GERAK GEMPAR

GERAK GEMPAR adalah novel aksi ketiga penulis Norden Mohamed. Dua novel sebelum itu adalah MENITI MAUT dan DETIK DEBAR. GERAK GEMPAR berbeza daripada novel-novel aksi tempatan yang lain.

Novel rare untuk pembaca yang rare! Beli sekarang dan dapatkan penghantaran percuma dengan kod voucher LMKLIBF2021

Novel Gerak Gempar berharga RM30
*Penghantaran Percuma sehingga 4 April 2021
Masukkan kod voucher LMKLIBF2021 untuk mendapatkan Free Shipping

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan sebuah kapal minyak Malpetro Malaysia yang dalam pelayaran dari Kwanza ke Kenya telah diserang sekumpulan lanun Bad Holac. Semua anak-anak kapalnya ditawan.

Tidak ramai yang tahu, Extron Corporation sebuah syarikat minyak dan gas Amerika adalah dalang yang mengambil kesempatan daripada insiden itu hingga menyebabkan pihak lanun terpaksa akur akibat tertipu.

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia pula melancarkan Ops Sambar bagi menyelamatkan semua anak-anak kapal. Namun, operasi itu menemui kegagalan apabila Pengarah Operasi Malpetro dilarikan ke kem lanun.

Semakin lama, kes ini semakin rumit. PM Malaysia perlu bertindak pantas sebelum Pilihanraya Umum ke-16! Dan, PM perlu memenanginya! Biro Risikan Negara (BISIK) diarah menyelesaikan kes ini.

Ejen BISIK, Fariz Zafar bertindak menjejak dalang insiden ini. Apa helah Fariz bila bertembung dengan syaitan yang bertopengkan manusia ini? Apakah Fariz berjaya menundukkan musuh demi maruah Malaysia?

Konflik syarikat pengeluar minyak + keupayaan perisikan + survival politik + operasi khas + aktiviti lanun + askar upahan = cerita aksi yang menarik

Pak Badrul via Goodreads

...buku ini memang mantap, padat dengan aksi aksi yang mendebarkan. Rasa macam tengah menonton filem aksi Hollywood.

Zully Azizan via Goodreads

Sebuah novel aksi rare untuk pembaca rare! Memang rare! Cerita yang jarang dan susah dijumpai di Malaysia bila melibatkan "bajet besar" dan kerjasama negara2 luar dalam satu cerita.

Mohd Firdaus vis Goodreads

Tentang Penulis.

NORDEN MOHAMED dilahirkan di Mersing, Johor pada tahun 1957. Setelah menamatkan pelajaran sekolah di Sekolah Menengah Sri Mersing, beliau melanjutkan pelajaran di ITM (kini UiTM) dalam bidang Senireka Perusahaan. Hobi utama beliau ialah membaca. Norden mengamalkan tabiat membaca sebuah buku sebulan. Beliau membaca apa jua bahan terutamanya psikologi, agama, perniagaan, falsafah, pengiklanan, pemasaran, komik dan tentunya novel. 

Hampir kesemua buku yang dibacanya pula diulangbaca sekurang-kurangnya sekali. Kata-kata hikmatnya ialah, “Don’t be Jack of all trades and a master of none, BUT BE, Jack of all trades and a master of one!”

Norden Mohamed

Buku-Buku Lain

MENITI MAUT

DETIK DEBAR

TIDAK SALAH MEMBERI MAAF

UNTIL YOU'RE MINE

Penghantaran Percuma!

Sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2021 – dapatkan penghantaran percuma dengan kod LMKLIBF2021 semasa checkout! 

Novel Gerak Gempar berharga RM30
*Penghantaran Percuma sehingga 4 April 2021
Masukkan kod voucher LMKLIBF2021 untuk mendapatkan Free Shipping