Site icon LayarMinda

Jom Kita Ke Pesta Buku Finland Pulak!

Pesta Buku Antarabangsa Helsinki akan berlangsung pada 24 hingga 27 Oktober ini bertempat di Expo and Convention Centre, Messukeskus, Finland. Ini adalah pusat ekspo yang terkenal dan terbesar di negara itu.

Sejak ia dijadikan sebagai acara tahunan pada tahuin 2001, pesta buku ini adalah acara ikonik di mana buku-buku terbaik dipromosikan. Ia juga merupakan tempat perjumpaan dan tempat peminat buku bertukar fikiran. Antara aktiviti menarik sepanjang Pesta Buku Antarabangsa ini adalah bengkel dan panel khusus untuk industri penerbitan dan buku, pertemuan dengan penulis di bilik seminar.

Presiden Finland, Sauli Niinisto pernah hadiri majlis di pestabuku yang lalu secara bersendirian ~ foto imgur

Pesta Buku Antarabangsa Helsinki ini juga adalah acara kebudayaan terbesar di musim luruh. Lebih 4,100 penulis, artis, ahli politik dan peminat akan tampil di pameran yang berlangsung selama 4 hari ini. Hampir semua penulis Finland dan hampir 40 tetamu penulis antarabangsa akan hadir di pameran itu.

Di antara novelis Finland ialah Leena Krohn yang terkenal dengan novel, cerpen, buku kanak-kanak dan juga makalah. Emmi Itaranta, novelis yang terkenal dengan karyanya Memory of Water juga dijangka hadir.

Emmi Itaranta di antara novelis Finland yang dijangka hadiri pestabuku ~ foto vetus et nova

Pasi Ilmari Jääskeläinen adalah novelis dan cerpenis unik Finland. Beliau menulis genre fantasi dan juga sains fiksyen. Antti Tuomainen pula adalah seorang penulis fiksyen jenayah yang juga terkenal dengan karyanya The Healer.  Jyrki Vainonen, pula adalah cerpenis yang terkenal dengan antologi The Explorer.

Perancis merupakan negara tetamu pada tahun ini dan pesta buku ini akan mempamerkan kesusasteraan dan budaya Perancis. Lebih sedozen novel Finland dan banyak novel dan esei di Perancis akan diterbitkan di Finland. Buku-buku ini memberi gambaran yang kaya tentang negara secara terbuka membincangkan tema global.

Eric Vuillard, penulis tamu di pesta buku ~ foto thebritishlibrary

Penulis dan pengarah filem Perancis, Eric Vuillard akan hadir sebagai penulis tetamu. Beliau merupakan penulis buku Finland, The Daily Command.

The Daily Command merupakan gambaran tepat mengenai Nazi Jerman. Buku ini mengingatkan tentang bahaya menyekat pandangan ( The book reminds you of the dangers of blocking and conceding your eyes ). Hasil kerja beliau ini telah menang Hadiah Kesusasteraan Perancis untuk Goncourt pada tahun 2017 dan telah dijual ratusan ribu naskhah.

Exit mobile version