KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menangguhkan pemberhentian 24 kakitangan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) seperti dilaporkan Rabu lalu bagi memberi laluan kepada kerajaan meneliti semula kaedah membantu agensi itu.

Pengurus besar merangkap Pemangku Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah, ketika mengesahkan hal itu berkata, penangguhan berkenaan dimaklumkan kepada ITBM susulan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, hari ini.

Pemangku Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah

Sakri berkata, ITBM dipanggil berjumpa Menteri Pendidikan selepas persetujuan dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung lebih awal, hari ini, berhubung penangguhan berkenaan.

“Surat mengenainya belum dikeluarkan tetapi kesemua 24 kakitangan yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai penangguhan pemberhentian berkenaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

“Satu pertemuan akan diadakan dengan kakitangan terbabit Isnin ini dan mereka akan kembali berkerja hinggalah satu masa yang akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Sakri berkata, keputusan penangguhan sementara itu diambil bagi membolehkan kerajaan memikirkan mekanisme jangka panjang dan jangka pendek bagi membantu ITBM terutama selepas mengambil kira sumbangan agensi itu terhadap penulisan tanah air sejak sedekad lalu.

“Bagi pihak ITBM dan kakitangan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan yang nampaknya terus prihatin bagi memastikan kelangsungan ITBM pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad, menyambut baik penangguhan sementara fasa pertama kakitangan ITBM yang dibuat, meskipun menyifatkan tindakan itu sudah agak terlewat.

Mohamad Saleeh berkata, pelan pemulihan yang ingin dilakukan terhadap ITBM perlu memastikan penerbitan karya asli dalam bahasa Melayu juga dihidupkan semula dan tidak hanya menumpukan kepada kerja terjemahan.

Bangunan Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/636237/penangguhan-pemberhentian-24-kakitangan-itbm