KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4.

Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, perkara ini semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah bagi menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan secara halus menyuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan.

“Lebih mendukacitakan lagi apabila terdapat juga elemen memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang Komunis dan MPAJA.

Buku Sejarah Tingkatan 4 yang dikatakan krotroversial. Pixcredit: anyflip.com

“Secara halus dan tersirat, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pagi ini.

Sementara itu, mantan Menteri Pelajaran Dr. Madzlee Malek mendakwa, silibus dan kandungan buku itu telah dibincang oleh panel sejarah sebelum PH memerintah. Buku itu diluluskan untuk terbit pada tahun 2017 iaitu setahun sebelum Pakatan harapan memerintah.

Di antara panel yang meraka buku itu ialah Dr. Shamrahayu A. Aziz, Pensyarah Undang-Undang dan Dr. Sivamurugan Pandian, seorang pensyarah Sosiology Politik dari USM. Kedua-dua mereka dikatakan pro-kerajaan UMNO. Dalam konteks ini adalah mustahil sekiranya kedua-duanya sengaja membenarkan maklumat yang tidak tepat menjadi silibus pelajaran sekolah.

Isi buku Sejarah Tingkatan 4. Pixcredit: FB Dr. Asyraf Wajdi

Siapakah yang benar? Asyraf Dasuki atau Maszlee Malek?

Pautan asal berita:
https://umno-online.my/2021/02/24/tarik-balik-perbetulkan-fakta-sejarah-tingkatan-4-mengagungkan-komunis-pemuda-umno/

LAIN-LAIN LAMAN WEB YANG MENYENTUH ISU INI:

Malaysiakini:
Teo Ambil Tindakan Kerana Dituduh Suruh Ubah Buku Sejarah
https://www.malaysiakini.com/news/564559

Berita Harian:
Buku Sejarah Patuhi Semua Prosedur Penerbitan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/790226/buku-teks-sejarah-tingkatan-4-patuhi-semua-proses-penerbitan

Sinar harian:
Maszlee bidas Asyraf Dusuki Isu Buku Sejarah Tingkatan 4 https://www.sinarharian.com.my/article/125554/BERITA/Nasional/Maszlee-bidas-Asyraf-Wajdi-isu-buku-teks-Sejarah

Malakat Tribune:
Henti berpolitik, Rakyat Sudah Tak Peduli
https://www.malakattribunenews.com/2021/01/henti-berpolitik-rakyat-sudah-tidak-peduli

VIDEO:
Buku Teks Sejarah Dimanipulasi:
https://www.youtube.com/watch?v=1-yNcEDOtfw