CHLOE KOK.STRAITS TIMES. 19.3.2020

George R.R. Martin, novelis Amerika yang popular dengan novel A Game Of Thrones, kini sedang menghabiskan masa di bumi Westeros ciptaannya daripada di alam nyata.

“Kini saya menulis setiap hari dari sebuah lokasi terpencil. Keadaan semakin suram di Seven Kingdoms. Tetapi, tidaklah segetir keadaan di dunia nyata,” ulas novelis berusia 71 tahun itu mengenai pandemik coronavirus di blognya Not My Blog, Selasa lalu.

Katanya lagi, usianya meletak beliau dalam populasi yang punyai risiko tinggi. Namun, beliau berada dalam keadaan baik dan tidak bercadang untuk turun ke bandar dan bertemu dengan sesiapa. 

“Kita perlu ambil langkah-langkah sesuai demi keselamatan,” katanya.

Martin sedang giat menulis novel yang dinanti-nantikan, The Winds Of Winter atau Angin Musim Salji, iaitu segmen siri novel fantasi  A Song of Ice and Fire. Novel itu tidak disambung sejak lapan tahun lalu.

Siri buku itu diadaptasi menjadi siri Game of Thrones yang berjaya (2011 – 2019) di rangkaian televisyen HBO di mana Martin menjadi penerbit eksekutif untuk siri itu.

Pada masa yang sama, Martin berkata, dia akan menutup yayasan Stagecoach Foundation untuk sementara waktu dan juga menangguhkan bengkel filem dan televisyen untuk kanak-kanak.

Mengulas mengenai covid-19, katanya “Kadangkala apabila menonton TV saya tak dapat elak untuk terasa seolah-olah kita semua hidup dalam sebuah fiksyen sains. Marilah berdoa agar kita semua selamat. Jaga diri kawan-kawanku. Adalah lebih baik selamat dari menyesal.”

Pautan asal:
https://www.straitstimes.com/lifestyle/entertainment/game-of-thrones-author-writing-in-isolation