SESI COACHING MENULIS

SAMPAI JADI

Hello. Nama saya Norden Mohamed. Saya perkenalkan Sesi Coaching Menulis SAMPAI JADI. Ia adalah sesi dari seorang kepada seorang ~ tiada peserta lain secara beramai-ramai. Hanya saya dan anda!

Ramai yang ingin menulis, tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Ramai juga yang sedang menulis tetapi hilang hala tuju. Ada juga sudah pun menulis buku, tetapi menjadi lemau lalu terhenti di tengah jalan. Mari sertai sesi coaching menulis SAMPAI JADI secara online agar manuskrip di skrin komputer akan menjelma menjadi sebuah buku.

SIAPA YANG MEMERLUKAN COACHING MENULIS SAMPAI JADI?

PEMULA yang mahu mencuba

Anda belum pernah menyiapkan buku. Oleh itu anda perlukan sesi yang memandu anda dari peringkat mencari idea sehingga dapat menyiapkan karya secara tersusun.

PENULIS TENGGELAM PUNCA

Sekiranya anda sedang menulis tetapi buntu untuk menyudahkan buku, anda perlukan sesi pemecah kekusutan untuk melerai dan menyusun kembali konten.

otai yang lemau

Untuk anda yang pernah menyiapkan buku tetapi pada kali ini berdepan dengan semangat, sesi one-two-one ini membuka segala kebuntuan agar fikiran lemau itu digaringkan!

NORDEN MOHAMED

PENULIS - COACH ANDA, MANTAN KETUA PENGARANG KUMPULAN AKHBAR SINAR HARIAN

SIAPA NORDEN?

Saya mempunyai 35 tahun pengalaman dalam bidang penerbitan, Pernah bertanggungjawab sebagai Pengurus Besar membina syarikat penerbitan Alaf 21 di bawah Kumpulan Karangkraf. Saya juga adalah Pengurus Pemasaran majalah dan buku kumpulan itu. Saya juga adalah mantan Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Sinar Harian. Tiga dalam satu; saya menguasai selok belok pembikinan buku, majalah dan akhbar dari peringkat idea sehingga ia menjadi bahan bacaan! Saya juga telah menulis 10 buah buku, termasuk 5 buah novel dan 5 buah buku bacaan umum. Yang terkini ialah buku Menulis Sampai Jadi Sebuah Novel. 

 

MODUL COACHING MENULIS SAMPAI JADI

MODUL 1

Ini adalah sesi asas untuk menentukan genre tulisan, masalah dan matlamat. Melakar idea asas buku dan mengenalpasti khalayak agar hala tuju karya dikenalpasti.

modul 2

Sesi ini pula untuk mengenalpasti pembukaan karya, masalah stail dan juga rentak karya. Penulis ditunjukkan kelemahan agar karya dimantapkan. Tip, trik dan teknik dikupas dalam sesi ini. 

modul 3

Fokus kepada penulis. Menyusun dan memperkemas kembali tulisan. Sasaran-sasaran kecil dan praktikal disusun rapi lalu disusuli dengan pembentukan disiplin kerja yang diyakini.

“SETELAH SESI INI, SAYA DAPAT ILMU STORYTELLING. SAYA LEBIH FOKUS DALAM BERKARYA. KINI LEBIH YAKIN UNTUK MENJADI SEORANG PENULIS.”

syed hisyam alwi
pesara

“jika sebelum ini saya menulis menurut rasa hati semata-mata, kini saya memikirkan tujuan dan nilai cerita. Kini saya lebih berani berkreatif.”

nur rafidah erlissa
suri rumah

“Banyak ilmu yang saya dapat melalui sesi ini. Banyak juga yang saya perlu lakukan pada manuskrip saya. sekarang. bayarannya murah berbanding dengan ilmu yang saya dapat."

AQILA MASRI
MAHASISWI

COACHING MENULIS SAMPAI JADI

Daftar segera dan tempah masa untuk sesi yang sesuai buat anda.
Masa sejam untuk satu sesi ialah 10.00 pagi – 10.00 malam, tertakluk
pada ruang masa yang ada.

Copyright © 2026Layar Minda Publications. All Rights Reserved.