KITA TERPERANGKAP DALAM KEHIDUPAN
MAAFCAKAP 3.3.2021
Pagi kelmarin status Mat Khalaz melintas di laman Facebook saya. Sudah lebih 30 tahun saya tidak bertemu dengannya. Mat Khalaz adalah seorang teman sekampus yang suka masuk hutan. Di zaman remajanya dia rajin masuk hutan mengikut abangnya mencari madu lebah tualang. Sebab itu dia akan mengepalai ekspedisi masuk ke hutan di zaman kampus dahulu.
Bila masuk hutan, Mat Khalaz akan tenggelam di alamnya. Dia lebih banyak mendengar dari bercakap. Segala macam bunyi akan menarik perhatiannya. Kadangkala apa yang dia dengar, kami tak dengar pun. Desir angin, rintik hujan dan bunyi binatang akan membuat dia terpaku. Kami pun akan membatukan diri seketika sebelum ikutnya melangkah kembali.
Katanya, hutan adalah alam binatang dan jin. Dia cukup marah jika kami berbuat sesuatu yang boleh mengganggu kedua-dua jenis makhluk itu, seperti menjerit, ketawa ikut suka, membuang air di merata tempat atau bercakap sesuka hati sebab perangai tak semenggah itu dikatakan akan mengganggu makhluk jin yang berada di sesuatu tempat.
Fokus dan peka dengan suasana sekeliling. Inilah Mat Khalaz. Saya pernah terbaca bagaimana kaum Red Indian boleh meramal hujan hanya dengan mendepakan tangannya ke langit. Mereka boleh menghidu bau binatang buas yang berada jauh. Begitu juga mereka boleh mendengar apa yang akan muncul hanya dengan melekapkan telinga mereka ke tanah.
Pancaindera. Inilah aset yang digunakan oleh manusia dahulu secara maksima. Deria mereka akan peka menangkap bunyi, bau dan rasa kerana mereka di sekelilingi oleh alam. Bunyi desiran ombak, angin yang menyapu daun, embun di rumput dan rasa halus pasir di tapak kaki adalah pengalaman harian.
Begitu juga bau buah samada masak ataupun tidak, dapat diketahui hanya dengan menghidu di kulit buah. Dan yang penting, rasa sesuatu daun samada boleh dimakan mahupun beracun boleh diagak dengan merasa jenis pahit atau kelatnya. Begitulah, pancaindera membolehkan manusia bermesra dengan alam sekelilingnya.
Pada hari ini kita dikelilingi dengan segala bentuk pengaruh buatan manusia. Cahaya yang menyentuh tubuh di pagi hari bukannya cahaya mentari, sebaliknya cahaya lampu di bilik tidur. Tiada lagi bunyi angin menyapu dedaun, sebaliknya bunyi angin yang berhembus dari alat pendingin hawa.
Bunyi hujan yang turun pun didengar dari air hujan dari pili air di bilik mandi. Begitu juga, kaki tidak lagi menyentuh rumput di halaman, tetapi menyapu karpet. Tiada lagi pengalaman yang datang terus dari alam. Semuanya yang palsu hasil buatan manusia. Lebih malang lagi bila semakin banyak elemen buatan manusia ini datang secara mengasak dan memaksa.
Bunyi kapal terbang, kenderaan di lebuhraya, hon keretapi, dari televisyen, komputer dan telefon, malah bunyi siulan cerek air yang masak itu muncul dan membingit telinga. Kita tidak selalu dapat melihat alam kecuali hutan-hutan batu. Begitu juga segala rasa hidangan yang baharu itu sebenarnya suatu eksperimen pada lidah, bukan lagi menyajikan apa yang menjadi makanan kesukaan.
Elemen alam semulajadi yang lazimnya berubah dan datang secara perlahan telah diganti dengan alam sintetik yang biasanya cepat dan mengasak. Matahari terbit secara perlahan, lampu dipetik sudah bernyala. Hujan turun rintik-rintik, air di pili menyembur, menjirus. Bunyi hujan, angin dan ribut sekalipun ada tempoh masanya, sedangkan bunyi di sekeliling kita pada hari ini sentiasa kedengaran hingga mengganggu tidur.
Nicholas Carr penulis buku The Shallows: What Internet is Doing to our Brain merumuskan manusia pada hari ini menghadapi masalah untuk fokus. Dr. Glenn Wilson dari London Institute of Psychiatry pula berkata, gangguan yang berterusan terhadap seseorang memberi kesan kepada tidurnya.
Yang jelas, gangguan fokus terhadap manusia hingga mengakibatkan stres bukannya datang dari alam semulajadi. Soalnya, apakah kita sedar akan hal ini? Bilakah kita hendak kembali menghampiri alam? Jika PKP menjadi penghalang, apakah kita kini terperangkap?
BUKU JAMES BOND DIJUAL DENGAN HARGA RM2.68 JUTA
Set 14 novel James Bond kini akan dijual dengan harga RM2.68 juta. Novel ejen perisik 007 ciptaan novelis Ian Fleming dijual lengkap dengan jaket kulitnya. Peniaga buku Dr. John Atkinson mengambil masa bertahun-tahun mengumpul koleksi set novel itu dari merata pelosok dunia.

