Pesta Buku Antarabangsa Rio De Janeiro (Rio de Janeiro International Book Fair), Brazil akan berlangsung pada 30 Ogos hingga 8 September 2019 bertempat di Riocentro, tempat di mana acara kebangsaan dan antarabangsa utama diadakan di Brazil.

Pesta buku ini adalah acara
sastera terbesar di negara ini. Ianya merupakan sebuah perhimpunan hebat di
mana peminat-peminat buku berhimpun. Pembaca akan mendapat peluang untuk mendekati
penulis kegemaran merekaa dan bertemu dengan ramai yang lain. Riocentro menjadi
tuan rumah festival budaya, kesusasteraan, dan pendidikan selama sepuluh hari.
Orang ramai dapat menyertai perdebatan, berbual dengan tokoh masyarakat dan
penulis serta mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan yang mempromosikan
membaca di sektor yang ditetapkan di seluruh premis. Rio Book Biennial adalah
acara yang menyeronokkan dengan kepelbagaiannya untuk seluruh keluarga!

Di antara program menarik yang akan diadakan sepanjang pesta buku ini adalah #SemFiltro Arena. #SemFiltro Arena adalah tempat dalam Biennial Buku Antarabangsa di Rio de Janeiro di mana orang ramai membincangkan topik relevan seperti Budaya, Keusahawanan, Permainan, Masa Depan, Agama, Media, Fesyen, Kecantikan, dan lain-lain lagi.
Antara tetamu yang akan turut menyertai Pesta Buku Antarabangsa Rio De Janeiro termasuklah novelis kelahiran Rio De Janeiro Alberto Mussa, penulis “Mythical Compendium of Rio de Janeiro” dan juga novelis Ana Maria Machado, penulis buku kanak-kanak yang pernah menerima penganugerahan Medal Hans Christian Andersen di peringkat antarabangsa pada tahun 2000 kerana sumbangannya dalam kesusasteraan kanak-kanak.

Selain daripada buku-buku terkini, para pengunjung boleh mengikuti pelbagai aktiviti untuk para pelajar sekolah iaitu penggalakan membaca di dunia buku. Golongan wanita juga diberi penumpuan dengan bicara isu-isu kewanitaan. Terdapat juga kafe sastera di mana perbincangan mengenai sastera akan diadakan.
Brazil punyai sejumlah sasterawan. Di antaranya ialah, Ana Maria Machado, Rubem Fonseka, Ariano Suassuna, Paolo Cuelho, Bernado Carvalho, Paulo Lins, Jose Sarney, Soccoro Arcioli, Daniel Munduruku, Adrino Aragao dan Anibal Machado.


