RIBUAN BUKU ROSAK AKIBAT BANJIR
BANJIR yang melumpuh kehidupan di Shah Alam pada minggu lalu turut memusnahkan ribuan buku-buku di gudang BookXcess. Tingkat bawah gudang itu tenggelam sama sekali. Ratusan buku-buku turut hanyut hingga ke luar gudang. Kerugian dianggarkan jutaan ringgit.
Menurut kenyataan rasmi syarikat itu di Facebook, mala petaka itu menjejaskan kiriman buku-buku yang dipesan secara online. Bagaimana pun, syarikat itu memberi jaminan bahawa kesemua pesanan akan dipenuhi walaupun mengambil sedikit masa.
Inilah malapetaka pertama yang dialami oleh syarikat buku yang terkenal itu. Namun, dengan sokongan para peminat buku, syarikat itu yakin akan dapat berdiri gagah kembali.
BookXcess merupakan sebuah syarikat buku yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, Andrew Yap dan Jacqueline Ng. Kedai pertama mereka bermula di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Book Xcess terkenal dengan pesta jualan buku Big Bad Wolf yang kini mengadakan pameran buku di merata dunia. ~ LayarMinda.





