Keanu Reeves, 55, telah mencipta sebuah buku komik bersiri “BRZRKR” yang mana wataknya mempunyai persamaan dengan dirinya. 

Projek kolaborasi dengan penulis Matt Kindt, dari BOOM! Studios telah mengumumkan komik 12 siri yang mendapat kerjasama pelukis Alessandro Vitti, juruwarna Bill Crabtree and penghuruf Clem Robins.

Poster komik BRZRKR. Pixcredit: USA Today

Reeves telah berkongsi keterujaan bekerjasama dengan pasukan kreatif yang pernah menghasilkan “Marvel’s Secret Warriors,” “Folklords, Bang!”, “BRPD” dan “Hellboy.”

“Sejak kecil, saya sukakan komik. Ia mempengaruhi jiwa seni saya. Apabila berpeluang untuk mencipta BRZRKR dengan kerjasama kumpulan legen industri seperti Matt Kindt, Alessandro Vitti, Bill Crabtree, Clem Robins dan Rafael Grampá ia adalah sebuah mimpi yang menjadi nyata,” ujar Reeves.

Reeves memberitahu akhbar USA Today dalam sebuah temubual eksklusif, yang dia telah menemui penerbit novel grafik pada tahun lalu. “Ia sebuah fantasi yang menjadi realiti.” 

Ketua Editor Matt Gagnon berkata, kreativiti Reeves adalah kunci kejayaan mereka.

“Berilah masa lima minit bersama Reeves dan kita akan nampak mengapa beliau seorang yang berjaya. Beliau mempunyai naluri kreatif yang luarbiasa. Beliau juga seorang yang bestari kerana mampu mencungkil emosi pada satu-satu masa. Semua ini menjadikan Reeves suatu tenaga inspirasi.”

Watak Berzerker dalam komik BRZRKR. Pixcredit: BOOM Studios

Apabila USA Today bertanya apakah beliau ingin menjadi watak dalam komik iaitu Berserker, Reeves menjawab, “Tentu sekali.”

Komik pertama akan di pasaran pada 7 Oktober. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman web penerbit.

Pautan asal:
https://www.fox13memphis.com/news/trending/keanu-reeves-is-now-author-limited-series-comic-book/VAAKXHRFLFGOHCOWH33P5LT6CY/

*Gambar Utama: Keanu Reeves membuat pengumuman menerbitkan komik ‘BRZRKR’ Pixcredit: (Yuichi Yamazaki/Getty Images)