ALISON FLOOD.23.3.2020.THE GUARDIAN
PARA ibubapa yang punyai masalah mengajar anak-anak mereka membasuh tangan telah mendapatkan bantuan dari buku I Don’t Want to Wash My Hands! karya Tony Ross. Sejak itu, jualan buku itu meningkat 2,000 % pada bulan lalu kerana ia mengajar cara menjaga kesihatan berikutan dengan menularnya coronavirus!
Buku yang terbit pada tahun 2001 itu mengisahkan watak Little Princess yang sentiasa disuruh membasuh tangannya setelah bermain di luar rumah dengan anjing.
“Kenapa saya kena basuh tangan?” Dia bertanya.
“Sebab kuman dan kotoran!” jawab pengasuhnya.
Penerbit Andersen Press berkata, mereka mula melihat permintaan luar biasa buku itu apabila jualannya meningkat 2,000 % dari bulan Februari hingga Mac 2020 menyebabkan ia terpaksa segera diulangcetak.
Ross berkata, cerita di dalam buku itu sama seperti buku-buku Little Princess lain yang mengisahkan kanak-kanak yang sukakan kotoran.
“Sebagai seorang ibu, saya menulis mengenai keadaan pada hari ini. Saya mahu anak-anak saya hidup dan tidak mati kerana virus. Saya memang sentiasa menyuruh mereka membasuh tangan. Tetapi anak-anak saya buat tak kisah.”
“Masa telah berubah,” ujar Paul Black dari Andersen Press. “Nampaknya buku dapat membantu ibubapa berkomunikasi dengan anak-anak tanpa perlu menakut-nakutkan mereka.”
Daripada segala panduan yang ada, membasuh tangan adalah sesuatu yang paling berkesan untuk menghentikan penularan virus.
Ross yang kini mengasingkan dirinya di rumah berkata, “Sambutan ke atas buku yang terbit beberapa tahun yang lalu adalah sesuatu yang menyeronokkan dalam hidupnya.”
Pautan asal:
Video:
Cover Image: Penulis Tony Ross. Pixcredit: flickr.com