Penjual-penjual buku Perancis kini menggesa penerbit novel The Hunchback of Notre-Dame agar menghulur derma untuk pembinaan semula katedral Notre-Dame yang terbakar baru-baru ini.
Dua tuanpunya kedai buku di Paris Amandine Ardouin dan Antoine Bonnet menggesa pendapatan daripada jualan novel Victor Hugo yang mula terbit pada tahun 1831 boleh membantu pembinaan semula itu.
“Sedihlah bila dapat buat duit dengan tragedi ini. Sebab itu, kami ambil keputusan untuk membahagikan pendapatan itu untuk membaikpulih,” kata Ardouin kepada majalah Livre Hebdo. Sebelum ini Presiden Emmanual Marcon menggesa ramai pihak menghulur derma untuk pembinaan semula katedral Notre-Dame itu.
Hanya beberapa jam setelah kebakaran besar itu, jualan novel The Hunchback of Notre-Dame melonjak naik di senarai terlaris carta Amazon. Harganya pula ialah RM21.00 untuk versi cetakan biasa dan RM199.00 untuk versi kulit keras.
Penguin Classics, di antara penerbit novel itu memaparkan ‘tiada stok’ di portal niaganya.
Kebakaran katedral Notre-Dame PADA 17 April lalu telah menggamit nostalgia warga Perancis untuk mendapatkan novel The Hunchback of Notre-Dame karya Victor Hugo.
Berita berkaitan:
Kebakaran gereja Notre-Dame: Bagaimana Tragedi itu Menaikkan Jualan Novel
*sumber: BBC