BIODATA

NORDEN MOHAMED dilahirkan di Mersing, Johor pada tahun 1957. Setelah menamatkan pelajaran sekolah di Sekolah Menengah Sri Mersing, beliau melanjutkan pelajaran di ITM (kini UiTM) dalam bidang Senireka Perusahaan.

Hobi utama beliau ialah membaca. Beliau membaca apa jua bahan terutamanya psikologi, agama, perniagaan, falsafah, pengiklanan, pemasaran, komik dan tentunya novel. Andainya buku yang dibacanya bagus, beliau akan mengulang baca buku yang sama lebih daripada dua kali.

Norden boleh dikatakan sebagai seorang yang punyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjayanya. Beliau pernah bertugas di Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, sebuah NGO. Pernah bertugas di sektor kerajaan sebagai Pegawai Latihan di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Tanah dan Wilayah.

Di bidang swasta, beliau pernah menjadi Eksekutif Jualan di Malaysian Business Advisors, sebuah syarikat perunding perniagaan, Eksekutif Pembangunan Perniagaan di Black and Brown Publications dan Penolong Pengurus Hal Ehwal Pelajar di Klang Valley College.

Namun, kerjayanya kian mantap apabila menyertai Kumpulan Media Karangkraf. Di syarikat itu, beliau membina kerjayanya sebagai Pengarang Urusan majalah Gelihati, Pengurus Pemasaran, Pengurus Latihan dan Pengurus Besar Sumber Manusia.

Minatnya dalam bidang penerbitan buku membolehkan beliau ditugaskan sebagai Pengurus Besar Alaf 21 hingga berjaya menempatkan syarikat itu terkenal sebagai penerbit novel popular di Malaysia. Beliau kemudian bertugas sebagai Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Sinar Harian sebelum diambil bertugas sebagai Penasihat Editorial Grup Buku Karangkraf.

Dalam proses pencariannya, Norden pernah menyertai syarikat jualan langsung Amway, menjadi penerbit majalah kartun Kreko dan pernah bekerja sendiri sebagai pengeluar dan penjual t-shirt.

Kata-kata hikmatnya ialah, “Don’t be Jack of all trades and a master of none, BUT BE, Jack of all trades and a master of one!”

Buku Eyman Hykal

SIRI BISIK

BUKU MOTIVASI

MAAF CAKAP #3

MAAF CAKAP #2

MAAF CAKAP #1