KAHERAH: Pengasas syarikat penerbitan Mesir, Khaled Lotfi dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana menterjemah dan mengedar karya terjemahan novel kontroversi Israel.

Penerbit novel The Spy Who Saved Israel, Khaled Lotfi

Khaled dibicarakan di mahkamah tentera sejak 2018 atas kesalahan menerbit buku itu dalam versi bahasa Arab, dua tahun sebelumnya.

Abang kepada Khalid, Mahmoud berkata, adiknya yang dituduh ‘mendedahkan rahsia ketenteraan itu, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun meskipun merayu terhadap hukuman asal.

Novel Kontroversi

Novel berjudul The Egyptian Spy Who Saved Israel karya penulis Israel, Uri Bar-Joseph, mengisahkan bagaimana Ashraf Marwan menantu bekas presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser menjadi perisik negara Yahudi itu.

Ashraf yang pernah menjadi penasihat kepada bekas presiden, Anwar Sadat selepas kematian Gamal pada 1970, meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di London pada 2007.

Filem The Angel

Ashraf Marwan, pengintip Israel di Mesir

Penerbitan novel itu menarik pihak Netflix untuk menerbitkan filem adaptasi, The Angel yang kemudiannya ditayangkan pada 2018 di saluran itu. Namun, ia mencetuskan kemarahan media Mesir yang mendakwanya sebagai manipulasi sejarah kerana mengandungi pelbagai adegan palsu.

Siapa Ashraf Marwan

Ashraf Marwan adalah seorang bilionar yang menjadi menantu Presiden Mesir ketika itu, Gamal Abdel Nasser. Sebagai menantu, beliau dipercayai dan berkhidmat di Pejabat Presiden. Walhal, beliau adalah seorang perisik Israel. Namun, ada pihak yang mengatakan beliau sebenarnya adalah talam dua muka kerana pernah memperdaya Israel pula dengan maklumat palsu.

Ashraf bersalaman dengan bapa mertuanya Presiden Mesir

Mesir Menyekat Kebebasan Media

Mesir adalah sebuah negara yang dikatakan menentang kebebasan akhbar.Demikian menurutTahrir Institute for Middle East Policy. Kerajaan Mesir di bawah pimpinan Presiden Abdelfattah al-Sisi, telah menutup 500 laman web termasuk The New Arab, Al-Jazeera dan Mada Masr.

Sekurang-kurangnya 25 wartawan telah dipenjarakan, menurut Committee to Protect Journalists (CPJ). Mesir memenjara paling ramai wartawan selain daripada negara China dan Turki. ~ LM

Video The Angel:
https://www.youtube.com/watch?v=z0q2WbXQWbw