BRUCE HARING.DEADLINE.COM.6.12.2020

ROALD DAHL  pernah digelar ‘pencerita nombor satu dunia.’ Tetapi kini keluarganya terpaksa memohon maaf bagi pihak beliau di atas komen-komen anti-semitiknya.

Roald pernah menghasilkan buku klasik kanak-kanak Charlie and the Chocolate Factory, Matilda dan The BFG. Meskipun telah meninggal dunia 30 tahun nan lalu, kenyataan-kenyataan beliau kini dipersoalkan.

Dalam temubual pada tahun 1983, oleh media New Statesman, Roahl berkata, “Ada satu perangai orang Yahudi yang mengakibatkan kebencian sehingga Hitler pun menyusahkan mereka tanpa sebab.”

Dalam sebuah artikel di akhbar The Independent pada tahun 1990, Roahl pula berkata, “Semuanya tak berubah. Kita tahu mengenai kaum Yahudi. Semua penerbit adalah Yahudi. Mereka pandai kerana menguasai media. Sebab itulah Presiden Amerika kena jual apa sahaja kepada Israel.”

Di antara karya Roahl Dahl. Pixcredit: twitter

Kenyataan mendiang memberi kesan terhadap keluarga yang menguruskan perniagaan beliau. Dengan senyap-senyap keluarga Roahl membuat permohonan maaf di laman web rasmi mendiang. 

Seharusnya tidak perlu kenyataan Roahl Dahl itu diperbesar-besarkan kerana si empunya diri sudah pun meninggal dunia berpuluh tahun yang lalu. Tapi angkara ‘dendam tujuh keturunan,’ kenyataan orang dah meninggal dunia pun boleh dikecohkan.

Pautan asal:

https://deadline.com/2020/12/charlie-and-the-chocolate-factory-author-roald-dahl-family-apologizes-for-his-anti-semitic-views-1234651189/