Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) ke-26 bermula pada 21 – 25 Ogos 2019 dan berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa China (New Venue, Shunyi District). Ia merupakan acara industri penerbitan terbesar di pasaran Asia.

Seorang kanak-kanak menatap buku ~ foto BIBF

Ia mempersembahkan perdagangan hak cipta global dan karnival membaca untuk industri penerbitan antarabangsa dan pembaca seluruh dunia. Lebih 200,000 pelawat yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan orang ramai datang untuk melihat buku dari 56 negara yang berbeza.

BIBF 2019 ditaja oleh Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Kebangsaan, Kementerian Sains dan Teknologi, Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing, Persatuan Penerbit China dan Persatuan Penulis China  dan dianjurkan oleh China National Publications Import & Export (Group) Corporation.

Pempamer dan pengunjung berdiskusi ~ foto BIBF

2019 menyaksikan ulang tahun ke 70 penubuhan Republik Rakyat China. Ia juga menandakan ulang tahun ke 70 penubuhan hubungan diplomatik antara Romania dan Republik Rakyat China.

Romania mengambil bahagian dalam Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2019 sebagai Negara Kehormat yang akan diberi ruang menyampaikan puisi, kesusasteraan dan budaya yang menarik untuk mempromosikan komunikasi dan kerjasama industri penerbitan di pesta buku itu.

Di antara program yang akan diadakan pada pesta buku ini termasuklah Forum Penerbitan Antarabangsa Beijing 2019. Forum ini diadakan dengan tema pusat “Kualiti dan Penyebaran Kandungan.” Forum ini terbahagi kepada tiga segmen iaitu upacara pembukaan dengan ucapan, dialog muka depan Ketua Pegawai Eksekutif dan ucap utama.

Para pengunjung mulai membanjiri BIBF ~ foto BIBF

Acara ini akan memberi tumpuan kepada pengalaman pengguna baru dan bercakap tentang bagaimana memastikan kualiti kandungan dan penyebaran di bawah keadaan global yang baru.

Selain itu,  BIBF dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu bahagian kanak-kanak dan komik, bidang industri, serta buku dan akhbar. Satu lagi fokus adalah bahagian pengawalan hakcipta. Di bahagian ini, para pengunjung boleh mengetahui mengenai tren mutakhir dan fenomena di bawah ruanglingkup tema buku-buku tempatan dan antarabangsa.

Pasaran China merupakan pasaran yang terbesar dan yang paling berkembang pesat di dunia. Dengan jumlah penduduknya 2 bilion, pendidikan merupakan prioriti utama negara itu. Setiap kanak-kanak diwajibkan belajar bahasa Inggeris apabila memasuki alam sekolah. Ini menjadikan bahasa itu bahasa yang penting di negara itu.

Logo Beijing International Book Fair ~ foto BIBF

Video pesta buku Beijing yang lalu:
https://v.youku.com/v_show/id_XMzEzNzgxOTk5Mg==.html?spm=a2h3j.8428770.3416059.1&refer=seo_operation.liuxiao.liux_00003311_3000_QfMVj2_19042900