakri berkata, keputusan penangguhan sementara itu diambil bagi membolehkan kerajaan memikirkan mekanisme jangka panjang dan jangka pendek bagi membantu ITBM terutama selepas mengambil kira sumbangan agensi itu terhadap penulisan tanah air sejak sedekad lalu.

“Bagi pihak ITBM dan kakitangan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan yang nampaknya terus prihatin bagi memastikan kelangsungan ITBM pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad, menyambut baik penangguhan sementara fasa pertama kakitangan ITBM yang dibuat, meskipun menyifatkan tindakan itu sudah agak terlewat.

Mohamad Saleeh berkata, pelan pemulihan yang ingin dilakukan terhadap ITBM perlu memastikan penerbitan karya asli dalam bahasa Melayu juga dihidupkan semula dan tidak hanya menumpukan kepada kerja terjemahan.

Sakri berkata, ITBM dipanggil berjumpa Menteri Pendidikan selepas persetujuan dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung lebih awal, hari ini, berhubung penangguhan berkenaan.

“Surat mengenainya belum dikeluarkan tetapi kesemua 24 kakitangan yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai penangguhan pemberhentian berkenaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

“Satu pertemuan akan diadakan dengan kakitangan terbabit Isnin ini dan mereka akan kembali berkerja hinggalah satu masa yang akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Bangunan Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Sakri berkata, keputusan penangguhan sementara itu diambil bagi membolehkan kerajaan memikirkan mekanisme jangka panjang dan jangka pendek bagi membantu ITBM terutama selepas mengambil kira sumbangan agensi itu terhadap penulisan tanah air sejak sedekad lalu.

“Bagi pihak ITBM dan kakitangan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan yang nampaknya terus prihatin bagi memastikan kelangsungan ITBM pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad, menyambut baik penangguhan sementara fasa pertama kakitangan ITBM yang dibuat, meskipun menyifatkan tindakan itu sudah agak terlewat.

Mohamad Saleeh berkata, pelan pemulihan yang ingin dilakukan terhadap ITBM perlu memastikan penerbitan karya asli dalam bahasa Melayu juga dihidupkan semula dan tidak hanya menumpukan kepada kerja terjemahan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/636237/penangguhan-pemberhentian-24-kakitangan-itbm

Darihal Soalan dan Jawapan

Darihal Soalan dan Jawapan

MAAFCAKAP 4.12.19

Komunikasi dua hala itu menarik apabila ia diselangselikan dengan soalan dan jawapan. Komunikasi jadi tidak seimbang andainya ia dipenuhi soalan sepertimana interogasi. Komunikasi yang dipenuhi dengan jawapan atau keterangan itu juga membosankan sebagaimana sesebuah ceramah.

Soalan muncul kerana rasa jujur rasa ingin tahu. Dan jawapan yang jujur juga adalah untuk memberitahu. Soalan yang bertolak dari rasa ingin menduga akan lain macam susunannya. Lazimnya yang bertanya sudah tahu jawapannya. Soalan yang ditanya oleh orang yang mahukan jawapan menurut kehendaknya pula mempunyai nada yang sinis, menyindir dan mengancam.

Begitu juga, jawapan yang bertujuan untuk mengena orang yang bertanya boleh dijawab dengan soalan pula. Ataupun jika yang kena soal itu tidak jujur, jawapannya akan panjang dan berbelit-belit sedangkan yang sebenarnya dia tidak menjawab pun soalan-soalannya.

Jawapan betul kepada soalan itu bergantung kepada pengetahuan mereka yang ditanya. Sebab itulah, soalan yang mudah pun tidak boleh dijawab seandainya orang yang ditanya itu tiada pengetahuan mengenainya. Soalan yang mudah seperti apakah prinsip-prinsip Rukunegara tidak akan dapat dijawab oleh mereka yang tiada pengetahuan mengenainya. Justeru itu, tidak semua orang boleh jawab soalan yang mudah.

Sebaliknya, hampir kesemua orang tak akan boleh menjawab soalan yang susah. Ertinya, perkara mudah yang disampaikan dalam bentuk soalan yang susah tentunya menyukarkan orang yang ditanya. Jika ditanya apakah nama sebuah bandar di pantai barat Malaysia yang telah ditemui pada 1857, tidak ramai yang dapat memberi jawapan, ia adalah Kuala Lumpur.

Betapa pun, kunci penyebaran ilmu ialah melalui soalan dan jawapan. Namun, soalan mestilah mudah difahami agar jawapan yang tepat dapat diberi. Soalan yang sukar difahami akan memesongkan jawapan. Jawapan yang terpesong menggagalkan penyampaian ilmu.

Dalam proses pendidikan di sekolah, mengikut adab belajar, apabila murid bertanya soalan, guru akan menjawab. Bila guru hendak menguji kefahaman pula, guru bertanya pula pada murid, dan murid akan menjawab. Bila murid dapat menjawab, itu bermakna proses penyampaian ilmu telah berlaku.

Namun, akhir-akhir ini, proses pembelajaran yang begitu mudah untuk menyampaikan ilmu itu telah disusahkan dengan soalan-soalan yang sukar. Kononnya untuk melihat samada seseorang pelajar itu mempunyai kebolehan berfikir aras tinggi. Sayangnya, kebolehan berfikir aras tinggi itu sebenarnya menguji pelajar akan kebolehan memahami soalan aras tinggi!

Sayang. Si pelajar yang sudah faham ilmu yang dipelajari tidak dapat menjawab semata-mata kerana dia tidak fahamkan soalan. Seharusnya yang ingin diketahui dari pelajar itu ialah kebolehannya menaakul dalam jawapannya, bukan kebolehannya memahami soalan terhadap perkara mudah yang disukarkan.

Mengapa menguji pelajar dengan soalan yang sukar difahami? Jika mereka tidak dapat menjawab, ia bukan bererti pelajar itu tidak pandai. Dia hanya tidak fahamkan soalan.

Kita yang pandai inipun tidak mudah faham soalan (sekadar contoh) orang bisu. Dia bertanya jalan menghala ke surau, misalnya. Tetapi oleh kerana kita tidak faham akan soalan secara orang bisu, sudah tentu kita sukar menjawabnya. Barangkali, mungkin kita akan tunjukkan jalan menghala ke pasar pula!

Justeru itu, mengapa pula disusah-susahkan soalan hingga pelajar sukar menjawabnya? Apakah peperiksaan itu untuk mengukur kebolehan menyoal aras tinggi?

Iklan

Petikan Terpilih

BELI MAAFCAKAP 4 – KLIK GAMBAR!

LAYAR SOROT

BELI DI BOOKDEPOSITORY

LANGGAN LAYARMINDA

[mc4wp_form id=”572″]