Koleksi 14 novel James Bond. Pixcredit: koleksi Dr. John Atkinson 
Di antara autogeraf oleh ian Fleming. Pixcredit: koleksi Dr. John Atkinson
Sebahagian daripada novel-novel itu mempunyai autogeraf. Ini meningkatkan nilai dan harganya. Novel Casino Royale sahaja dilelong dengan nilai RM300,000. Novel-novel itu juga bernilai tinggi kerana naskhah tercetak tidak banyak seperti hari ini.
Pautan asal:
https://www.bbc.com/news/uk-england-york-north-yorkshire-55917614
Lelain pautan:
Novel James Bond Dijual Harga Lebih US600,000
https://movieweb.com/james-bond-books-first-edition-rare
Set Buku James Bond Dijual Dengan Harga Jutaan
https://www.cinemablend.com/news/2562346/a-set-of-first-edition-james-bond-books-are-up-for-sale-and-youd-need-to-be-a-bond-villain-to-afford-them
BUKU SEJARAH TINGKATAN 4 AGUNGKAN KOMUNIS?
KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4.
Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, perkara ini semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah bagi menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan secara halus menyuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan.
“Lebih mendukacitakan lagi apabila terdapat juga elemen memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang Komunis dan MPAJA.

“Secara halus dan tersirat, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pagi ini.
Sementara itu, mantan Menteri Pelajaran Dr. Madzlee Malek mendakwa, silibus dan kandungan buku itu telah dibincang oleh panel sejarah sebelum PH memerintah. Buku itu diluluskan untuk terbit pada tahun 2017 iaitu setahun sebelum Pakatan harapan memerintah.
Di antara panel yang meraka buku itu ialah Dr. Shamrahayu A. Aziz, Pensyarah Undang-Undang dan Dr. Sivamurugan Pandian, seorang pensyarah Sosiology Politik dari USM. Kedua-dua mereka dikatakan pro-kerajaan UMNO. Dalam konteks ini adalah mustahil sekiranya kedua-duanya sengaja membenarkan maklumat yang tidak tepat menjadi silibus pelajaran sekolah.

Siapakah yang benar? Asyraf Dasuki atau Maszlee Malek?
Pautan asal berita:
https://umno-online.my/2021/02/24/tarik-balik-perbetulkan-fakta-sejarah-tingkatan-4-mengagungkan-komunis-pemuda-umno/
LAIN-LAIN LAMAN WEB YANG MENYENTUH ISU INI:
Malaysiakini:
Teo Ambil Tindakan Kerana Dituduh Suruh Ubah Buku Sejarah
https://www.malaysiakini.com/news/564559
Berita Harian:
Buku Sejarah Patuhi Semua Prosedur Penerbitan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/790226/buku-teks-sejarah-tingkatan-4-patuhi-semua-proses-penerbitan
Sinar harian:
Maszlee bidas Asyraf Dusuki Isu Buku Sejarah Tingkatan 4 https://www.sinarharian.com.my/article/125554/BERITA/Nasional/Maszlee-bidas-Asyraf-Wajdi-isu-buku-teks-Sejarah
Malakat Tribune:
Henti berpolitik, Rakyat Sudah Tak Peduli
https://www.malakattribunenews.com/2021/01/henti-berpolitik-rakyat-sudah-tidak-peduli
VIDEO:
Buku Teks Sejarah Dimanipulasi:
https://www.youtube.com/watch?v=1-yNcEDOtfw
STAR WARS: APABILA NEGARA HIGH REPUBLIC DIBANGKITKAN…
Ramai para peminat siri The Star Wars yang tak perasan bahawa dalam angkasaraya Star Wars, terdapat sebuah negara yang dinamakan sebagai The High Republic. High Republic ialah sebuah negara yang wujud sejak ‘zaman gelap dan sebelum Empayar.’
Obi-Wan Kenobi, pahlawan Jedi pernah menyebut, “Sudah beribu generasi para pahlawan Jedi menjaga keamanan dan keadilan di High Republic.” Kata Obi-Wan dalam episod Star Wars: A New Hope.

Kini sudah sampai masanya negara itu dikunjungi…
Setelah berdekad kata-kata itu diucapkan, negara High Republic yang wujud beribu tahun sebelum kehadiran Skywalker telah direalisasikan oleh lima orang penulis.
Charles Soule, Claudia Gray, Cavan Scott, Daniel José Older dan Justina Ireland telah ditugaskan untuk menggarap negara dan watak-watak yang hidup di High Republic.
Mereka mencipta watak-watak seperti Avar Kriss, seorang Jedi dan watak antagonis seperti Nihil, yang sentiasa mengancam keamanan galaksi. Semua ini akan difilemkan.

Namun, apakah kita dapat tonton filem ini di pawagam atau di rumah sahaja kerana PKP… kita kenalah tunggu…
Bonus: Video Ilustrasi Avar Kriss
Gambar Utama: Para pahlawan Jedi High Republic. Pixcredit: theculterednerd.org
PENYANYI ZAMANI TERBIT BUKU KISAH HIDUP
PENYANYI Zamani sudah menerbitkan buku kisah hidupnya. Buku Hitam Putih Sebuah Autobiografi yang mengisahkan kehidupannya itu j dikeluarkan dan dijual menerusi platform kru2u.originals.
Menurutnya, projek ini dihasilkan oleh KRU dan buku berharga RM39.90 itu dicetak sebanyak 300 naskhah untuk edisi pertama. Dia juga bersyukur kerana setakat ini buku itu menerima sambutan menggalakkan.

“Sekarang kami dalam proses menerbitkan audio untuk bacaan buku ini. Mereka yang malas membaca atau tiada masa untuk membaca boleh mendengarnya dalam format itu pula,” ujar Zamani.
Berita penuh:
https://www.hmetro.com.my/rap/2021/02/675791/zamani-henti-dulu-kos-rawatan-skoliosis
Gambar Utama: Zamani, penyanyi lagu Gerimis Mengundang. Pixcredit: viva



