MAAF CAKAP#1

Norden Mohamed

Language: Bahasa Melayu
Category: Motivasi
ISBN: 9789831248812
Publisher: Alaf21
Pages: 376

Sinopsis

Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang saudara.

‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali merenung kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai.

Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.

MAAF CAKAP#2

Norden Mohamed

Language: Bahasa Melayu
Category: Motivasi
ISBN: 9789678605120
Publisher: Alaf21
Pages: 368

Sinopsis

MAAF CAKAP 2 merupakan kesinambungan kepada buku pertama iaitu Maaf Cakap. Ia berkisarkan kesalahan dan kesilapan cara berfikir yang sering dilakukan oleh masyarakat sama ada secara sengaja atau tidak. Kaedah menegur yang baik memudahkan pendengarnya untuk menerima teguran tersebut. Dalam buku kedua ini, tambahan isu-isu yang menarik menyebabkan buku ini sangat terkesan bila dibaca. Hasil tulisan dan garapan yang dibuat sangat dekat dengan kehidupan kita sebagai sebuah masyarakat.

MAAF CAKAP#3

Norden Mohamed

Language: Bahasa Melayu
Category: Motivasi
ISBN: 9789678607988
Publisher: Alaf21
Pages: 384

Sinopsis

Mengapa mesti miliki buku ini?

• Peminat Encik Norden Mohamed atau follower buku MAAF CAKAP, MAAF CAKAP 2 akan mencari buku MAAF CAKAP 3 kerana penulis menyampaikan isi yang lebih penting dan semasa.

• Penulis merupakan seorang Ketua Pengarang Kumpulan & Kolumnis akhbar Sinar Harian. Buku ini adalah daripada himpunan artikel-artikel beliau yang bermanfaat untuk pembaca.

• Buku ini adalah kritikan penulis terhadap kesilapan berfikir masyarakat tentang sesuatu isu yang menular sama ada dalam media sosial mahupun kehidupan harian.

• Bacaan yang santai namun meliputi pelbagai aspek seperti motivasi, politik, sosial, bisnes, dunia akhbar dan sumber manusia. Disampaikan secara berlapik namun menusuk ke dalam jiwa.

• Buku ini berunsur motivasi memberi ilmu, merehatkan minda serta muhasabah diri. Penulis mampu merubah pemikiran kita yang negatif kepada lebih positif.

• Sama ada terasa atau tak terasa bila ditegur… MAAF CAKAP