Novelis Master Thriller Malaysia, Ramlee Awang Murshid menerusi syarikatnya Ram Typewriter Ventures akan bekerjasama dengan Tangan Seni Studio untuk menerbitkan filem Banja Manggala. Filem adaptasi dari novel yang mempunyai judul yang sama itu kini di peringkat pre-produksi.

Banja Manggala mengisahkan Amar yang diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Dia bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia kemudiannya dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya. Dan dia juga menemui berbagai jawapan lain untuk persoalan yang tidak pernah difikirkannya.

Novel Banja Manggala yang digarap pada tahun 2017 ini with the cinema in mind. Pasti penglibatan Ramlee dengan produksi filem Tombiruo Penunggu Rimba ketika itu memberi inspirasi visual yang lebih hebat dalam karyanya ini.

Sementara itu, tidak banyak yang kita ketahui mengenai syarikat perfileman Tangan Seni Studio, melainkan syarikat itu pernah menerbitkan filem Kanang Anak Langkau pada tahun 2017. Filem itu diarah oleh Bade Hj Azmi dan produsernya ialah Zainal Fikri.

Piccredit: bukuprima, FB