Berlin: John Naisbitt, penulis buku Megatrends yang popular pada tahun 1982, telah meninggal dunia di Tasik Woerthersee, Austria pada usia 92 tahun. Demikian lapor akhbar online, Firstpost.

Naisbitt yang lahir pada 1929 di Utah, Amerika memulakan kerjayanya sebagai seorang eksekutif syarikat filem Kodak dan IBM. Pada usia 34 tahun, beliau dilantik menjadi Pembantu Setiausaha kepada Presiden Amerika John F Kennedy.

Buku Megatrends, 1982 yang menggemparkan. Pixcredit: Goodreads

Buku Megatrends: Ten New Directions Transforming Our Lives melakarkan apa yang sedang berlaku untuk meramal masa depan. Bukunya itu terjual lebih 14 juta naskhah di 57 buah negara.

“John bukan sahaja berpandangan jauh, beliau terbuka tanpa prejudis dan tidak terikat dengan pandangan umum,” ujar isteri mendiang Doris Naisbitt.

Naisbitt menulis beberapa buah buku lain termasuk buku-buku mengenai kebangkitan negara China. Beliau mengasas Naisbitt China Institute, sebuah institusi penyelidikan mengenai transformasi China.

Di antara buku-buku tulisan John Naisbitt

Naisbitt meninggalkan lima orang anak dan 12 cucu.

Ikuti lain-lain berita buku di layarminda.com