COREY MCCOMB. MEDIUM.COM.JUN 2019

Betul ke? Betul, menurut Malcolm Gladwell, penulis buku-buku terlaris yang memprovok minda seperti Blink, Outliers, The Tipping Point dan David & Goliath.

Artikel ini disampaikan oleh Covey McComb, seorang penulis dan strategis pemasaran dari San Diego, Amerika. Beliau mengumpul 12 tip penulisan dari kuliah masterclass penulisan Malcolm Gladwell yang disertainya secara online. Ikutilah:

1. Simpan cerita untuk tingkatkan suspens dan kejutan.
Kita boleh menyimpan beberapa maklumat sehingga ke penghujung artikel atau cerita. Ini membolehkan pembaca pada akhirnya memperoleh apa yang mereka ingini.

2. Kejutan vs suspens
Kejutan itu adalah apabila kita mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu. Sementara suspens pula sesuatu yang pembaca tahu akan muncul tetapi belum diberitahu lagi. Itulah yang membuat pembaca terus membaca tulisan kita.

3. Google itu tidak baik untuk penyelidikan.
Penyelidikan itu bukan bertujuan mendapat apa yang diingini. Penyelidikan itu ialah pencarian yang akan merungkai pelbagai persoalan baharu.

Penyelidikan di Google itu tidak bagus kerana ia mengutamakan jawapan yang paling popular. Jawapan yang popular akan menghasilkan sesuatu yang klise.

Sebaliknya, penyelidikan yang baik harus lakukan yang sebaliknya. Cari jawapan di halaman akhir dari Google. Itulah jawapan yang kurang popular, dan itulah idea yang jarang digunakan!

4. Satu persoalan membawa persoalan yang lain
Dalam penyelidikan, teroka ke dalam jawapan yang ada di depan mata. Tidak perlu bertanya kepada 10 orang untuk mendapat pelbagai jawapan. Sebaliknya soalan kepada seseorang yang dilakukan dengan mendalam akan memperolah jawapan yang pelbagai.

5. Idea yang terbaik adalah daripada orang lain
Jangan tunggu sesuatu yang menarik berlaku pada diri sendiri. Kadang-kadang ia tak berlaku pun. Sebaliknya sesuatu yang terjadi pada orang lain itulah yang boleh jadi menarik. Pekalah dengan keadaan sekeliling.

6. Kenalkan dunia seseorang untuk menceitakan dirinya
Selain daripada mendeskripsi watak fizikal seseorang, kenalkan karakter seseorang melalui suasana di sekelilingnya. Keadaan bilik tidurnya, lukisan di dinding dan suasana persekitaran seseorang boleh mendiskripsi sesuatu watak itu. Kita tidak perlu lagi mendiskripsi samada watak itu seseorang yang kemas atau berserabai.

7. Gunakan pelbagai stail untuk majukan diri
Tulislah sesuatu untuk sesebuah majalah. Kemudian tulislah sesuatu seolah-olah kita sedang bercakap pada seorang kawan. Cara itu membolehkan kita punyai pelbagai stail.

8. Kita tidak tahu samada sesuatu itu bagus melainkan setelah kita menulisnya
Tidak perlu menunggu sehingga penyelidikan kita selesai baharulah kita mula menulis. Cara begitu membuatkan kita memilih apa yang menarik sahaja untuk ditulis.

Sebaliknya, tulis sahaja apa yang kita temui. Kadangkala, apa yang dirasakan tidak penting itulah yang akan menjelma menjadi sesuatu yang menarik.


9. Pengkritik dan editor adalah sama sahaja.

Editor memperbetul karya anda sebelum ia diterbitkan. Pengkritik memperbetul karya anda supaya anda akan dapat perbaiki tulisan yang berikutnya.

10. Bagaimana saya boleh buat kelainan?
Kelainan. Itulah yang harus menjadi pilihan. Bukannya inginkan sesuatu yang lebih baik. Inilah persoalan yang harus sentiasa bermain di fikiran penulis.

11. Bacalah sumber penyelidikan penulis-penulis lain
Bila kita membaca sumber penyelidikan penulis lain, kita akan memahami minda penulisnya. Ini membolehkan kita memahami bagaimana seseorang penulis itu menggarap idea melalui penyelidikannya.

Malcolm Gladwell

12. Bukan semua kesimpulan perlu diikat kemas
Manusia gemarkan puzzle jigsaw.  Mereka suka apabila puluhan cebisan jigsaw itu dicantum menjadi sebuah gambar yang indah. Penulis tidak perlu mencantumkan keseluruhan tulisannya menjadi sebuah gambar. Dia hanya perlu menyampaikan masalah, berikan tip-tip agar pembaca sendiri berfikir dan mendapat jawapannya.

Artikel asal dari portal medium.com:

https://medium.com/@coreymccomb/12-uncommon-writing-lessons-from-malcolm-gladwell-62c82cf8c4aa