Cikgu Zalita Md Lassim, adalah Guru Perpustakaan & Media, Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR). Apa yang menarik ialah, beliau membeli kesemuanya 15 naskhah untuk diri dan juga rakan-rakannya. Mengapa Cikgu Zalita teruja dengan buku TIDAK SALAH MEMBERI MAAF ini? Ikuti temubual Layar Minda dengan beliau…
Apa yang trigger Puan untuk membeli buku TIDAK SALAH MEMBERI MAAF?
Pertama tajuk bukunya membawa maksud yang membuatkan saya perlu baca buku ini. Tambahan pula, bila melihat kulitnya yang punyai ilustrasi cawan pecah yang dibalut, saya rasa perlu baca buku ini. Saya rasa buku ini seperti ada ruh, kerana kata-kata tarbiahnya boleh sampai ke hati.
Sewaktu PKP dahulu saya ada banyak masa. Tapi bila mula sekolah, saya jadi sangat hectic. Kerana itu, saya rasa saya perlukan ingatan berupa tarbiah atau teguran yang sangat mudah untuk difahami sebagai motivasi diri.
Apa komen Puan mengenai buku ini?
Tajuknya sangat catchy. Saya dah tengok sekali lalu dan saya rasa saya buat pilihan yang betul. Walaupun belum baca, saya ‘ada sixth sense’ yang buku ini sebagai hadiah yang bagus untuk pihak pengurusan.
Mengapa Puan beli buku-buku ini sebagai hadiah?
Sebagai guru Perpustakaan dan Media, saya bertanggungjawab terhadap program membaca. Program Nilam bagi saya sudah sangat klise. Perjuangan membaca pula tak pernah selesai.
Tajuk buku ini pula sangat kena pada semua orang dalam hidup ini. Ada waktu-waktu kita terluka dan tak boleh move on. Kemudian, bila saya tengok isi kandungannya, saya masukkan dalam grup whatsapp dan grup iklan sekolah untuk kongsikan mengenai buku ini.
Salah seorang rakan saya sangat excited dan kata, dia nak juga senaskhah. Kemudian, ada yang nak beli dua, ada yang nak beli tiga naskhah!
Bagaimana buku boleh membantu tabiat membaca para pelajar?
Memupuk budaya iqra bukan mudah sekarang ini sebab para pelajar guna ipad di sekolah. Membaca buku fizikal seolah-olah macam hendak suruh makan racun. Tapi masih ada anak-anak yang sangat baik hendak membaca. Ruh iqra itu sangat bermakna.
Kita sendiri tak boleh buat banyak walaupun sentiasa bercakap mengenai kebaikan membaca. Membaca buku memberi makna pada kehidupan kita di dunia dan akhirat. Dan inilah yang saya mampu buat.
………………………..